January 3, 2015

Natsys dan TM bergabung





Bismillahirrahmanirrahim
Entry pertama di tahun 2015 okeyyy!!!

Ok..apa itu Natsys?
Ok..apa itu TM?..muehehehe

Natsys itu adalah salah satu jenama yang dikeluarkan oleh Nadi-Ayu Technologies Sdn. Bhd. Jenama Natsys TM telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Komunikasi Malaysia dan Multimedia (SKMM) sebagai jenama pilihan di Malaysia bagi projek Komputer 1 Malaysia Fasa 3A.

Manakala TM pulak...Telekom Malaysia la...apa lagi...hihihi

Apabila dua ini bergabung makanya orang seperti saya dapat apa?


Jawapannya..orang seperti saya dapat tab free (Itulah rakyat Malaysia kan... free, free, dan free lagi)
Dapat ni sebab langgan streamyx kat TM. Pada mulanya mencari yang terbaik antara Celcom, DiGi, Maxis dan yang lain2... Kebetulan dapat berita promosi terbaik ni pulak (info dari member Encik Suami)...apa lagi kan? kan? kan? Gunalah peluang selagi ada...terus berdesup ke kaunter TM.


ambik gambar dari Encik Google je.

Nak langgan ni ada syarat-syaratnya:

~Gaji lebih RM5000 tak boleh tau sebab korang dah kaya...hehe

~Setiap pakej hanya boleh satu akaun sahaja

~Tempoh langganan minimum 24 bulan atau 2 tahun saja ya dik!

~Bagi langganan talian tetap TM baru, bayarannya seperti berikut :

Deposit Perkhimatan : RM75
Duti Setem : RM10
Yuran Penyambungan : RM50 (dikecualikan)
Pendawaian dalaman : RM30 - RM50 (dibayar kepada kontraktor pemasangan)
5 meter pertama - RM50
Caj untuk setiap 1 meter seterusnya - RM5 / meter.

~RM600 akan dikenakan pada orang yang menamatkan secara awal pakej ni atau kegagalan pemindahan akaun perkhidmatan ke alamat baru. (Jadi jangan mengada nak tamatkan awal2 bila dah dapat tab melainkan awak kaya!)

~Tidak dibenarkan menukar pakej streamyx lain. Menaik taraf saja boleh malah digalakkan. Menurun taraf jua tidak dibenarkan sama sekali ya dik!

~Tablet akan dihantar dalam tempoh 14 hari dari aktif (okey ini tipu sebab kami dapat dalam masa lebih kurang 2 BULAN...mungkin ada masalah..wallahualam).

~Dalam masa 12 bulan pembekal tablet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan... melainkan hilang dicuri atau akibat bencana alam.



ok ni pulak pakejnya ^_^ menarik tak? pilihla mana yang disukai.






tab ni mereka bagi sekali dengan keyboard tau...memang terbaik la sebab senang nak buat kerja macam update blog...pasang je dengan keyboard terus jadi laptop...hehe

bagi yang dah biasa menggunakan android atau sistem2 lain memang agak kurang best la pakai tab ni (bagi saya...korang tak tau la) sebab buka  je macam laptop biasa...hehe..nama pun dah Windows ....ok ni Windows 8.1 okey harap maklum... tapi serius sangat best untuk buat kerja...memang sesuai untuk pelajar macam tu la ^_^


ok...itu sahaja info tentang Natsys, TM dan tablet mereka ni...serta streamyx yang utamanya. Nak langgan kena pegi cepat tanya tau...nanti menyesal.... GOOD LUCK!!!







Terima Kasih sebab sudi membaca ^_^




November 23, 2013

Mega oh Mega

Assalamualaikum

Perniagaan sesuatu yang amat digalakkan malah suatu perkara yang amat penting. Kenapa penting?
Kerana perniagaan itu menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Zaman sekarang pelbagai cara pemasaran dilakukan oleh manusia, secara langsung mahupun tidak langsung. Jadi, Tikah juga tidak mahu ketinggalan. ^_^

Mungkin para pengikut blog ni dah lama tau Tikah punya Facebook Shop. Diberikan nama Atikah FBshop. Wujud sejak 3 Oktober 2011 ^_^ dan sejak kebelakangan ni mula aktifkan balik. yihuuuuuuuuuuuuuuuuu. Alhamdulillah dapat dijalankan dengan baik semula. Langkah demi langkah yaaa. Terima kasih orang belakang tabir kerna banyak membantu. Tak lupa juga rakan niaga yang sangat membantu ^_^

Uolls boleh terjah di link bawah ni...jumpa jer cover photo ni betul la tu hak milik kami. ^_^



Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat cover photo seperti di atas untuk facebook atau banner2 lain boleh hubungi kami seperti tertera dalam gambar di atas ya ^_^





antara album yang terdapat dalam Atikah FBshop

Atikah FBshop menyediakan :

Jubah Muslimah
Jubah Moden
Baju Muslimah
Tudung
Wangian Kereta
Produk Kesihatan Catalyst

Di kesempatan ini nak bagi tau Uolls yang Atikah FBshop tengah buat MEGA SALE. Ulang suara MEGA SALE!!! ^_^ Dah dijalankan hampir sebulan bermula dari 5 November 2013 bersamaan 1Muharram 1435H hingga 4 Disember 2013 bersamaan 29 Muharram 1435H. Ianya melibatkan semua album dalam Atikah FBshop. Nak sale yang meletop sila hubungi kami secara privacy. Insya'Allah akan dilayan secepat mungkin. Jadi anda masih ada masa lagi. Jom rebutkan peluang ini. Terjah jangan tak terjah yaaaaa.

SELAMAT MEMBELI BELAH~ 



August 11, 2013

Satu daripada bahagia dan duka

Jemput masuk Jemput masuk...Assalamualaikum...
Selamat beraya di blog sepah ini.
#Ini bukan kisah di hari syawal sepenuhnya. tet.

Uollsssss....girllsss....korang baju raya tahun ni mesti cantik2 kan...kain berkualiti, fashion tiptop...tengok fbshop pun terliur (tengok baju pun terliur eh?) Seronok la kan leh shoping dalam fb....klik klik klik, dua tiga hari dah sampai pintu rumah, pintu office ke kan. Selamat bergaya uollsss. ^_^

Tahun ni buat baju raya sendiri. Almaklumla duduk rumah, jadi penganggur terhebat. Maka, aktiviti untuk beli belah dikurangkan. Kesiankan...umur sekarang pun tak dapat kerja lagi... Tapi... ALHAMDULILLAH...syukur pada Allah.


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Dapat jahit baju sendiri dah. Dah boleh nikah la ni kan??? ahhhakkksss >_<
Ni memang minggu terakhir puasa mula buat baju sendiri.
Sebelum tu sibuk buat baju orang lain...
Sebelum tu lagi sibuk dengan aktiviti lain ^_^
Pengajarannya, ambik tempahan kena fikir dulu,buat jadual. Barulah masa lebih terancang.
Pengajaran untuk lebih positif.




(abaikan muka penuh jerawat cantik)
Bersyukur dapat belajar menjahit. Kali ni berjaya setelah kali kedua masuk kursus jahitan. Kali pertama dipersilakan berhenti atas sebab2 tertentu (ambek kauuuu)....Mujurlah cikgu jahitan nak terima untuk kali kedua  setelah hilang beberapa tahun.
TERIMA KASIH CIKGU ROSLINA DAHLAN. love U ^_^ mmuahhhh

Gigih kembali untuk belajar jahitan semula sebab mak dah tak larat sangat nak menjahit. Kesihatan tak menigizinkan. Kesian mak. Baju yang emak buat juga yang terbaik sejak aku lahir sampai laaaaa ni..... TERIMA KASIH EMAKKKK....mmuuahhh

Jadi dengan tekad!!!!
Jom belajar jahit...pakai baju buatan sendiri...seronok uolssss...


Satu daripada dua yang dibuat....untuk syawal ni. 2 je pun...syukur ^_^
Walaupun tak cantik dan kemas.
Tapi puas hati.
Hoooreyyyyy!!!





cam tak cun je entry ni. Biarlah, terima kasih sudi baca. Motifnya, kita hidup ni jangan hanya bergantung pada satu benda je. Allah bagi pelbagai cara untuk usaha dengan kudrat sendiri. Walaupun kadang2 meleleh air mata tapi ayuh! Bangunlah! Bahagia itu datangnya dari duka. Redhakan hati jalani ujianNya. InsyaAllah ada hikmahnya...aamiinnnn

Syawal ini dan Ramadhan lalu...hidup dah berubah ^_^ alhamdulillah...love it. Selamat Hari Raya uolssss..Maaf Zahir Batin






April 12, 2013

semak jangan tak semak!

Assalamualaikum. Perkongsian Tazkirah ^_^

Siapa di dunia ini hidupnya tidak pernah merasakan apa yang dia mahu tetapi tidak dapat? Pasti semua pernah merasakan kannnn. Pasti ada yang tertanya-tanya...kenapa Allah tak bagi ini? kenapa Allah tak bagi itu? kenapa Allah bagi kat dia? kenapa Allah bagi kat mereka tapi bukan aku?

Jawapannya... berprasangka baiklah pada Allah. Semua itu tidak lain tidak bukan...Allah nak bagi yang lebih baik pada kita. Allah nak bagi apa yang kita perlukan dalam hidup di dunia seterusnya persiapan bekalan ke akhirat. Dan mungkin apa yang kita nak itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk kita di dunia mahupun akhirat. Teruslah berdoa dan berdoa...minta dan minta pada Maha Pencipta... Doa itu senjata ampuh! Tetapi ampuhkah doa kita? Pernah fikir adakah doa kita diterima... Mari kita semak balik diri kita.

Kita perlu makanan untuk hidup.
Apakah makanan yang kita makan selama ini HALAL? Ya sewajarnya orang mukmin itu menitikberatkan soal halal. Andai halal...Alhamdulillah. Tetapi adakah yang halal itu daripada makanan yang baik-baik? Berkhasiatkah makanan tersebut untuk kita terus sihat menjalankan ibadah padaNya? Jika ya...Alhamdulillah. Jadi jika makanan yang kita makan dari sumber yang HARAM... Bagaimana mungkin doa kita dimakbulkan oleh Allah kan? Semak balik...

Kita perlu pakaian untuk menutup aurat.
Apakah pakaian kita daripada sumber yang HALAL? Jika ya... Alhamdulillah. Tetapi tanya pada diri...punya riak atau tidak dalam diri? Jika pakaian MELETOP timbul perasaan berkemampuan, ingin dipandang setinggi langit...apakah itu baik? Jika pakaian LUSUH tetapi timbul perasaan agar orang memandangnya zuhud contohnya...apakah itu baik? Jadi...pakai cantik boleh riak, pakai buruk pun boleh riak. Bagaimana mungkin doa kita dimakbulkan oleh Allah kan? Semak balik...

Hidup suka meminjam.
Semua orang pernah melakukan ini. Bahkan selalu. Perkara paling mudah adalah 'pinjam pen'. Bila terdesak 'pakai apa yang ada depan mata ni dulu'...Ya baiklah mungkin kita tidak sempat minta izin... Si pemilik mungkin jua halalkan kita memakainya. Tetapi amatlah malang andai minta izin tidak...pulangkan pun tidak. Dengan kata lain...hak milik kekal. Ianya seperti perkara remehkan? Diperlekehkan... Tetapi ingat! Malaikat tidak pernah lelah mencatit apa yang kita lakukan walaupun seremeh mana kita anggap. Bagaimana mungkin doa kita dimakbulkan oleh Allah kan? Semak balik...

Jual Beli.
Semua orang perlukan ekonomi yang kukuh dan baik. Perniagaan adalah jalan terbaik. Tanya pada diri... Apakah baik barang kita jual? Bagaimana barang yang telah rosak? Adakah dibuang atau dijual sahaja kerna tidak mahu mengambil risiko kerugian? Bagaimana harganya...berpatutankah? atau cekik darah? ~Bagaimana darah boleh tercekik?~ Jika yaaa... Bagaimana mungkin doa kita dimakbulkan oleh Allah kan? Semak balik...

Sedekah.
Bersedekahlah apa jua, sebanyak mana yang kita mahu... hati jua Allah nilai... Ikhlas kah hati itu atau sekadar menunjuk-nunjuk. Andai ikhlas... Alhamdulillah. Lihat balik...apakah kita bersedekah benda yang baik-baik? Andai tidak...Bagaimana mungkin doa kita dimakbulkan oleh Allah kan? Semak balik...


Jom kita semak satu persatu rutin kehidupan kita. Ubah selagi mampu. Perbetulkan apa yang kerap salah. Banyakkan istighfar. Berimanlah dari segi mulut, hati, dan perbuatan. InsyaAllah Allah makbulkan doa kita. Bertawakallah. Anggaplah setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Dan Allah tidak akan mensia-siakan doa hambaNya yang bersungguh-sungguh! Jadi tunjukkan kesungguhan itu pada Allah. Ingat Allah...hati lunak ^_^ Mudah-mudahan Allah tunaikan doa kita semua...aamiin ya rabbal'alamiin.


Terima kasih membaca~