February 24, 2013

Kong Si Kong Si

Selamat Pagi! Tidur awal. Dapat bangun awal sikit. Bangun2 terus baca sambungan novel 'Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu'. Tanya pada diri, bila novel ilmu ni nak habis dibaca? Fine! Orang bangun baca kalam Allah sementara tunggu solat. Tapi aku baca novel. Jangan diikut teladan ini!

Sila positifkan fikiran sebelum dan selepas membaca. ^_^ Ini sekadar perkongsian positif sahaja.



"Dalamilah ilmu agama sebelum kalian menjadi pemimpin" 
~ Sayidina Umar r.a~

"Bagaikan orang berpuasa menanti indahnya saat berbuka, begitulah indahnya penantianku yang sedang berpuasa syahwat. Sekian lama tanganku berpuasa, telingaku berpuasa, mataku berpuasa,lidahku berpuasa, dan hatiku turut berpuasa. Orang yang tidak menempuhi saat berpuasa, bagaimana menghargai erti berbuka?"

"Kami 'menahan' sama-sama. Nanti sudah berkahwin, hendak berkepit puas-puas"


Perkongsian pendek dipetik dari Novelet Cinta High Class ~ Dr. Farhan Hadi. 

Setiap lembaran punya coretan bermakna yang ingin dikongsikan tapi tak terdaya. Setiap lembaran jua punya coretan yang membuat diri tersentap! Serius buku ini amat bermakna pada semua orang. Tak kira golongan kerna semua pandai bercinta kan? Budak bawah umur pun pandai nak bercinta bagai! Hahhhh! Baca buku ni agar boleh menjauhi maksiat!  Moga bermanfaat ^_^

PUBLISH

2 comments:

  1. Anonymous3:14 PM

    Betul tu saya pun ada baca buku tu sgt2 berguna dan bermanfaat bagi mereka yg mengejar cinta berlandaskan Islam dan bukannya konvesional.

    ReplyDelete