Bismillahirrahmanirrahim...
Kasih manusia bermusim,
sayang manusia tiada abadi
Kasih Allah tiada bertepi
Sayang Allah janjiNya pasti...(bait-bait lagu Raihan) ^__^
Pernah kamu merasa mencintai?
Pernah kamu merasa hebatnya Cinta?
dan tika itu...
'Cinta Tak Harus Memiliki'
~Pasti sedihkan?~
|
~gambar page FB~
Gadis yang menawarkan diri sendiri untuk menikah itu, bukannya tidak tahu malu... tapi mereka tahu apa yang mereka MAHU... |
Yang pasti cinta yang lahir adalah kurnia Ilahi...Mencintai Kerana Allah tidak semudah kata-kata. Ianya memerlukan pengorbanan, bersabar dalam penantian demi menjaga kesucian ^__^
Jika kamu mencintai orang yang mampu Mengubah Kamu ke arah Kebaikan... Cintailah dia.
Jika dia menolak cintamu... Lepaskanlah dia.
tapi Kekalkanlah Kebaikan...InsyaAllah dipertemukan orang yang lebih baik buatmu ^_^
Kadang-kadang kan Allah sengaja mencipta Pertemuan,
Supaya kamu lebih mengenal erti Persahabatan/Perhubungan.
DAN
Kadang-Kadang Allah sengaja memisahkan dengan orang yang kamu sayang,
Supaya kamu lebih menghargai nikmat sebuah Perkenalan.
Semua ni berlaku ada sebabnya,
Bukan saja-saja Allah nak memberikan UJIAN sebegitu,
Melainkan Allah nak menguatkanmu.
Bukan saja-saja Allah nak memberikanmu mengemudi dalam keadaan begitu,
Melainkan Allah mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu.
Semua ni sebab Allah rindukan kamu, maka dia kirim hadiah istimewa ini yang isinya adalah Ujian. Allah rindu nak dengar rintihan kamu.
Maka, tetaplah tersenyum ^__^ sekalipun kamu sering menyapu air mata tatkala sendirian.
Tetaplah kelihatan kuat walaupun sentiasa mengadu lemah di hadapan Pencipta.
Katakanlah
"Aku Turut Bahagia..." tatkala dia mencintai orang lain...
Disinilah ketulusan hati sedang diuji sebenarnya.
Kesedihan itu mengajarkan tentang indahnya kebahagiaan kerna Allah Azza Wa Jalla telah memberi janji bahawa dibalik kesulitan ada kemudahan. Semua ini memerlukan sedikit kesabaran.
Q:Feeling alone?
A:Innallaha ma'ana(sesungguhnya Allah bersama kita)
Q:Wishing something?
A:Man jadda wa jadda(siapa yang berusaha,dia akan berjaya)
Q:Missing somebody?
A:Ma fi qalbi ghairullah(tiada dalam hatiku melainkan Allah)
Q:Saw evil or do evil?
A:Inni akhafullah(sesungguhnya aku takutkan Allah)
Yakinlah pada janji Allah!
Selagi hidup bergantung pada Allah pasti tiada ayat 'KECEWA' dalam kamus hidupmu.
Jodoh tu semua Rahsia Allah.
Allah tak bagi orang yang kamu impikan, barangkali Dia akan hadirkan orang yang mengimpikan kamu selama ni.
Sujudkan hati dan jiwamu pada Ilahi,
InsyaAllah akan dapat yang terbaik,
Dengan package keindahan hati dan ketakwaannya,
Yang akan sentiasa menjadi Imam terbaik disetiap solatmu,
Yang akan sentiasa menjadi guru mengaji Al-Quran,
Yang akan membawamu melangkah bersama menuju cintaNYA.
Jodoh itu akan dapat di rasa dengan kehadiran seseorang
yang membuatkan kita merasa lebih tenang,
lebih bertambah aman,
dan lebih mendekatkan diri pada Allah.
Selama dalam Penantian, persiapkanlah diri agar menjadi seorang soleh/solehah, bersabarlah dan tersenyumlah.
Kerana Allah dah mempersiapkan yang terbaik buatmu.
Kebahagiaan itu pasti akan datang untukmu,
Di saat yang indah dan di waktu yang tepat...Aamiin
Mulai saat ini jangan kamu salahkan...pertemuan itu, cinta itu, masa itu,
kerana
itu semua proses hidup yang harus ditempuhi
dan kerana
"CINTA" itu datang dari Allah dan milik Allah,
"CINTA" itu pergi juga dengan izin Allah,
"CINTA" itu hilang juga kehendak Allah,
"DICINTAI & MENCINTAI" itu adalah ANUGERAH Allah ^__^
Maka,
Labuhkanlah "CINTAmu" kepada Allah kerana Dia kekal abadi.
Ya Allah,
Jagalah hati ini sehingga semuanya halal...
Jika memang dia jodohku maka satukanlah hatinya dengan hatiku...
Ku serahkan semuanya hanya pada Mu Ya Allah...
Jika memang dia yang terbaik untukku maka pertemukanlah kami
dalam Cinta & RedhaMU..
dan
Seandainya telah Engkau takdirkan, dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Peliharalah aku dari kekecewaan.
Kredit : Gabungan Coretan dari Page Islamic Facebook/olahan.
MENCINTAI DENGAN SEDERHANA|JOM SAHUR|SALAM RAMADHAN