January 6, 2013

sayur yang indah...

Bismillahirrahmanirrahim.
Entry pertama di tahun 2013. Memandangkan salah satu azam tahunan agar lebih sihat dengan gaya hidup sihat berterusan, jadi nak kongsi sedikit apa yang dibaca tentang pemakanan ^_^
(anda rasa tak permulaan ayat saya sangat serius???...ini bukan azam baru!)

Jika diberi pilihan sayur-sayuran dan daging/ayam/ikan, pasti ramai yang enggan memilih sayur kan.  Paling selalu kita dengar kanak-kanak tidak suka makan sayur, tetapi perkara yang sama juga berlaku dikalangan orang dewasa.

Sering kali kanak-kanak melihat sayuran itu seperti benda asing...mungkin mereka nampak macam alien ataupun bagai hantu yang menggilai...oh saya yang sengaja buat iklan. Lidah mereka amat sensitif dengan sayuran walau sekecil mana pun sayur tu, mereka dapat mengesannya. Sangat susah kan memujuk kanak-kanak makan sayur.

Orang dewasa pulak sering memberikan alasan pahit. Ada yang hanya dapat makan sayur jika digaul bersama nasi atau mi...hey orang dewasa! Rugi tau tak nak makan sayur :p

Indah dan berkhasiatnya ciptaan Allah ni...
memang rugi la tak makan...

Nak tau tak makanan kebiasaan Rasulullah?
Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan...menu utama Rasulullah di malam hari adalah sayur-sayuran. Rasulullah tetap memakan daging hanya pada acara-acara tertentu dan dalam sukatan yang tidak banyak ^_^


Umar bin Khattab pernah berkata, "Jangan kamu jadikan perut kamu sebagai kubur bagi haiwan-haiwan ternakan!"

Pernah terbaca gaya hidup orang Jepun
Mereka mengamalkan hidup yang natural. Mengamalkan slogan 'back to nature'. Terdapat dimana sahaja kebun-kebun mini yang ditanam dengan barisan sayur-sayuran yang tersusun rapi. Memetik sendiri sayur di kawasan rumah sebagai makanan harian. Bebas daripada racun perosak dan 'perasa' tambahan. Jadi? Jadi? Jadi? Kita bagaimana? Jawapannya pasti banyak membeli kan, sayur-sayuran yang kadang-kala dah layu tunduk ke bumi...(saya la salah seorang darinya...)

Orang Jepun seolah-olah memahami gaya hidup anjuran Rasulullah... Orang Okinawa khususnya miliki ungkapan 'Hara hachi bu' yang bermaksud penuhkan perut dengan batasan 8 per 10 kekenyangan...dan dengan kata lain "Berhenti makan sebelum kenyang'...kan saya dah masuk Jepun pulak dah...

Kenapa boleh masuk Jepun pulak ni? Janganlah kamu yang membaca rasa menyampah yeee....kalau cerita tentang Malaysia pasti semua dah tahu kan kan kan. Ambik yang positif, buang yang keruh ...

Tapi nak jugak masukkan Sarawak ...orang sarawak sangat gemar makan sayur barangkali jadi itu adalah alasan kukuh wujudnya masakan yang bernama 'sayur bubur pedas'... Pernah dengar? Pernah tengok? Pernah rasa? Sedap uolsssss... Masakan ni pelbagai sayuran kampung dicampurkan bersama...ikut selera masing-masing. Bila Ramadhan tiba inilah makanan kegemaran yang bagai tiada tandingan bagi diri saya... (tengok siapa masak jugak la...ada sedap ada tidak....opppssss). *peace*...Oh ya...ini juga makanan yang full package...kerna rempahnya diperbuat daripada beras...bila makan ni tak perlu dah yang lain...sebab pasti kenyang...dan dengan kata lain namanya 'sushi sarawak'...sukati saya je nak bagi nama kan... #whatever#

Tadi awal kata...awalscha tu...tak tau eh...takpa takpa.
Okey sekarang akhir kata pulak... amalkanlah pola pemakan yang ideal...seperti piramid makanan yang kita selalu lihat. 

10-20 peratus = makanan daripada haiwan, 
60 peratus = sumber biji-bijian, 
30 peratus = buah dan sayur-sayuran

KERNA PERUT ITU PUNCA SEGALA PENYAKIT!!! 

Terima kasih membaca ^_^


Kredit : Dr.Adi Hashman & gambar google

No comments:

Post a Comment