February 28, 2013

tentang WAJAH!

Assalamualaikum para penjaga kulit! Ini menunjukkan si gadis di sini nak cerita atau kongsi sikit tips jaga kulit ^_^ walaupun kulit sendiri tak seberapa...tapi bolehla...syukur pada kurniaan Allah...ahaks...

Tak tak tak....jangan salah faham...kulit si gadis ni sekarang amatlah teruk...maka terhasil coretan untuk entri kali ni...perasaan haru biru bila orang sekeliling kata .... eeeeeee kenapa muka kau tetiba je naik jerawat teruk macam tu....lagi feninnnnn bila duduk berdepan ngan mak... tengok dahi tu, tengok pipi tu...makin menjadi-jadi jerawat. Lepas tu lega sikit bila mak puji...dulu tak macam ni...tak berjerawat....dan ada lagi la pujian...simpan je la.... ^_^ Okey. Itu dulu! Itu dulu! Bukan sekarang! Jawapannya : Sila BERTINDAK!

Kaji punya kaji...punya Gali dan Gali....si gadis jumpa harta karun...bahahaha...tipu222..ni lawak tension. Jumpa la punca masalahnya... Setiap penyelesaian kena cari punca nya dulu ok! Pertama, muka dah elok dan sesuai dengan produk muka yang dipakai tapi sibuk nak tukar ke produk lain! sebab apa? Sebab tak reti bersyukur. Kedua, makan produk yang boleh capai target(bukan untuk kulit)...ketara habis sejak makan...jerawat tumbuh bagai tanaman dibaja dengan sihat. Fine! Buang! Capai target dengan cara sihat je. Ketiga, sejak akhir-akhir ni sangat malas dan jarang rawat muka sendiri...maksudnya facial muka sendiri.

Maka si gadis nak kongsi buat facial semulajadi di muka sendiri...Jimat, cepat dan berkesan. Kita mulakan dengan face scrub. Tau apa itu face scrub? Face scrub itu ialah skrub muka...hikhikhik. Skrub muka ni adalah satu bantuan untuk menanggalkan sel kulit mati di muka. Teksturnya agak kasar. Kerna itu penggunaannya hanya 2 kali seminggu atau 1 kali seminggu.

Pertama, para penjaga kulit perlukan daun pandan. 


Kedua, butiran beras...


Kedua-dua bahan ni dikisarkan bersama-sama air. Air masukkan sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak kerna hanya bertujuan untuk membantu proses pengisaran sehingga hancur sehalus-halusnya daun pandan dan beras. Para penjaga kulit perlukan hanya 2 atau 3 helai sahaja daun pandan untuk sekali penggunaan. Beras dalam kuantiti segenggam tangan (faham ka?) Tak perlu buat banyak-banyak kerna ianya cepat berbau masam atau rosak. Bukankah membazir jika tidak habis digunakan kan? Lepas puas hati dengan teksturnya simpan ke dalam bekas kemudian sejukkan di dalam oven...haha...peti sejuk okey!

Simpan beberapa jam kemudian sudah boleh digunakan...Si gadis guna sebelum tidur...Gosokkan secara perlahan-lahan ke seluruh muka dan leher. Setelah itu cuci sehingga bersih dengan air yaaa! Cer sentuh kulit sendiri...licin tak? haaaa..senyum sorang...ok belum habis lagi tips ni.




Selesai sudah bahagian pembersihan ^_^ Sekarang kita buat masker muka pulak. Masker muka adalah topeng muka! Masker muka ni boleh buat kulit makin halus, gebu dan putih...konon la...Percaya? sila cuba sendiri. Okey si gadis selalu amalkan putih telur...banyak lagi bahan dapur lain boleh dibuat masker...tapi inilah paling senang untuk yang ada sikit sifat malas...sikit je la :p
Para penjaga kulit muka hanya perlukan PUTIH TELUR sahaja hokeyyyy!!!
Asingkan putih telur dari kuning telur.
Kocak sehingga berbuih sambil joget-joget...
Pastikan buihnya pekat dan padat.
Si gadis selalu guna garfu sebagai bahan bantuan untuk lebih cepat.
Kemudian siap untuk disapukan kemuka.
Biarkan seketika hingga masker kering dan terasa menegang.

Putih telur ni boleh menyerap lebihan pada kulit muka tau uolsss...

Setelah berpuas hati...okey anda semua boleh cuci muka dengan air yang bersih ^_^
Apa para penjaga kulit muka sekalian rasa? Rasa licin,bersih dan tegang kan???


Next, bagi yang bermasalah jerawat seperti si gadis...boleh cuba T3 Mycin seperti di bawah

VVVVV
VVVV
VVV
VV
V
V
.

i l0vE T3 Mycin Gel
Boleh dapatkan di farmasi berdekatan.
Harga RM22 sahaja.
Sapukan pada jerawat-jerawat sihat.
dan boleh tidur...
Bangun keesokan paginya...pasti jerawat ada surut sedikit. Mengecut!

Jika yang tiada masalah jerawat....boleh sapu krim malam terus sebelum tidur dan selepas facial ^_^




Alhamdulillah setelah kembali mengamalkannya semula...jerawat dapat dikurangkan...moga akan terus pulih dan kembali seperti sedia kala. Ingat! Buat selalu. Bukan buat hanya sekali dan ia terus okey! Hokeyyyyyyy uolssss??? Jangan lupa banyak minum air kosong kosong kosong owh owh.



Senang kan buat scrub sendiri? masker sendiri? Semua semula jadi. 
Ciptaan Allah punya khasiat tersendiri...Jimat pulak tu ^_^



Setakat di sini sahaja perkongsian ya. MOga bermanfaat.
Ada tak yang tahu atasi masalah mata PANDA! selain guna timun atau uncang teh? 
Jasamu dikenang ^_^

No comments:

Post a Comment