December 16, 2012

Selalu Ada

Bismillahirrahmanirrahim...
Selamat Menjalani Hidup di bulan Safar uollsss... ^_^

Ini kisah beberapa bulan lepas...
Ya...terasa sangat lama walaupun baru sahaja beberapa bulan berlalu...

terasa sangat lama kerana ditinggalkan dia dan dia dengan kata lain "mereka"
~gambar disaat menemani kak Ada sehari sebelum~ T_T

Sungguh tidak menyangka secepat itu permohonan kak Ada diluluskan... Ya kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Kak Ada kembali ke pangkuan keluarga dan menamatkan kehidupan jadi anak perantau. Sama seperti adik Haryati @ Kudui.

Beberapa minggu sebelum... sungguh Kak Ada ingin menjaga hati ini. Dirahsiakan permohonannya lulus dan berjaya. Takut hati ini bersedih, Kak Ada langsung tidak memberi reaksi sebahagian daripada berita baiknya... Sehinggalah diri ini dapat merasakan sesuatu... Suatu hari membeli belah di bazaar, seorang pakcik berkata..."Eh, Tikah kelak kitak sorang-sorang la ke pasar mun Ada dah pindah".... (Terus terdiam, hanya mampu tersenyum sambil berfikir...mungkin dia mengatakan yang akan datang...cakap kat diri...kan kak Ada dah mohon pertukaran)... "ABAIKAN"...desus hati kecil.


Di hari Jumaat, dalam tergesa-gesa ingin pulang, terlupa pula barang-barang di pejabat... Jadi terpaksa patah balik. Tiba-tiba melihat Kak Ada di pejabat sambil membawa kotak-kotak. Dalam keadaan yang tergesa, terus berlari keluar.... tertanya-tanya... Kenapa Kak Ada ni?...Kenapa Kak Ada agak pelik sejak kebelakangan ni?. Kenapa Kak Ada di pejabat Atik masa rehat ni dan bawa kotak pulak tu? Atik ada buat salah kah? Tanya orang sekeliling pun seperti menyembunyikan sesuatu. Terus ingat kata-kata pakcik kat bazaar...dan kotak yang kak Ada bawa.  Berkata pada diri sendiri "Kak Ada dapat pindah la tu"..... T__T Ya Allah...Hanya Allah yang tahu rasa hati.


~Habiskan saat akhir bersama~
Beberapa jam sebelum keesokan hari perpindahan...


Kak Syuhada...walaupun dirimu menyepi tika itu, Atik dah dapat banyak petanda bahawa Kak Ada akan pergi...Mungkin Allah tak nak bagi terkejut sangat kot...hehe



Kak Ada | Atik | Adik Kudui
Mereka selalu di hati ini.
Maaf menggedik di tengah ^_^

RINDU KALIAN SEMUA
InsyaAllah berjumpa kelak~