February 12, 2013

Ketenangan

2013 tahun yang banyak gilerrrrrr teman2 yang menamatkan zaman bujang. Ada yang dapat baby...Muda-muda lagi dah ada baby. comel-comel semuanya... Subhanallah. Semuanya nampak gembira. InsyaAllah.

Tahniah semua ^_^


Terfikir pulak...
Turn aku nak tukar status bila pulak??? ahakkkss... bila orang dengar...terus kata "gatai sungguh"...
Biarlaaaa...masing-masing tau niat sendiri kan. Biar la gatai nak nikah dari gatai tak tentu pasal takda hala tujuan. KAN KAN KAN??? Lepas tu pulak timbul kes maksiat, anak luar nikah dan bla bla bla...NAUZUBILLAH... Moga-moga kes begini akan menurun peratusannya dari tahun ke tahun... aamiin ya rabbal'alamiin.




saat syukur diijabkabulkan.
Kredit photo to The Kliker | Wedding & Portrait Photography
Gambar2 mereka memang terbaik...saya pinjam di sini ye...
dan gambar Irma jugak comel ^_^

Diri ini terfikir satu perbandingan. Perkahwinan dan Mengerjakan Haji. Kedua-duanya berkait rapat dengan 'kemampuan'. Mengerjakan Haji di Baitullah adalah Rukun Islam yang kelima...dikerjakan oleh orang-orang yang mampu. Bagi melaksanakannya perlu ada usaha dan mengharungi pelbagai cabaran. Diiringi doa agar dipermudahkan urusan. Dan andai terlaksana/tercapai...menjejakkan kaki ke sana adalah sesuatu yang amat indah...dan ianya adalah satu 'KETENANGAN' yang tak terkata...Subhanallah. [16 februari ni mula kursus haji untuk tahun ni...jom ramai2].


dan...perkahwinan...


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai.
[H.R. al-Bukhari]


Sunnah Rasulullah s.a.w yang amat dituntut dalam Islam. Berkahwinlah bagi orang yang mampu. Juga memerlukan usaha dan amat pasti punya banyak cabaran. Disertai doa yang dipanjatkan padaNya serta tawakal. Jika berjaya mengharunginya, pasti keindahan/kenikmatan/ketenangan itu dapat dirasai dalam satu kata...KEBAHAGIAAN. Tiada suruhan dalam ajaran Islam itu mengajak kita untuk mengalami kebuntuan dalam hidup melainkan cuma kesenangan untuk kita dunia akhirat.



Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
[An-Nuur:32]


Pernah terbaca ayat 'Gadis Berkat'?
Gadis yang berkat itu adalah gadis yang senang proses peminangannya. Subhanallah...Sejak kali pertama berkenalan dengan ayat ini...terus berazam ingin menjadi gadis yang berkat...ehem.. *wink* lepas tu vvvveeeerangannnnn lebih...astaghfirullahalazim. Ni la masalah orang yang nak nikah tapi tak nikah2 tau... tak malu sebab saya pasti bukan saya sorang. tet! Senang maksudnya di sini...bukanlah senang-senang si dia nak dapat kita...takut kelak tak dihargai pulak. Dan tidak bermaksud pulak merumitkan urusan si dia kerna kelak takut si dia berputus asa pulak....haaaa~~~tak mau tak mau. Gadis yang menuntut mahar yang rendah dipuji oleh Rasulullah s.a.w... taknak ke gadis2???

Biarlah masing-masing berlapang dada kan untuk membina bahtera indah... Permulaan yang baik itu amat dititikberatkan...agar dapat menjamin pernikahan yang didasari dengan rasa kasih dan sayang dari mula hingga akhir. Dan bukan di tengah-tengahnya hanya belayar dengan rasa tanggungjawab semata-mata tanpa rasa kasih dan sayang. auuuwwww...ini skrip dalam rancangan PRIMADONA. baru sekali je I tengok. ^_^ takpe umur dah boleh nikah sangat...lalalala. dannnnn jangan lupa restu orang tua...penting tu!


entri ni 2 in 1...bukan minuman.
boleh layari fb Pakar Diari Hati jika nak tengok tips di atas ^_^


Ketenangan itu penting...

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"...3 perkara jangan engkau tangguhkan. Solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..."
[HR Tirmizi]




p/s : Mohon doa kebaikan dari kalian ^_^ terima kasih sudi membaca. Ada silap perbetulkan. Ada tambahan utarakan ya.


moga bermanfaat

2 comments:

  1. Anonymous1:17 AM

    Carilah kasih yang kekal selamanya, Yg hanya ada pada Tuhanmu ^-^. Yaa..Allah tolong jagakan kak Atik untuk si dia..Aamiin.

    ReplyDelete
  2. aamiin ya rabbal'alamiin..terima kasih ^_^

    ReplyDelete