August 11, 2013

Satu daripada bahagia dan duka

Jemput masuk Jemput masuk...Assalamualaikum...
Selamat beraya di blog sepah ini.
#Ini bukan kisah di hari syawal sepenuhnya. tet.

Uollsssss....girllsss....korang baju raya tahun ni mesti cantik2 kan...kain berkualiti, fashion tiptop...tengok fbshop pun terliur (tengok baju pun terliur eh?) Seronok la kan leh shoping dalam fb....klik klik klik, dua tiga hari dah sampai pintu rumah, pintu office ke kan. Selamat bergaya uollsss. ^_^

Tahun ni buat baju raya sendiri. Almaklumla duduk rumah, jadi penganggur terhebat. Maka, aktiviti untuk beli belah dikurangkan. Kesiankan...umur sekarang pun tak dapat kerja lagi... Tapi... ALHAMDULILLAH...syukur pada Allah.


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Dapat jahit baju sendiri dah. Dah boleh nikah la ni kan??? ahhhakkksss >_<
Ni memang minggu terakhir puasa mula buat baju sendiri.
Sebelum tu sibuk buat baju orang lain...
Sebelum tu lagi sibuk dengan aktiviti lain ^_^
Pengajarannya, ambik tempahan kena fikir dulu,buat jadual. Barulah masa lebih terancang.
Pengajaran untuk lebih positif.




(abaikan muka penuh jerawat cantik)
Bersyukur dapat belajar menjahit. Kali ni berjaya setelah kali kedua masuk kursus jahitan. Kali pertama dipersilakan berhenti atas sebab2 tertentu (ambek kauuuu)....Mujurlah cikgu jahitan nak terima untuk kali kedua  setelah hilang beberapa tahun.
TERIMA KASIH CIKGU ROSLINA DAHLAN. love U ^_^ mmuahhhh

Gigih kembali untuk belajar jahitan semula sebab mak dah tak larat sangat nak menjahit. Kesihatan tak menigizinkan. Kesian mak. Baju yang emak buat juga yang terbaik sejak aku lahir sampai laaaaa ni..... TERIMA KASIH EMAKKKK....mmuuahhh

Jadi dengan tekad!!!!
Jom belajar jahit...pakai baju buatan sendiri...seronok uolssss...


Satu daripada dua yang dibuat....untuk syawal ni. 2 je pun...syukur ^_^
Walaupun tak cantik dan kemas.
Tapi puas hati.
Hoooreyyyyy!!!





cam tak cun je entry ni. Biarlah, terima kasih sudi baca. Motifnya, kita hidup ni jangan hanya bergantung pada satu benda je. Allah bagi pelbagai cara untuk usaha dengan kudrat sendiri. Walaupun kadang2 meleleh air mata tapi ayuh! Bangunlah! Bahagia itu datangnya dari duka. Redhakan hati jalani ujianNya. InsyaAllah ada hikmahnya...aamiinnnn

Syawal ini dan Ramadhan lalu...hidup dah berubah ^_^ alhamdulillah...love it. Selamat Hari Raya uolssss..Maaf Zahir Batin