November 23, 2013

Mega oh Mega

Assalamualaikum

Perniagaan sesuatu yang amat digalakkan malah suatu perkara yang amat penting. Kenapa penting?
Kerana perniagaan itu menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Zaman sekarang pelbagai cara pemasaran dilakukan oleh manusia, secara langsung mahupun tidak langsung. Jadi, Tikah juga tidak mahu ketinggalan. ^_^

Mungkin para pengikut blog ni dah lama tau Tikah punya Facebook Shop. Diberikan nama Atikah FBshop. Wujud sejak 3 Oktober 2011 ^_^ dan sejak kebelakangan ni mula aktifkan balik. yihuuuuuuuuuuuuuuuuu. Alhamdulillah dapat dijalankan dengan baik semula. Langkah demi langkah yaaa. Terima kasih orang belakang tabir kerna banyak membantu. Tak lupa juga rakan niaga yang sangat membantu ^_^

Uolls boleh terjah di link bawah ni...jumpa jer cover photo ni betul la tu hak milik kami. ^_^



Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat cover photo seperti di atas untuk facebook atau banner2 lain boleh hubungi kami seperti tertera dalam gambar di atas ya ^_^





antara album yang terdapat dalam Atikah FBshop

Atikah FBshop menyediakan :

Jubah Muslimah
Jubah Moden
Baju Muslimah
Tudung
Wangian Kereta
Produk Kesihatan Catalyst

Di kesempatan ini nak bagi tau Uolls yang Atikah FBshop tengah buat MEGA SALE. Ulang suara MEGA SALE!!! ^_^ Dah dijalankan hampir sebulan bermula dari 5 November 2013 bersamaan 1Muharram 1435H hingga 4 Disember 2013 bersamaan 29 Muharram 1435H. Ianya melibatkan semua album dalam Atikah FBshop. Nak sale yang meletop sila hubungi kami secara privacy. Insya'Allah akan dilayan secepat mungkin. Jadi anda masih ada masa lagi. Jom rebutkan peluang ini. Terjah jangan tak terjah yaaaaa.

SELAMAT MEMBELI BELAH~ 



August 11, 2013

Satu daripada bahagia dan duka

Jemput masuk Jemput masuk...Assalamualaikum...
Selamat beraya di blog sepah ini.
#Ini bukan kisah di hari syawal sepenuhnya. tet.

Uollsssss....girllsss....korang baju raya tahun ni mesti cantik2 kan...kain berkualiti, fashion tiptop...tengok fbshop pun terliur (tengok baju pun terliur eh?) Seronok la kan leh shoping dalam fb....klik klik klik, dua tiga hari dah sampai pintu rumah, pintu office ke kan. Selamat bergaya uollsss. ^_^

Tahun ni buat baju raya sendiri. Almaklumla duduk rumah, jadi penganggur terhebat. Maka, aktiviti untuk beli belah dikurangkan. Kesiankan...umur sekarang pun tak dapat kerja lagi... Tapi... ALHAMDULILLAH...syukur pada Allah.


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Dapat jahit baju sendiri dah. Dah boleh nikah la ni kan??? ahhhakkksss >_<
Ni memang minggu terakhir puasa mula buat baju sendiri.
Sebelum tu sibuk buat baju orang lain...
Sebelum tu lagi sibuk dengan aktiviti lain ^_^
Pengajarannya, ambik tempahan kena fikir dulu,buat jadual. Barulah masa lebih terancang.
Pengajaran untuk lebih positif.




(abaikan muka penuh jerawat cantik)
Bersyukur dapat belajar menjahit. Kali ni berjaya setelah kali kedua masuk kursus jahitan. Kali pertama dipersilakan berhenti atas sebab2 tertentu (ambek kauuuu)....Mujurlah cikgu jahitan nak terima untuk kali kedua  setelah hilang beberapa tahun.
TERIMA KASIH CIKGU ROSLINA DAHLAN. love U ^_^ mmuahhhh

Gigih kembali untuk belajar jahitan semula sebab mak dah tak larat sangat nak menjahit. Kesihatan tak menigizinkan. Kesian mak. Baju yang emak buat juga yang terbaik sejak aku lahir sampai laaaaa ni..... TERIMA KASIH EMAKKKK....mmuuahhh

Jadi dengan tekad!!!!
Jom belajar jahit...pakai baju buatan sendiri...seronok uolssss...


Satu daripada dua yang dibuat....untuk syawal ni. 2 je pun...syukur ^_^
Walaupun tak cantik dan kemas.
Tapi puas hati.
Hoooreyyyyy!!!





cam tak cun je entry ni. Biarlah, terima kasih sudi baca. Motifnya, kita hidup ni jangan hanya bergantung pada satu benda je. Allah bagi pelbagai cara untuk usaha dengan kudrat sendiri. Walaupun kadang2 meleleh air mata tapi ayuh! Bangunlah! Bahagia itu datangnya dari duka. Redhakan hati jalani ujianNya. InsyaAllah ada hikmahnya...aamiinnnn

Syawal ini dan Ramadhan lalu...hidup dah berubah ^_^ alhamdulillah...love it. Selamat Hari Raya uolssss..Maaf Zahir Batin






April 12, 2013

semak jangan tak semak!

Assalamualaikum. Perkongsian Tazkirah ^_^

Siapa di dunia ini hidupnya tidak pernah merasakan apa yang dia mahu tetapi tidak dapat? Pasti semua pernah merasakan kannnn. Pasti ada yang tertanya-tanya...kenapa Allah tak bagi ini? kenapa Allah tak bagi itu? kenapa Allah bagi kat dia? kenapa Allah bagi kat mereka tapi bukan aku?

Jawapannya... berprasangka baiklah pada Allah. Semua itu tidak lain tidak bukan...Allah nak bagi yang lebih baik pada kita. Allah nak bagi apa yang kita perlukan dalam hidup di dunia seterusnya persiapan bekalan ke akhirat. Dan mungkin apa yang kita nak itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk kita di dunia mahupun akhirat. Teruslah berdoa dan berdoa...minta dan minta pada Maha Pencipta... Doa itu senjata ampuh! Tetapi ampuhkah doa kita? Pernah fikir adakah doa kita diterima... Mari kita semak balik diri kita.

Kita perlu makanan untuk hidup.
Apakah makanan yang kita makan selama ini HALAL? Ya sewajarnya orang mukmin itu menitikberatkan soal halal. Andai halal...Alhamdulillah. Tetapi adakah yang halal itu daripada makanan yang baik-baik? Berkhasiatkah makanan tersebut untuk kita terus sihat menjalankan ibadah padaNya? Jika ya...Alhamdulillah. Jadi jika makanan yang kita makan dari sumber yang HARAM... Bagaimana mungkin doa kita dimakbulkan oleh Allah kan? Semak balik...

Kita perlu pakaian untuk menutup aurat.
Apakah pakaian kita daripada sumber yang HALAL? Jika ya... Alhamdulillah. Tetapi tanya pada diri...punya riak atau tidak dalam diri? Jika pakaian MELETOP timbul perasaan berkemampuan, ingin dipandang setinggi langit...apakah itu baik? Jika pakaian LUSUH tetapi timbul perasaan agar orang memandangnya zuhud contohnya...apakah itu baik? Jadi...pakai cantik boleh riak, pakai buruk pun boleh riak. Bagaimana mungkin doa kita dimakbulkan oleh Allah kan? Semak balik...

Hidup suka meminjam.
Semua orang pernah melakukan ini. Bahkan selalu. Perkara paling mudah adalah 'pinjam pen'. Bila terdesak 'pakai apa yang ada depan mata ni dulu'...Ya baiklah mungkin kita tidak sempat minta izin... Si pemilik mungkin jua halalkan kita memakainya. Tetapi amatlah malang andai minta izin tidak...pulangkan pun tidak. Dengan kata lain...hak milik kekal. Ianya seperti perkara remehkan? Diperlekehkan... Tetapi ingat! Malaikat tidak pernah lelah mencatit apa yang kita lakukan walaupun seremeh mana kita anggap. Bagaimana mungkin doa kita dimakbulkan oleh Allah kan? Semak balik...

Jual Beli.
Semua orang perlukan ekonomi yang kukuh dan baik. Perniagaan adalah jalan terbaik. Tanya pada diri... Apakah baik barang kita jual? Bagaimana barang yang telah rosak? Adakah dibuang atau dijual sahaja kerna tidak mahu mengambil risiko kerugian? Bagaimana harganya...berpatutankah? atau cekik darah? ~Bagaimana darah boleh tercekik?~ Jika yaaa... Bagaimana mungkin doa kita dimakbulkan oleh Allah kan? Semak balik...

Sedekah.
Bersedekahlah apa jua, sebanyak mana yang kita mahu... hati jua Allah nilai... Ikhlas kah hati itu atau sekadar menunjuk-nunjuk. Andai ikhlas... Alhamdulillah. Lihat balik...apakah kita bersedekah benda yang baik-baik? Andai tidak...Bagaimana mungkin doa kita dimakbulkan oleh Allah kan? Semak balik...


Jom kita semak satu persatu rutin kehidupan kita. Ubah selagi mampu. Perbetulkan apa yang kerap salah. Banyakkan istighfar. Berimanlah dari segi mulut, hati, dan perbuatan. InsyaAllah Allah makbulkan doa kita. Bertawakallah. Anggaplah setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Dan Allah tidak akan mensia-siakan doa hambaNya yang bersungguh-sungguh! Jadi tunjukkan kesungguhan itu pada Allah. Ingat Allah...hati lunak ^_^ Mudah-mudahan Allah tunaikan doa kita semua...aamiin ya rabbal'alamiin.


Terima kasih membaca~






February 28, 2013

tentang WAJAH!

Assalamualaikum para penjaga kulit! Ini menunjukkan si gadis di sini nak cerita atau kongsi sikit tips jaga kulit ^_^ walaupun kulit sendiri tak seberapa...tapi bolehla...syukur pada kurniaan Allah...ahaks...

Tak tak tak....jangan salah faham...kulit si gadis ni sekarang amatlah teruk...maka terhasil coretan untuk entri kali ni...perasaan haru biru bila orang sekeliling kata .... eeeeeee kenapa muka kau tetiba je naik jerawat teruk macam tu....lagi feninnnnn bila duduk berdepan ngan mak... tengok dahi tu, tengok pipi tu...makin menjadi-jadi jerawat. Lepas tu lega sikit bila mak puji...dulu tak macam ni...tak berjerawat....dan ada lagi la pujian...simpan je la.... ^_^ Okey. Itu dulu! Itu dulu! Bukan sekarang! Jawapannya : Sila BERTINDAK!

Kaji punya kaji...punya Gali dan Gali....si gadis jumpa harta karun...bahahaha...tipu222..ni lawak tension. Jumpa la punca masalahnya... Setiap penyelesaian kena cari punca nya dulu ok! Pertama, muka dah elok dan sesuai dengan produk muka yang dipakai tapi sibuk nak tukar ke produk lain! sebab apa? Sebab tak reti bersyukur. Kedua, makan produk yang boleh capai target(bukan untuk kulit)...ketara habis sejak makan...jerawat tumbuh bagai tanaman dibaja dengan sihat. Fine! Buang! Capai target dengan cara sihat je. Ketiga, sejak akhir-akhir ni sangat malas dan jarang rawat muka sendiri...maksudnya facial muka sendiri.

Maka si gadis nak kongsi buat facial semulajadi di muka sendiri...Jimat, cepat dan berkesan. Kita mulakan dengan face scrub. Tau apa itu face scrub? Face scrub itu ialah skrub muka...hikhikhik. Skrub muka ni adalah satu bantuan untuk menanggalkan sel kulit mati di muka. Teksturnya agak kasar. Kerna itu penggunaannya hanya 2 kali seminggu atau 1 kali seminggu.

Pertama, para penjaga kulit perlukan daun pandan. 


Kedua, butiran beras...


Kedua-dua bahan ni dikisarkan bersama-sama air. Air masukkan sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak kerna hanya bertujuan untuk membantu proses pengisaran sehingga hancur sehalus-halusnya daun pandan dan beras. Para penjaga kulit perlukan hanya 2 atau 3 helai sahaja daun pandan untuk sekali penggunaan. Beras dalam kuantiti segenggam tangan (faham ka?) Tak perlu buat banyak-banyak kerna ianya cepat berbau masam atau rosak. Bukankah membazir jika tidak habis digunakan kan? Lepas puas hati dengan teksturnya simpan ke dalam bekas kemudian sejukkan di dalam oven...haha...peti sejuk okey!

Simpan beberapa jam kemudian sudah boleh digunakan...Si gadis guna sebelum tidur...Gosokkan secara perlahan-lahan ke seluruh muka dan leher. Setelah itu cuci sehingga bersih dengan air yaaa! Cer sentuh kulit sendiri...licin tak? haaaa..senyum sorang...ok belum habis lagi tips ni.




Selesai sudah bahagian pembersihan ^_^ Sekarang kita buat masker muka pulak. Masker muka adalah topeng muka! Masker muka ni boleh buat kulit makin halus, gebu dan putih...konon la...Percaya? sila cuba sendiri. Okey si gadis selalu amalkan putih telur...banyak lagi bahan dapur lain boleh dibuat masker...tapi inilah paling senang untuk yang ada sikit sifat malas...sikit je la :p
Para penjaga kulit muka hanya perlukan PUTIH TELUR sahaja hokeyyyy!!!
Asingkan putih telur dari kuning telur.
Kocak sehingga berbuih sambil joget-joget...
Pastikan buihnya pekat dan padat.
Si gadis selalu guna garfu sebagai bahan bantuan untuk lebih cepat.
Kemudian siap untuk disapukan kemuka.
Biarkan seketika hingga masker kering dan terasa menegang.

Putih telur ni boleh menyerap lebihan pada kulit muka tau uolsss...

Setelah berpuas hati...okey anda semua boleh cuci muka dengan air yang bersih ^_^
Apa para penjaga kulit muka sekalian rasa? Rasa licin,bersih dan tegang kan???


Next, bagi yang bermasalah jerawat seperti si gadis...boleh cuba T3 Mycin seperti di bawah

VVVVV
VVVV
VVV
VV
V
V
.

i l0vE T3 Mycin Gel
Boleh dapatkan di farmasi berdekatan.
Harga RM22 sahaja.
Sapukan pada jerawat-jerawat sihat.
dan boleh tidur...
Bangun keesokan paginya...pasti jerawat ada surut sedikit. Mengecut!

Jika yang tiada masalah jerawat....boleh sapu krim malam terus sebelum tidur dan selepas facial ^_^




Alhamdulillah setelah kembali mengamalkannya semula...jerawat dapat dikurangkan...moga akan terus pulih dan kembali seperti sedia kala. Ingat! Buat selalu. Bukan buat hanya sekali dan ia terus okey! Hokeyyyyyyy uolssss??? Jangan lupa banyak minum air kosong kosong kosong owh owh.



Senang kan buat scrub sendiri? masker sendiri? Semua semula jadi. 
Ciptaan Allah punya khasiat tersendiri...Jimat pulak tu ^_^



Setakat di sini sahaja perkongsian ya. MOga bermanfaat.
Ada tak yang tahu atasi masalah mata PANDA! selain guna timun atau uncang teh? 
Jasamu dikenang ^_^

February 24, 2013

Kong Si Kong Si

Selamat Pagi! Tidur awal. Dapat bangun awal sikit. Bangun2 terus baca sambungan novel 'Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu'. Tanya pada diri, bila novel ilmu ni nak habis dibaca? Fine! Orang bangun baca kalam Allah sementara tunggu solat. Tapi aku baca novel. Jangan diikut teladan ini!

Sila positifkan fikiran sebelum dan selepas membaca. ^_^ Ini sekadar perkongsian positif sahaja.



"Dalamilah ilmu agama sebelum kalian menjadi pemimpin" 
~ Sayidina Umar r.a~

"Bagaikan orang berpuasa menanti indahnya saat berbuka, begitulah indahnya penantianku yang sedang berpuasa syahwat. Sekian lama tanganku berpuasa, telingaku berpuasa, mataku berpuasa,lidahku berpuasa, dan hatiku turut berpuasa. Orang yang tidak menempuhi saat berpuasa, bagaimana menghargai erti berbuka?"

"Kami 'menahan' sama-sama. Nanti sudah berkahwin, hendak berkepit puas-puas"


Perkongsian pendek dipetik dari Novelet Cinta High Class ~ Dr. Farhan Hadi. 

Setiap lembaran punya coretan bermakna yang ingin dikongsikan tapi tak terdaya. Setiap lembaran jua punya coretan yang membuat diri tersentap! Serius buku ini amat bermakna pada semua orang. Tak kira golongan kerna semua pandai bercinta kan? Budak bawah umur pun pandai nak bercinta bagai! Hahhhh! Baca buku ni agar boleh menjauhi maksiat!  Moga bermanfaat ^_^

PUBLISH

February 12, 2013

Ketenangan

2013 tahun yang banyak gilerrrrrr teman2 yang menamatkan zaman bujang. Ada yang dapat baby...Muda-muda lagi dah ada baby. comel-comel semuanya... Subhanallah. Semuanya nampak gembira. InsyaAllah.

Tahniah semua ^_^


Terfikir pulak...
Turn aku nak tukar status bila pulak??? ahakkkss... bila orang dengar...terus kata "gatai sungguh"...
Biarlaaaa...masing-masing tau niat sendiri kan. Biar la gatai nak nikah dari gatai tak tentu pasal takda hala tujuan. KAN KAN KAN??? Lepas tu pulak timbul kes maksiat, anak luar nikah dan bla bla bla...NAUZUBILLAH... Moga-moga kes begini akan menurun peratusannya dari tahun ke tahun... aamiin ya rabbal'alamiin.




saat syukur diijabkabulkan.
Kredit photo to The Kliker | Wedding & Portrait Photography
Gambar2 mereka memang terbaik...saya pinjam di sini ye...
dan gambar Irma jugak comel ^_^

Diri ini terfikir satu perbandingan. Perkahwinan dan Mengerjakan Haji. Kedua-duanya berkait rapat dengan 'kemampuan'. Mengerjakan Haji di Baitullah adalah Rukun Islam yang kelima...dikerjakan oleh orang-orang yang mampu. Bagi melaksanakannya perlu ada usaha dan mengharungi pelbagai cabaran. Diiringi doa agar dipermudahkan urusan. Dan andai terlaksana/tercapai...menjejakkan kaki ke sana adalah sesuatu yang amat indah...dan ianya adalah satu 'KETENANGAN' yang tak terkata...Subhanallah. [16 februari ni mula kursus haji untuk tahun ni...jom ramai2].


dan...perkahwinan...


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai.
[H.R. al-Bukhari]


Sunnah Rasulullah s.a.w yang amat dituntut dalam Islam. Berkahwinlah bagi orang yang mampu. Juga memerlukan usaha dan amat pasti punya banyak cabaran. Disertai doa yang dipanjatkan padaNya serta tawakal. Jika berjaya mengharunginya, pasti keindahan/kenikmatan/ketenangan itu dapat dirasai dalam satu kata...KEBAHAGIAAN. Tiada suruhan dalam ajaran Islam itu mengajak kita untuk mengalami kebuntuan dalam hidup melainkan cuma kesenangan untuk kita dunia akhirat.



Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
[An-Nuur:32]


Pernah terbaca ayat 'Gadis Berkat'?
Gadis yang berkat itu adalah gadis yang senang proses peminangannya. Subhanallah...Sejak kali pertama berkenalan dengan ayat ini...terus berazam ingin menjadi gadis yang berkat...ehem.. *wink* lepas tu vvvveeeerangannnnn lebih...astaghfirullahalazim. Ni la masalah orang yang nak nikah tapi tak nikah2 tau... tak malu sebab saya pasti bukan saya sorang. tet! Senang maksudnya di sini...bukanlah senang-senang si dia nak dapat kita...takut kelak tak dihargai pulak. Dan tidak bermaksud pulak merumitkan urusan si dia kerna kelak takut si dia berputus asa pulak....haaaa~~~tak mau tak mau. Gadis yang menuntut mahar yang rendah dipuji oleh Rasulullah s.a.w... taknak ke gadis2???

Biarlah masing-masing berlapang dada kan untuk membina bahtera indah... Permulaan yang baik itu amat dititikberatkan...agar dapat menjamin pernikahan yang didasari dengan rasa kasih dan sayang dari mula hingga akhir. Dan bukan di tengah-tengahnya hanya belayar dengan rasa tanggungjawab semata-mata tanpa rasa kasih dan sayang. auuuwwww...ini skrip dalam rancangan PRIMADONA. baru sekali je I tengok. ^_^ takpe umur dah boleh nikah sangat...lalalala. dannnnn jangan lupa restu orang tua...penting tu!


entri ni 2 in 1...bukan minuman.
boleh layari fb Pakar Diari Hati jika nak tengok tips di atas ^_^


Ketenangan itu penting...

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"...3 perkara jangan engkau tangguhkan. Solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..."
[HR Tirmizi]




p/s : Mohon doa kebaikan dari kalian ^_^ terima kasih sudi membaca. Ada silap perbetulkan. Ada tambahan utarakan ya.


moga bermanfaat

February 1, 2013

Doa & harapan...


Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bi khair

Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulit 
Ya Allah sempurnakan dengan kebaikan

aamiin ya rabbal'alamiin...

January 29, 2013

NAK atau TAKNAK

NAK tapi bukan milik.
TAKNAK tapi hak milik.

Hidup ini kadang-kadang kita rasa nak sangat sesuatu itu dan umpama tiada benda lain pengganti yang lebih baik. Itulah satu-satunya berkhasiat untuk kita. Itulah satu-satunya pelengkap hidup kita. Dengan kata lain, mati hidup semula pun itulah jugak yang kita nak lagi dan nak nak nak lagi.

Beringatlah, semua yang kita miliki sudah tertulis oleh Allah Maha Kuasa. Jika ditarik balik apa yang kita miliki sekarang, itu bukanlah perkara yang mustahil KERNA semuanya pinjaman dari Allah. Di saat kita sangat sayang pada sesuatu, tidak mustahil ianya langsung tidak bermanfaat untuk kita. Manakala di saat kita bencikan sesuatu, itulah dia yang bermanfaat dan sesuai untuk kita. Tiada yang mustahil KERNA semua rencana Allah. Kehendak Allah.

Sesungguhnya urusanNya apabila Dia Mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu.
[36:82]
~kunFayakun~

Hampa terguling-guling, tertonggeng sekalipun, jika berkat usaha, doa serta tawakal pada Allah...pasti Allah ukir senyuman manis serta syukur dibibir kita bila tiba masanya ^_^ dan tika itu pasti lahir rasa teramat sayang pada apa yang kita tidak suka pada mulanya...malah kemungkinan besar kita akan rasa sangat-sangat bersyukur tidak terus memiliki apa yang kita sayang pada mulanya. Itulah tandanya Allah lebih tahu apa yang kita perlukan. Itulah jua tanda cinta Allah pada kita.

Andai kita redha...perit sekalipun pasti kita terasa nikmatnya...tika itu...lahirlah tasbih padaNya... SUBHANALLAH, Maha Suci Allah. 

Terima kasih membaca, jumpa lagi ^_^


Moga rasa syukur dan bahagia ini akan terus kekal dan menjadi HALAL ^_^ InsyaAllah.

January 19, 2013

Projek Pertama ku

Kisah hidup...

Hidup itu pasti ada pasang surutnya...Ya ini minggu ketiga aku bergelar penganggur terhormat. SANGAT!!! Terasa hidup ini kehilangan amat. Tiada pagi yang kelam-kabut kerna punch card bagai, tiada bergaduh tempat parking, tempat tu juga pasti sunyi kerna tiada si bising ni di pejabat....WUUUUlalala...itu terbukti. Kerna apa? Kerna mereka semua sunyi dan rindukan adik mereka ni yang tak pandai diam-diam... Rindu eh? abaikan.

Terkadang Allah menegur kita dengan cara yang paling halus...
dan ini mungkin teguran buat aku agar tidak terlalu selesa...

Akibat takut kemalasan melanda dan teringat kata-kata 'Ilmu itu luas, cari dan tuntutlah!'...maka bersesuaian dengan hati yang meronta-ronta... Nak Menjahit! Nak Menjahit! ....Kali terakhir menjahit baju raya sendiri tahun lepas dengan berbekalkan ilmu asas yang ada serta ilmu Ibunda tercinta yang tak jemu mengajar. Kemudian berazam akan mempraktikkan ilmu setengah jalan pada setiap malam...kerna siang bekerja...tapi malangnya...sampai habis kontrak...sehari pun tak pernah buat. Setinggi mana pun ilmu...andai tidak dipraktikkan dalam kehidupan, percayalah ilmu itu menjauh...ya BENAR sekali.

Minggu kedua sebagai penganggur... nekad dan berusaha ke kelas jahitan yang pernah dihadiri pada tahun 2008. Pelajar yang pernah dibuang kerna tugas sebagai pendidik...kini hadir kembali dengan penuh harapan meraih simpati pada guru jahitan...Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Aku diterima kembali walaupun kelas sesi 2013 telah bermula sejak beberapa hari. Dan Emak la yang paling gembira mendengar hal ini. Hari-hari ku yang mengganggur sejak beberapa hari kini kembali sibuk di pagi hari, terisi dengan ilmu jahitan dan petangnya ilmu alam rumah tangga...erkkkk TANGGA RUMAH.

Ada macam cerita pulak tak? Pada suatu hari.... tettttt.


Benar kata orang...andai ilmu itu dituntut kerna terpaksa...sukar sekali untuk memahaminya. Hasilnya jauh sekali. Dulu si anak emak ini dipaksa untuk hadir ke kelas jahitan sesi petang...paginya mendidik...petangnya dididik. Berat kaki melangkah, berat juga projek-projek jahitan nak siap. Teman lain dah projek ke 7, si anak emak ini pulak masih projek ke 4. Berbeza kali ini hadir dengan niat hati sendiri, kerna tanggungjawab, kerna apa yang kita lakukan atas namaNYA...semuanya tenang dan berjalan dengan lancar.


Maaf...tiada sesi pembelajaran jahitan di sini ^_^


Buku > Kertas > Kain = Siap Projek Pertama
ON TIME!!!
Hasil pertama 2013.
Alhamdulillah.

Pembelajaran ini memerlukan fokus yang mendalam. Terhasilnya apa yang kita usahakan dengan nyata merupakan satu kepuasan. Tanpa fokus, apa yang kita usahakan bersama niat pada mulanya tidak memberi apa-apa erti walaupun berhasil.


"Jadilah kamu seorang pengajar atau pelajar atau mendengarkan (ilmu) atau mencintai (ilmu) dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima, kamu pasti menjadi orang yang celaka" 
(HR Al-Baihaqi)


Gembira sangat...dapat siapkan projek. Walaupun tak berapa sempurna tapi amat bermakna ^_^.
Dalam gembira sedih juga...kerna tiada pekerjaan... Bertabahla kan...Berusaha...Pasti Allah hadirkan yang lebih baik. Pada yang senasib dengan diriku... Jangan sesekali putus dengan rahmat Allah ya...Kita diberhentikan kontrak pekerjaan bukan bermakna hidup kita terhenti di situ...Dunia Allah luas... Cari dan cari. Tuntutlah dengan penuh yakin dan sabar. InsyaAllah Allah dah sediakan yang lebih baik buat kita semua...aamiin ya rabbal'alamiin...

Bermimpilah tentang cita-cita masing-masing, sekalipun tidak dapat diterima akal, sekalipun orang mentertawakan... Biarkan dan Biarkan... Berusaha setelah bermimpi untuk jadikan mimpi ke alam nyata!!! 


Terima kasih membaca ^_^






January 13, 2013

aku telah jatuh hati ^_^

Ketika mengenalmu, hati selalu bertanya
Sudah siapkah aku
Akhirnya kumengerti, ku telah jatuh hati
Dan menghijabkan diri

Indahnya.. Oh teduhnya... Cantikkan hatiku

Hijab... Hijab... I'm in love
Kau menjaga hati dan diriku
Hijab... Hijab... I'm in love
Kutenteram bersamamu

Semenjak bersamamu, kau hiasi hariku
Ceriakan selalu...
Takkan kulepas lagi, karena kau telah menjadi
Bagian dari hidupku...

Mereka selalu berkata
Tuk menunda dirimu
Karena ingin menghijabkan hatinya dulu
Namun sampai kapankah
Semua bisa berubah
Karena hati manusia tempat khilaf dan salah

Hijab I'm in LOVE - OKI SETIANA DEWI (OSD)

January 6, 2013

sayur yang indah...

Bismillahirrahmanirrahim.
Entry pertama di tahun 2013. Memandangkan salah satu azam tahunan agar lebih sihat dengan gaya hidup sihat berterusan, jadi nak kongsi sedikit apa yang dibaca tentang pemakanan ^_^
(anda rasa tak permulaan ayat saya sangat serius???...ini bukan azam baru!)

Jika diberi pilihan sayur-sayuran dan daging/ayam/ikan, pasti ramai yang enggan memilih sayur kan.  Paling selalu kita dengar kanak-kanak tidak suka makan sayur, tetapi perkara yang sama juga berlaku dikalangan orang dewasa.

Sering kali kanak-kanak melihat sayuran itu seperti benda asing...mungkin mereka nampak macam alien ataupun bagai hantu yang menggilai...oh saya yang sengaja buat iklan. Lidah mereka amat sensitif dengan sayuran walau sekecil mana pun sayur tu, mereka dapat mengesannya. Sangat susah kan memujuk kanak-kanak makan sayur.

Orang dewasa pulak sering memberikan alasan pahit. Ada yang hanya dapat makan sayur jika digaul bersama nasi atau mi...hey orang dewasa! Rugi tau tak nak makan sayur :p

Indah dan berkhasiatnya ciptaan Allah ni...
memang rugi la tak makan...

Nak tau tak makanan kebiasaan Rasulullah?
Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan...menu utama Rasulullah di malam hari adalah sayur-sayuran. Rasulullah tetap memakan daging hanya pada acara-acara tertentu dan dalam sukatan yang tidak banyak ^_^


Umar bin Khattab pernah berkata, "Jangan kamu jadikan perut kamu sebagai kubur bagi haiwan-haiwan ternakan!"

Pernah terbaca gaya hidup orang Jepun
Mereka mengamalkan hidup yang natural. Mengamalkan slogan 'back to nature'. Terdapat dimana sahaja kebun-kebun mini yang ditanam dengan barisan sayur-sayuran yang tersusun rapi. Memetik sendiri sayur di kawasan rumah sebagai makanan harian. Bebas daripada racun perosak dan 'perasa' tambahan. Jadi? Jadi? Jadi? Kita bagaimana? Jawapannya pasti banyak membeli kan, sayur-sayuran yang kadang-kala dah layu tunduk ke bumi...(saya la salah seorang darinya...)

Orang Jepun seolah-olah memahami gaya hidup anjuran Rasulullah... Orang Okinawa khususnya miliki ungkapan 'Hara hachi bu' yang bermaksud penuhkan perut dengan batasan 8 per 10 kekenyangan...dan dengan kata lain "Berhenti makan sebelum kenyang'...kan saya dah masuk Jepun pulak dah...

Kenapa boleh masuk Jepun pulak ni? Janganlah kamu yang membaca rasa menyampah yeee....kalau cerita tentang Malaysia pasti semua dah tahu kan kan kan. Ambik yang positif, buang yang keruh ...

Tapi nak jugak masukkan Sarawak ...orang sarawak sangat gemar makan sayur barangkali jadi itu adalah alasan kukuh wujudnya masakan yang bernama 'sayur bubur pedas'... Pernah dengar? Pernah tengok? Pernah rasa? Sedap uolsssss... Masakan ni pelbagai sayuran kampung dicampurkan bersama...ikut selera masing-masing. Bila Ramadhan tiba inilah makanan kegemaran yang bagai tiada tandingan bagi diri saya... (tengok siapa masak jugak la...ada sedap ada tidak....opppssss). *peace*...Oh ya...ini juga makanan yang full package...kerna rempahnya diperbuat daripada beras...bila makan ni tak perlu dah yang lain...sebab pasti kenyang...dan dengan kata lain namanya 'sushi sarawak'...sukati saya je nak bagi nama kan... #whatever#

Tadi awal kata...awalscha tu...tak tau eh...takpa takpa.
Okey sekarang akhir kata pulak... amalkanlah pola pemakan yang ideal...seperti piramid makanan yang kita selalu lihat. 

10-20 peratus = makanan daripada haiwan, 
60 peratus = sumber biji-bijian, 
30 peratus = buah dan sayur-sayuran

KERNA PERUT ITU PUNCA SEGALA PENYAKIT!!! 

Terima kasih membaca ^_^


Kredit : Dr.Adi Hashman & gambar google