December 6, 2010

~PENGALAMAN~

bukan gmbr sebenar k...

Setelah lama menahan kesakitan...akhirnya sy berjaya juga jumpa DENTIST then cabut...bukan cabut biasa tau...tapi operate tp kecik je la....ouchhhhh...
Masa operate 2 tak la sakit sangat coz ada ubat bius kan..2 kali inject...mak oi...benda yg plg sy tkt...ushhhh...




Time dctr n pembantu dia buat semua 2...I try x nk tengok...kalau tengok confirm takot punye...tp ade jugak la tertengok equipment yg die gune....adeh...pisau khas die...huh..tajam.nasib ada ubat bius...

Tapi mcm susah jugak die nk kuarkan gg sy 2..fuhhh..ntah berapa kali d belah gusi sy then try nk kuarkan...adeh..masa die nk kuarkan 2...gg sy 2 rase d tekan22...dagu ni makin rasa ke bawah...
dalam hati berkata "doktor ni sakit hati dgn aku ke",,,kihkihkih...cissss...

Sepjg pembedahan 2...dr mula sampai habis...hanya mampu bercakap dgn diri sendiri...'doktor ni nak rawat engkaulah'...'doktor ni pandai,jgn bimbang'...'sy harus bersabar,kejap je lagi2'...'ingat Allah'...'kau tak concentrate exam kalau gg 2 ade lg nanti'...'buka mulut besar2,bg kerjasama kt doktor ni'...THEN......henyak2 lagi...adoi.....tiba2 je tgk doktor bawa kuar gg tu....FUUUUUUUUUHHHHHHHHHHHHHHHHHH................lega sangat...gg aku dah kuar!! YES!!..





ui.....rupa2nya byk bena darah sy terkeluar....huh...hampir semua alat td d baluti darah...aiyooo...apatah lg gg itu bertukar jd merah color nya...fuh. after 2,doktor 2 jahit semula gusi kita...hurmmmm...masih x terasa jugak coz ubt bius masih kuat...

bangun je dr tempat 2...terus tgk gg..haisshhhhh..punye la besar even gg 2 x leh nk tumbuh lbh tinggi lagi. :((


bukan gmbr sbnr...
kite dpt ubat...
1)ibuprofen
2)Prolase
3)Magnesium Tisilicate
4)Metronidazole

Saye x suke makan UBAT!!!


Lepas ni PROMISE.....nak jaga gg baek2....serik dah...uhuhuhu....Thanks 2 Dr.Jenny...U r professional dentist. :))

Hope muke kite x kembang terok...ALHAMDULILLAH...semuanya okay.

~SALAM MAAL HIJRAH~~~~ :))

December 1, 2010

Lepas / berlalu

OK....blog saya ini...saya nk tulis apa yg sy rase k n apa yg sy nk share..thts ol :))


hurmmm...apa yg terlepas? apa yg berlalu?...itu semua tutorial n assignment...
fuhhh...penat gler mg2 tersebut....n now dapat la rileks sekejap..
REMEMBER .....jgn rileks lame sgt...awak 2 nk final exam...hehehehe (4 myself)


Paling kasihan...kt along kite....ulang alik weekend hantar g tutorial....pengorbanan kakak kpd adiknya...kite korban ape utk die ek? huhhhhh....rase kosong jek...tak tau laaa.....hurmmmm...
ape2 pun...rasa lega n happy ckit coz assignment dh htr n pas hbs class hari 2 g isi perut yg dah makin berlemak ini..kuikuikui..


 *bubur ayam*~rasa mas boulevard ~ xsdp sgt..
.len kali xnk g cni lg ek...dh cuba semua tp x sdp jgk. sowiey~


 *McD....semestinya...oleh krn x puas hati...melantak mcD kt airport pulak
...weee**


ni favourite kite tau....french fries mcD plg sodap..nyummy

"Only the best potatoes make it into our world famous fries"~ patot pun..:))


i'm lovin' it

balik dr airport br puas hati...hehehehehhe


especially adik Izah....suke sgt bawa jln2...n along suke sgt sbb dpt mkn ice-cream mcD....coz tempat kite xda mcD pon...KFC jek ade...hehehe..not bad..

ok....nanti sambung g....nanyte :))

baca doa sblm titon....weeeeeeeeeeeee

November 19, 2010

Bila HAID~~

Saya ini sukar utk mengupdate blog sbb xda idea sangat...
Apa-apa pun...disini ada artikel yg sy jumpa & sy nk share kt korang k...
Amat berguna utk semua.... :)
~Especially 4 Muslimah~

Syukur Alhamdulillah kerana berjumpa dgn artikel ini.
Baru je menyedari....
Sekiranya saudara-saudari ada idea ttg artikel ini (yg lbh baik)
Sila share jugak kt sy k.


Wahai saudari-saudari muslimahku,
Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haid tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi Muhammad s.a.w amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua zikir-zikir yang ada di dalamnya.
Jika masih belum puas, periksalah pula kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi. Lihat berapa banyak zikir-zikir dan doa-doa yang kalian belum amalkan. Jadi tiada alasan untuk kalian wahai-wahai srikandi tercinta untuk berkata bahawa apabila haid maka kami kurang beribadah berbanding lelaki.
Wahai saudari-saudari seaqidahku,
Dalam bab membaca dan menyentuh al-Quran. Ulama-ulama umat masih berbeza pendapat tentang pengharamannya. Seandainya saudari berpegang kepada pendapat mengharamkannya, masih banyak ibadah yang saudari boleh lakukan bahkan tak akan habis untuk saudari lakukan di satu malam.
Wahai srikandiku,
Apabila kalian uzur, bukan alasan untuk kalian menghabiskan masa menonton televisyen tatkala si suami sedang bersolat. Bukanlah ia menjadi alasan untuk saudari menghabiskan hari siang dan malammu dengan tidur dan membiarkan si suami bersolat malam sendirian. Bukan juga ia menjadi alasan untuk kalian membiarkan anak-anak terkapai-kapai mempelajari al-Quran sendirian.
Wahai srikandiku,
Cuba kalian kira, berapa minitkah bagi setiap solat yang kalian lakukan apabila kalian berada di dalam keadaan suci. Andai kata 5 minit. Kenapa tidak kalian gunakan 5 minit itu untuk membaca doa-doa dan zikir-zikir yang Rasulullah s.a.w. amalkan. Jika kalian solat malam selama 1 jam di bulan Ramadhan ketika kalian suci. Kenapa tidak kalian gunakan sejam itu dikala kalian uzur untuk kalian membanyakkan istighfar, memohon keampunan daripada Tuhan. Biarkanlah air mata kalian keluar pada malam itu. Biarkan ia menjadi saksi ketundukan kalian kepada Allah yang Maha Pengampun.
Wahai saudariku,
Jika kalian tidak berpuasa, gunakanlah kelebihan kekuatan yang ada pada hari itu untuk membantu kawan-kawan kalian yang berpuasa. Saudari boleh sediakan hidangan berbuka untuk mereka dan membiarkan mereka berehat. Saudari juga boleh membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah, dan mengurangkan kerja-kerja mereka. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.
Wahai saudariku,
Jika saudari berpegang kepada ulama yang menyatakan haram wanita uzur memasuki masjid, masjid banyak ibadah yang boleh saudari lakukan di rumah. Jika saudari berpegang kepada pendapat membenarkan saudari yang uzur ke masjid, banyak juga yang saudari boleh lakukan di masjid walaupun tidak bersolat.
Saudari boleh membantu menjaga kanak-kanak kecil yang sedang bermain tatkala ibu bapa mereka bersolat. Saudari boleh bacakan kepada mereka kisah-kisah nabi, saudari boleh mengajar mereka membaca Alif, Ba, Ta. Saudari boleh menenangkan mereka tatkala mereka menangis menanti si ibu yang sedang bersolat. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.
Ya ukhti,
Sungguh luas jalan ke syurga yang Allah bentangkan untuk saudari. Janganlah saudari sempitkan jalan yang luas itu. Mahukah saudari menempuh jalan mudah ke syurga? Bukankah jalan ke syurga dimudahkan untuk mereka yang menuntut ilmu.
Saudari boleh gunakan masa yang biasa saudari lakukan untuk solat dengan membaca buku-buku agama. Saya nasihatkan saudari untuk memulakan dengan bahan bacaan asas agama. Saudari mulakanlah dengan membaca buku-buku berkaitan akidah. Pilihlah buku yang mudah. Saudari boleh membaca Kitab at-Tauhid karangan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sangat ringkas buku ini dan mudah untuk saudari fahami. Saudari juga boleh membaca buku saudara Hafiz Firdaus Abdullah tentang contoh-contoh hal yang boleh merosakkan akidah. Selepas itu saudari hendaklah membaca buku tentang bersuci.
Buku kecil Sifat Wudhu Rasulullah amatlah berguna buat saudari. Selepas itu bacalah buku Sifat Solat Nabi untuk saudari memperbaiki mutu solat saudari. Saudari juga tidak boleh melupakan hukum-hakam khas untuk gadis atau wanita seperti saudari. Bacalah buku-buku berkaitan hukum hakam haidh, istihadah dan lain-lain. Saudara boleh membaca buku karangan Shaikh Shalih al-Utsaimin berkaitan hal ini.
Wahai saudariku,
Saya kira jika mahu ditulis kesemua di sini akan hal-hal yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang uzur, nescaya akan habislah dakwat pena, akan menjadi bermuka-muka tulisan ini. Dan saudari juga mungkin tidak akan mampu melaksanakan kesemuanya.
Ya ukhti,
Ingatlah Allah Maha Adil. Keuzuran pada wanita bukan penghalang mereka beribadah. Sematlah rasa cinta pada Tuhan, yakinlah pada keadilanNya, titiskanlah air mata memohon keampunanNya.
Moga kita sama2 mempraktikkannya....

September 28, 2010

6 Prinsip Moral Kekuatan Diri

Prinsip Dasar Tauhid Iaitu berprinsip hanya kepada ALLAH (Spiritual Commitment).

Prinsip Kepercayaan iaitu komitmen kepada malaikat (Spiritual Integrity).

Prinsip Kepimpinan iaitu mencontohi Nabi dan Rasul - Nya (Spiritual Leadership).

Prinsip Pembelajaran iaitu berpedoman kepada Al-Quran (Continuous Improvement).

Prinsip Masa Depan iaitu beriman kepada hari kemudian (Spiritual Vision).

Prinsip Keteraturan iaitu ikhlas kepada ketentuan ALLAH.

:: Kekuatan diri  yang jitu membolehkan seseorang itu membuat keputusan yang jitu dan bijaksana tanpa melanggar prinsipnya. Kesemua prinsip yang harus dimiliki perlu berpegang kepada ALLAH ::

September 13, 2010

Malas yg terlampau!!!

Topik Raya
Aduh...mls nye nk jalan2, layan tetamu pun malas...dushhh...rase x raya pooooonnn..

Topik Module
Dh brp hari dh lepas,module x d bc2 lg...aduh...wakeup TIKAH!!!

Topik pict..
Lagila mlas...jgn kata nk upload....ambik pict pun takde...alahai.

Topik exercise.
Alahai...lagi terok....lame dh x buat senaman ni....weiii tikah...berat ko dah kin naik..nangis nanti tau!!

::Aduh,mmg dh mls gler dh ni:: Update blog pun..nak tak nak je...

hurmmmmm... :(((

August 28, 2010

pandangan

2 hari lepas g jalan2 with my papa.
2jam lagi nk exam yp masih sempat g saberkas...bez byk sale p x beli.

Bila tiba d sebuah kedai kasut, terpandang laa satu wajah ni..
perempuan yg agak berumur memakai spec hitam..
sedang mencuba kasut..
di sebelah nya ada seorang anak gadis...juga sedang mencuba kasut..(kurang pasti hubungan mereka)
tiba-tiba anak gadis itu bertanya pada perempuan tersebut...
"Yang mana bagus lagi,yang tadi @ ini"...perempuan spec hitam itu terus meraba-raba kasut tersebut sambil matanya seolah-olah memandangku...hairan jugak...setelah lama-lama merenung barulah diriku tersedar....rupa-rupanya dia tidak melihat (buta)...lalu dia menjawab kedua-duanya bagus....kasihan sungguh dia.

Lalu ku teringat dengan sebuah kata-kata...manusia yang celik...kadang-kadang buta mata hatinya....
Si celik matanya bertanya pada yg si buta ...hanya mampu tersenyum...
hahaha..prasangka buruk sudah...~k stop it!!!

::Saje nk share::

August 23, 2010

Jiwa Kacau

Kekadang tertanya-tanya... KENAPA???
Kekadang rasa semua ini tidak adil... OUHHHH
Kekadang  keseorangan... ermmmm :(  = buat muke
Kekadang nak menjerit sekuat hati...arghhhhhhhhh
Kekadang rasa nak menangis sepuas-puasnya... wawawa  ;(
Kekadang rasa mcm org bodoh....NONONO!!!
Kekadang......ENTAHLA >>> what should I do???

:: Hidup ini banyak dugaan tetapi ALLAH tidak menguji hambaNYA melebihi kemampuan ::
:: Tabahkanlah hatiku Ya ALLAH,berilah petunjukMU pada hambamu yang lemah ini ::

August 22, 2010

Ingat!!!

Kita memiliki organ untuk mendengar lebih banyak daripada organ untuk berbicara!
Jika diandaikan berbicara itu umpama perak maka DIAM adalah emas.

Ketika kata-kata belum terucap dari lidah, maka ia berada di bawah kekuasaan kita.
Akan tetapi, jika ia telah dikeluarkan maka kitalah yang dikuasainya.



~Jangan banyak bicara & fungsikanlah telinga kita sebaik-baiknya
untuk
mendengarkan orang lain!!!~ ~ ~



p.s. SELAMAT BERPUASA MATA, HATI & MULUT =)