January 3, 2015

Natsys dan TM bergabung





Bismillahirrahmanirrahim
Entry pertama di tahun 2015 okeyyy!!!

Ok..apa itu Natsys?
Ok..apa itu TM?..muehehehe

Natsys itu adalah salah satu jenama yang dikeluarkan oleh Nadi-Ayu Technologies Sdn. Bhd. Jenama Natsys TM telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Komunikasi Malaysia dan Multimedia (SKMM) sebagai jenama pilihan di Malaysia bagi projek Komputer 1 Malaysia Fasa 3A.

Manakala TM pulak...Telekom Malaysia la...apa lagi...hihihi

Apabila dua ini bergabung makanya orang seperti saya dapat apa?


Jawapannya..orang seperti saya dapat tab free (Itulah rakyat Malaysia kan... free, free, dan free lagi)
Dapat ni sebab langgan streamyx kat TM. Pada mulanya mencari yang terbaik antara Celcom, DiGi, Maxis dan yang lain2... Kebetulan dapat berita promosi terbaik ni pulak (info dari member Encik Suami)...apa lagi kan? kan? kan? Gunalah peluang selagi ada...terus berdesup ke kaunter TM.


ambik gambar dari Encik Google je.

Nak langgan ni ada syarat-syaratnya:

~Gaji lebih RM5000 tak boleh tau sebab korang dah kaya...hehe

~Setiap pakej hanya boleh satu akaun sahaja

~Tempoh langganan minimum 24 bulan atau 2 tahun saja ya dik!

~Bagi langganan talian tetap TM baru, bayarannya seperti berikut :

Deposit Perkhimatan : RM75
Duti Setem : RM10
Yuran Penyambungan : RM50 (dikecualikan)
Pendawaian dalaman : RM30 - RM50 (dibayar kepada kontraktor pemasangan)
5 meter pertama - RM50
Caj untuk setiap 1 meter seterusnya - RM5 / meter.

~RM600 akan dikenakan pada orang yang menamatkan secara awal pakej ni atau kegagalan pemindahan akaun perkhidmatan ke alamat baru. (Jadi jangan mengada nak tamatkan awal2 bila dah dapat tab melainkan awak kaya!)

~Tidak dibenarkan menukar pakej streamyx lain. Menaik taraf saja boleh malah digalakkan. Menurun taraf jua tidak dibenarkan sama sekali ya dik!

~Tablet akan dihantar dalam tempoh 14 hari dari aktif (okey ini tipu sebab kami dapat dalam masa lebih kurang 2 BULAN...mungkin ada masalah..wallahualam).

~Dalam masa 12 bulan pembekal tablet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan... melainkan hilang dicuri atau akibat bencana alam.



ok ni pulak pakejnya ^_^ menarik tak? pilihla mana yang disukai.






tab ni mereka bagi sekali dengan keyboard tau...memang terbaik la sebab senang nak buat kerja macam update blog...pasang je dengan keyboard terus jadi laptop...hehe

bagi yang dah biasa menggunakan android atau sistem2 lain memang agak kurang best la pakai tab ni (bagi saya...korang tak tau la) sebab buka  je macam laptop biasa...hehe..nama pun dah Windows ....ok ni Windows 8.1 okey harap maklum... tapi serius sangat best untuk buat kerja...memang sesuai untuk pelajar macam tu la ^_^


ok...itu sahaja info tentang Natsys, TM dan tablet mereka ni...serta streamyx yang utamanya. Nak langgan kena pegi cepat tanya tau...nanti menyesal.... GOOD LUCK!!!







Terima Kasih sebab sudi membaca ^_^