April 30, 2012

tak paham dengan diri sendiri





Kekadang tertouching gila222...seriously.


   

                                          tu je...ok bye





April 24, 2012

nYeM nYeM

Assalamualaikum uolls...
Update laju-laju.


Pagi tuk murah rezeki gilak-gilak


Sebab


Tadaa...



Dapat cake Spiderweb Caramel from Kak Lynn
Nang nyaman...
and thanks 4 laksa Sarawak special...sebenarnya mengidam laksa sarawak.
Jadi dah tercapai.
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki...amiin




suka cupcake Kak Lynn juak...
Marvelous....nyum nyum nyum
Kak Lynn curik gambar k. ^_^
Moga biznez bertambah maju...amiin


P/S : Thanks too Ivy and Waty...

Thanks for reading...


April 23, 2012

Wanita Itu

Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara



Jika wanita CANTIK yang dicari, dia bukan saya.
Jika wanita SOLEHAH yang dicari, dia bukan saya.
Jika wanita PINTAR yang dicari, dia bukan saya.
Jika wanita KAYA yang dicari, dia bukan saya.
Jika wanita MODEN yang dicari, dia bukan saya.




Tetapi jika wanita yang ingin dibimbing, Ya! Itulah saya.
Bimbinglah dan berilah ILMU AGAMA kepadaku.
Ajarilah diriku tentang kehidupan di dunia dan akhirat...
Walau siapa pun Anda...???




Izinkan diriku meraih cintaMU dulu Ya Allah...
Hinanya diri ini kerana kadang kala tidak ikhlas dan lalai mengingatiMU...
Astaghfirullah..
.


Kredit : Andhika Al-Banjari Mtp

toddler...Thanks for reading ^_^



April 19, 2012

Hanya Allah Yang Tahu

Bismillahirrahmanirrahim...

Haruskah berputus asa sekarang?
Bukankah Allah melarang agar tidak berputus asa? 
Terasa bagai titik noktah telah ku temui,
Mengakhiri segala yang telah aku mulai,
Astaghfirullah..
Jauhkan rasa ini Ya Allah.
Jauhkan kami dari sifat mazmumah dan hiasi kami dengan sifat mahmudah. 
Kuatkan kami Ya Allah,
Sesungguhnya rasa tidak tertanggung semua ini lagi,
Berikanlah Petunjuk MU Ya Allah,
Janganlah Engkau biarkan hati ini pasrah dalam keadaan putus asa dan pilu,
Ikhlas dan tabahkan hati kami dalam menyahut ujian MU,
Amiin Ya Rabb.

~Harapan Tulus Suci~
Hanya Allah yang tahu apa yang terbuku di hati...

April 16, 2012

Saja nak kecoh

Assalamualaikum ^_^

Semalam dok sakit-sakit perut menyebabkan hendak melangkah ke office tak menjadi. Serius tak tahan, maaf ya kakak-kakak abang-abang sebab tak datang ot...ala..dia orang baca jugak blog saya tu. Dalam sakit-sakit tu fikir jugak, tak baik dimanjakan sakit ni, kena buat kerja jugak. Tiba-tiba ingat kat adik kudui. Kalau dia ada, dia akan cakap macam ni, kak atik...minta saya sikit rasa sakit tu sambil pegang bahuku. aduh...rindunya sama dia si kudui. Bila rasa macam tu, terus ingat time masak-masak sama. Kami selalu buat cake cheese sama ^_^... Minggu terakhir dia bawa kuih sempiang ke office...sedap giler!!!
Apa lagi kecoh minta ajar. Walaupun demo hanya menggunakan kertas time tu.

Bila dah teringat tu terus ke dapur. Lagi-lagi belum sarapan... Maka terus nekad buat kuih sempiang untuk sarapan bersama keluarga tercinta.


Tadaaaaa...
Berjaya juga buat walaupun tak sesedap adik kudui buat ^_^
Inilah kuih sempiang..betul ka???
mau resipi nya mintak kat adik kudui ya. hehe






Sekarang tengah sibuk mencari resipi Macaronsssssssssssss.....ada sesiapa tau tu resipi yang confirm boleh diguna pakai sila tinggalkan link nya di bawah entry ini ya!!! Jasa anda amat dihargai. Sesiapa yang tak tau apa tu Macarons, ni saya bagi gambar kat sebelah ni >>>>                     @ sesiapa yang baik hati tu cuba la belikan untuk agar saya boleh merasa. hikhikhik. tak makan lagi benda ni

< Penulis blog hendak merajinkan diri sekarang, bukan sebelum ni maksudnya tak rajin tapi hendak menambahkan kerajinan >  daa..

April 9, 2012

Kenapa Mesti Kamu?

Coretan April yang entah apa-apa.
Peduli la nak cakap entry saya like rubbish @ what. Rubbish2 pun ko baca jugak kan. 
Buktinya..kalau tak baca macam mana entry aku macam rubbish..haha. FINE!

Tengah-tengah malam tiba-tiba seorang sahabat sepermainan / seperjuangan / sekaki / setangan / sejalan ni share benda yang buat orang melihat nya sadis pulak. Yang takda feel tu no comment la. Nak share yang dia tengah sadis la tu. ok2..faham2. sila lah bersedih. menangis lah.. sahabat apa aku ni???
Bagi saya la, kalau sedih tu baik la menangis, sebab lepas tu perasaan akan cool sikit. Seriously.


Nah...tengok video bawah ni sampai habis.



                           

tapi yang peliknya...
kenapa saya pulak yang lebih2 sadis ni...
ok, kita kan sehati sejiwa, jadi tak hairanlah kan kalau aku melebih-lebih...
dan...kita lebih lagi dari orang buat video kat atas ni my dear friend.
dan tak mustahil suatu hari nanti aku akan betul2 dapat rasa apa yang kau rasa...
hidup ni tak semudah yang kita fikir dan nak kan...


Ini semua boleh dikatakan dilema!
Pernah dengar tak dilema soal hati/perasaan?

Peringatan : Budak bawah umur tak payah la baca ni (eh ada ka pembaca blog ni bawah umur? whtever la..)

Pasti pernah ada yang merasa suka gila2 kat seseorang...dah suka sampai gila pulak tu...ish..kesian. Janganlah..tu gurauan ayat Bahasa Melayu. ok...kamu dan kamu. Pendek kata, panjang tak kata apa-apa...kamulah orang yang paling aku sayang setengah mati even aku tak rasa lagi pon macam mana rasa setengah mati. Kamulah orang yang paling aku berkenan. Kamulah paling melekat kat hati. Walaupun kawan aku pernah cakap, ala...kawan dia lagi handsome...tapi kamu jugalah yang "top" di hati!


Orang yang suka kat aku, aku buat dia macam tak wujud.  Padahal orang yang mengejar ku itu jauh lebih baik dari kamu. Punyalah jahat aku ni sebab nya aku terkejar-kejar kan kamu. Sekalipun kamu depan biji mata pun tapi hati kamu beribu-ribu jauhnya... Lihat! Betapa jauhnya hati kamu dari hati aku. 


Bila aku rasa aku terhegeh-hegeh kat kamu, aku rasa nak lari jauh. Biar kamu pujuk dan datang dekat...tapi masalahnya...makin la kamu jauh. Cuba untuk mendiamkan diri via apa2 sahaja... dalam masa yang sama berharap kamu akan cari aku. Tapi fine...memang kamu tak cari punya... Kenapa kamu yang buat aku macam ni jugak yang aku sayang? Kenapa?


Kenapa lah kamu yang tak menghargai aku jugak yang aku nak? Kenapalah kamu yang salu kecikkan hati aku jugak yang aku nak sangat-sangat? Kenapalah kamu yang buat aku tak wujud ni jugak yang aku fikir setengah mati? Kenapa mesti kamu?


ok ni bukan salah kamu? aku yang tergiler-giler kan? Siapa suruh kan? Dah terang lagi bersuluh, masih jugak nak padam lampu. buat-buat buta. Jangan sampai hati buta dah. Hah!


*******************************************************************************************


So,ini sahaja yang saya faham tentang kamu wahai sahabat. Baik fikir secara rasional. Jangan sampai orang buat kau macam hampeh! 


Mari tanamkan rasa ingin mencintai dan dicintai sedalam-dalamnya di hati hanya selepas "AKAD NIKAH"...Itu cita-cita baru kita ok? Lahirkan rasa takut pada kaum adam yang menyatakan dia suka kamu padahal dia tidak bersedia untuk menjadi "Yang HALAL buatmu". Sebab nikah itu nampak mudah... "Aku terima nikahnya...." maksudnya ~Aku tanggung dosa-dosa  si dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.~


Nampak tak berat nya tugas seorang suami? Tapi, manusia akhir zaman...anggap semua ni remeh! Suka-suka! Kahwin sesuka hati. Cerai sesuka hati. Paling teruk, buat anak sesuka hati then suka hati dia jak letak sembarangan! Nauzubillah...


Sahabatku sayang...tanamkan dalam hati mu jua...jika nama itu tertulis di Lauhul Mahfudz untukmu, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kamu dan dia. Tugas mu sekarang bukan mencarinya tetapi mensolehahkan dirimu.
<< Peringatan buat diri sendiri jua >>
Ingat! Mungkin hati kita belum ikhlas mencintai Allah...sebab tu Allah tak temukan kita dengannya. InsyaAllah jika kamu tidak ditakdirkan dengan orang yang kau damba, Allah akan menemukan kamu dengan orang yang mendambakanmu malah mungkin lebih baik dan tanpa engkau sangka dan duga.


Tolong jangan fikir kau tak layak seperti dalam video kat atas tu. 
Mungkin orang tu tak layak untuk engkau.
Solat sunat Istikharah..InsyaAllah diberi petunjuk.


Dengan berkahwin...dapat menjaga pandangan mata dan menjaga hormatan.
Sahabat cakap...kahwin muda itu *SWEET*. 
Jawab je InsyaAllah.

p/s : saja nak mencoret.

Kredit to : Nurulbadiah Lai ^_^

April 3, 2012

Keindahan punya pasal

Eh April sudah rupanya...
Assalamualaikum ^_^
Nah entry paling ringkas tapi penuh makna.
Jangan tersentap dan terlahap... eh apa saya cakap ni..


Dugaan terbesar bagi Lelaki adalah dalam menjaga Syahwatnya...
Perempuan dalam menjaga Auratnya...!!!



kalau nak lebih jelas sila download sendiri gambar ni...
Dapat tengok message yang disampaikan dalam gambar tu.
~Sekadar renungan untuk kebaikan bersama~





Kredit gambar : Google..