March 28, 2012

Kemungkinan akan menyebabkan kita tersenyum dan bahagia

Bismillahirrahmanirrahim...

Yang mana satu kita? @ tak tersenarai di sini ^_^

  1. Dia yang kita suka pada awalnya, tetapi apabila diperhalusi rupanya kesukaan tersebut lebih diserabuti duniawi semata-mata, lalu kita kembali memperkasa cinta hakiki sebelum akhirnya menemui sejenis ketenangan padanya. Lalu kita tersenyum dan bahagia.
  2. Dia yang kita suka, rupanya juga menyukai kita, dan jalan ke arah pernikahan begitu mudah pula. Akhirnya bersatu di alam rumahtangga. Lalu kita tersenyum dan bahagia.
  3. Dia yang kita suka atau terpikat, rupanya sudah mempunyai seseorang di hatinya. Lalu kita bersabar dan merujuk kembali kepada perkara lebih besar iaitu soal takdir. Akhirnya kita temui ketenangan sebelum mampu tersenyum dan bahagia.
  4. Dia yang kita suka rupanya tidak ditakdirkan untuk kita, tetapi dalam waktu yang sama Allah bukakan jalan baru untuk kita dan dengan mudahnya keperluan kita terlaksana dengan seseorang yang kita sendiri tidak jangka. Akhirnya kita tersenyum dan bahagia.


Hairan? Ya yang tersenarai di atas sepatutnya berada di tangga terbawah...
sekali sekala jawapan mendahului soalan. adakah soalan? takpa kan? haha.



Wahai muslimah/sahabat...usah terlalu bimbang tentang soal jodohmu. Usah terlalu bimbang siapa yang mengimam setiap solatmu kelak. Usah terlalu bimbang siapa yang selalu membimbing setiap bacaan al-quran mu kelak. Usah terlalu bimbang dari tulang rusuk siapa kau tercipta. Allah punya perancangan yang lebih menarik untukmu muslimah. Terserah untuk diri sama ada mahu mencari hikmah yang tersembunyi atau membiarkan diri sendiri tertanya-tanya mengapa kesudahannya begitu dan begini.


Manusia hanya mampu berusaha dan berikhtiar serta berdoa, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Fitrah manusia...tidak seorang pun dari kita mampu membohongi hakikat, bahawa di dalam tubuhnya itu ada hati. Hati tersebut telah diciptakan oleh Allah dengan satu keistimewaan iaitu punya rasa cinta, kasih dan sayang. Menidakkan hakikat fitrah ibarat menukar manusia menjadi satu makhluk yang lain. Kerja yang sia-sia dan hanya mengundang derita tiada sudah. Jadi usah fikirkan ayat "Perigi Mencari Timba" kerana ia hanya satu ayat...haha.


Jika telah menyuarakan hasrat hati...dan ditolak. Pasti kita kecewa bukan. Sedih. Malu. Kesal. Pasti kita berkata "Baik aku pendam sahaja, tak payah luahkan...." Sahabat bagi nasihat... Itulah bentuk perjuangan menuju penikahan. Tet!!!!! Jika diterima,Alhamdulillah. Berpada-pada. Menahan rasa rindu itu jua satu perjuangan. TET!!! TET!!! TET!!!


Jika tidak diterima dan tidak berlaku seperti apa yang kita nak...bersabarlah dan berfikir positif. Soal Hati hak masing-masing. Layak dan berhak untuk mencintai serta juga layak untuk menolak itu semua. Tiada sebab untuk bersedih ok! Allah maha mengetahui. Semua ada hikmahnya. InsyaAllah. Kemungkinan kita belum tentu bahagia di kemudian hari bersama orang yang kita damba. Maka, pasti Allah mempertemukan kita dengan orang yang lebih baik dari apa yang kita harapkan.




POSITIFLAH! POSITIFLAH! POSITIFLAH!
                                          SENYUMLAH! SENYUMLAH! SENYUMLAH!




Senangkan hati hanya dengan bersahabat baik dengannya. Mungkin itu yang terbaik kerana dengan konsep sahabat, kita boleh terima baik buruk sahabat. Nak kurus! Gemuk! Hitam! Putih! Tinggi! Rendah! ...Semua diterima. Sebab berkonsepkan sahabat! Sahabat selalu ada ketika kita senang mahupun susah. Tidak menjauh. (hidup ini perlu pandai pilih sahabat yang benar-benar sahabat!)

Bercouple. Konsep ini kebanyakannya hanya melihat yang positif belaka. Sering ingin menguasai dan dikuasai. Nak yang cantik sahaja. Nak yang kacak sahaja. Nak yang kaya sahaja. Nak yang hebat sahaja. Nak lagi dan lagi. Hanya nak pada pinjaman Allah semata-mata. Bila Allah tarik balik semua keindahan itu, maka kasih sayang pun berkurang, mengundurkan diri dan tiba saat untuk mencari yang lain. Bezakan dari bersahabat? Persahabatan di bina atas perasaan saling menghargai.



Seriously...you dont need to changed your look/appearance/yourself because of a guy named boyfriend...unless he is your husband!!! < >



Kasihanilah hati kita. Jangan terlalu membebankannya dengan kesedihan. Sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah agar dapat melupakan semua apa yang telah kita mulakan. Beriadah sebanyak yang mungkin. Dekatkan diri pada Allah. Jadikan Al-Quran sebagai teman. InsyaAllah lebih tenang. Yakinlah pada janji Allah dan ketentuanNya. Persiapkan diri untuk jadi lebih baik jika kita mahu jodoh yang terbaik. Raih cinta Allah dahulu ...InsyaAllah DIA akan pertemukan kita dengan cinta dia.


"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa 
dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."   (Yusuf : 87)




Dialog petang :
Si A : Si fulan bin fulan dah kahwin minggu lepas.
Si B : Oh ya??? Wah bestnya... Cemburu saya asyik dengar orang kahwin.
Si A +  Si C : Hahaha....kahwinlah. Nak tunggu apa lagi. Sejak akhir-akhir ni selalu persoalkan hal ni. Maklumlah umur semakin meningkat.
Si D : haaa...kahwinlah...gatal jugak!
Si B : Belum ada jodoh. Bukan masalah umur dan bukan gatal! Tetapi tahap kematangan fikiran dah  wujud. Berkahwin bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama.
Si A + Si C + Si D :...........................



Rasulullah s.a.w bersabda : Jika seorang hamba menikah. maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.



Duduk bersembang dengan rakan sebaya tidak jemu dengan topik ini. Kahwin muda atau kahwin awal. Muda ke? Awal ke? Topik yang entah bila kesudahannya berakhir. Yakin pada janji Allah itu PASTI!  Tiba-tiba rasa nak tukar ayat pertanyaan tu...


KAHWIN MUDA??? >>> MATI MUDA??? BAGAIMANA? BERSEDIAKAH?



Pada sahabat yang inginkan entry ini...maaf, ini sahaja yang mampu dicoretkan. Maaf jika ada tersilap. Perbetulkan ya. Diri ini sendiri sedang muhasabahkan hati dan berjuang!!! Moga bermanfaat. ^_^




March 23, 2012

Kudui ku Sayang

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Kesibukan sila ketepi semua. Nak lalu! Nak Lalu!
Nak cerita dulu tentang apa itu Kudui.
Sebelum tu....
Sayang Kudui.
Rindu Kudui sangat-sangat T_T

Banyak sangat kenangan bersama si Kudui. Ya Allah, terima kasih pertemukan kami. Pada mulanya tidak menghargai pertemuan ini. Sungguh zalim diri ini. Cepat menilai luaran merugikan diri sendiri. Mujurlah Allah buka kan mata, buka kan hati yang keras ini. Syukur Alhamdulillah. Allah pertemukan kami, agar kami saling berkasih sayang kerana Allah s.w.t. InsyaAllah semua ini berkekalan till jannah.

Dalam perjalanan balik dari kerja....tet.tet.tet. message masuk. Tengok kejap dari siapa. *wink* dari si Kudui. Agak panjang...ok balik rumah nanti baca sebab tengah memandu...bahaya...Sesampainya dirumah,keletihan,berkemas apa yang patut, siap-siap untuk turun balik ke office. Penat tapi demi tugas!. Tertidur sampai tak ingat dunia! Jam 8 malam baru turun ke office..ok pening la wei...Datang office tiba-tiba Kak Lin bersuara. "Kamek kol Yati tadik tik"... "Eh! Yaka? bestnya...cer citer...blablabla...Alamak!!!! Kamek belum baca message yati send petang tadik Kak Lin"...tengok! busy tak? 1st time tak ingat message. ok minum cepat-cepat kat pantry dan sambung balik kerja. Duduk bersila di lantai dan buka message si Kudui...



Untukmu n untukku...
"Saidatina aisyah r.a pnh b'pesan..
Sebaik2 wanita adalah yg tak memandang dan tak dipandang,
jgn kau berasa bangga dgn kecntknmu sehngga kau dikejar jutaan lelaki..
e2 bkn kemuliaan bgmu..
jika kau brasa bngga, kau menyamakn dirimu dgn pepasir dipantai,
yg boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sja..
muliakanlah dirimu dgn taqwa, setanding mutiara zabarjad,
yg hnya mampu dimiliki penghurni syurga."
..sma2 kta pbaiki dri sygku...syg kak Atik lbh untk slamanya.. :-)



Tik.Tik.Tik.Tik.Tik. (bukan orang panggil saya)
Tapi cecair putih keluar dari air mata dengan derasnya. hah!
Dulu betapa egonya saya ditegur begini! Amarah! Buruk sangka! Melenting! Panas Baran!
Tetapi pendekatan tanpa putus asa si Kudui dengan sabar dan tenangnya serta senyuman manisnya, 
Alhamdulillah saya semakin faham dan berubah. Syukur.
Perubahan itu satu Perjuangan!!!
Tidak mampu ditahan. Tidak peduli dengan rakan sekerja yang lain.
Balas punya balas message.
Tak jugak berhenti mengalir air mata ini..
Akhirnya...
Lari ke pantry dan buat panggilan!!!
"Assalamualaikum"..kedengaran suara si Kudui...
Lepas rindu dan sebak di dada mendengar suara manja...............................................
Sungguh kak Atik sangat rindu!
Rindu dengan panggilan "Kak Atikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!"
Rindu saat bersama.
Rindu nak dengar nasihat.
Rindu kena tegur.
Terasa diri ini belum ikhlas melepaskan pemergianmu berkhidmat di tempat sendiri. Astaghfirullahalazim.

Walaupun keadaan sekeliling cuba menceriakan keadaan...ya ketawa memang ketawa. tapi Allah sahaja yang tahu apa di dalam hati. Walaupun keadaan sekeliling mengatakan "Biasalah baru berpisah, dah lamak2 pasti ok"...anda tak faham apa yang saya rasa. Hidup ini selalu terjadi perpisahan tetapi tidak seperti ini... kerana ini semua kami bersahabat kerana Allah. Kami tanamkan ayat itu,rasa itu. Kami saling mengingati dan menasihati antara satu sama lain. InsyaAllah diberkati. Hanya yang mengalami 
dapat merasakan apa yang dimaksudkan.













Rindu Nak Jalan Sama-Sama Macam Dulu.
Dengan Kak Ada pun dah jarang jumpa.......










Rindu nak sarapan sama.
Hanya kita yang tahu kisah di sebalik gambar ini.
Kenangan di Nono Cafe. ^_^
Canai oh Canai!!!
dan rindu nak beli cucur sama. Jom Beli Cucur kat kampung tu...

.....



Rindu nak beli Philadelphia bersama. Cari kedai paling murah.
Rindu nak buat cake cheese bersama.
Rindu nak makan cake cheese bersama.
2 hati buat cake cheese untuk dimakan bersama keluarga di office.












Rindu nak g kelas ilmu bersama-sama macam dulu.
Rindu nak g dengar tazkirah bersama.
Rindu nak g kelas ngaji bersama.
T_T




Setiap sudut di office banyak kenangan.
Rindu dengan kerjasama yang amat baik diberikan.
Rindu nak tengok youtube lucu-lucu sama-sama, lepas tu ketawa dengan girangnya.
Rindu nak dengar ilmu secara spontan.
Rindu nak puasa sama-sama.
Rindu nak hafal surah sama-sama.
Rindu nak nyanyi lagu nasyid seiring sejalan.
Rindu takda orang nak merajuk lagi.
Rindu takda orang nak kacau dan dikacau lagi.
Rindu takda orang nak paksa2 temankan dia.
Rindu bila balik..orang tu cakap kirim salam kat orang di rumah ya!
Rindu bila sakit...takda orang pegang bahu dan minta sikit sakit tu. T_T
Rindu takda orang tegur bila terlepas cakap dan mengumpat.
Rindu takda yang bagi tau SABAR tika geram ...dengan nada Ikhlas.
Rindu takda orang bagi handphone dan suruh ambik gambar.
Rindu tiada panggilan kak Atik!!!






Tahniah adik kerana sudah berjaya membuatkan syaitan menangis!!!
Moga cepat-cepat dapat cahaya mata ^_^
InsyaAllah


Rasulullah bersabda : " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. " 

- HR . Ibnu 'Addi -


Terima kasih sayang kerana membuatkan kak atik
berfikir panjang mengenainya.
Berfikir mengenai hubungan Halal dan Haram.
Persoalan mu dulu masih segar diingatan.
Persoalan itu merubah segalanya.
Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar,Lailahaillallah...
Keputusan itu membuatkan Kak Atik semakin kuat!
Membuatkan Bapa Kak Atik menangis!
Membuatkan Bapa Kak Atik peluk dan cium Kak Atik
di khalayak ramai tika keluar dari kereta.
Masa itu teringin sangat untuk memeluk mu...
InsyaAllah semua ini kerana Allah
dan
Allah hantar mu pada kak Atik untuk ini semua.
Terima Kasih jua atas doanya yang selalu mengiringi apa yang
kak Atik hajati.
Sentiasa menyokong apa yang kak Atik buat.
Pertemuan dan persahabatan ini penuh hikmah...
Moga ukhwah ini terus terjalin...InsyaAllah.




Kisah Persahabatan Kami...
Saat-saat untuk meninggalkan tanah Sarawak dan kembali ke Negeri Di Bawah Bayu nya.
Rindu Semuanya...

Detik-detik...
Tidak sanggup.....
Tetapi bila memikirkan hakmu, tanggungjawabmu sebagai Isteri pada Suamimu...
InsyaAllah melatih hati agar ikhlas dan rela melepaskan.
Semoga berjaya Kudui ku Sayang.






 
Balik dari airport...
Semua diam...
Sedih... T_T
Sayang semuanya.....

Pergi makan tempat kegemaran adik Kudui.
Rumah Hijau >>> ayam pOnyet!!!
Kami makan makanan kegemaranmu. ^_^
Kak Syuhada belanja...
Adik Kudui jangan jeles k.




 

Alangkah bertuah & bahagianya... jika seseorang itu mempunyai sahabat yang menyayanginya 'Lillaahi Taala'. Umar bin Khattab pernah berkata yang maksudnya, "Apabila seorang mendapat kasih sayang dari seorang rakan, maka jagalah rakan itu dengan baik, kerana rakan seperti itu susah diperolehi". Diriwayatkan juga dalam sebuah atsar "Tidak ada sesuatu yang paling berharga yang dianugerahkan kepada seseorang selain rakan yang baik, memberikan peringatan di kala lupa dan memberikan pertolongan dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah."



KUDUI ITU KACANG PANJANG (SABAH), DI DALAM HATI KAMI KUDUI ITU 
ADIK KAMI..HARYATI JUNING...
SAYANG DIA...






Ada satu hal lagi Kudui ku Sayang






Ingat Lagi Tak????




TAHUN 2010...JULAI..




BUDAK NI!!!!!!!!!


Ingat Tak???


Kita buat apa???


Kita kalahkan Parents dia....

Kita Cari Nama Untuk Dia...

Bertungkus lumus cari nama yang terbaik....

Akhirnya pencarian kita diterima pakai....



IMAN AQILAH...


kenangan terindah 
Terima Kasih Ya Allah...



Maafkan Kak Atik Atas Semua Kesilapan Yang Pernah Dilakukan Sepanjang Kita Bersama di tanah Sarawak. Sayang adik Haryati Juning lebih untuk selamanya ^_^
InsyaAllah dah hafal surah tu...

March 18, 2012

Beli belah di FB sampai terbelah!!!

Pernah tak beli barang kat facebook? "TAK...ON9 JE"
Apa anda rasa jika barang yang anda beli tak kunjung tiba? "ORANGE"
Apa pulak anda rasa jika kita tanya dia mana barang kita tapi satu pun tak reply sama ada via inbox fb, wall fb, msg @ apa2 je la??? "RIBENA"
Lagi-lagi barang tu anda tolong orang belikan...bukan kah anda pulak rasa bersalah??? "HANTUK KEPALA....SIAPA?"



Geramnya....
Kesian kat kawan, nak pakai contact lens!
Tapi yang dia nak tak nampak batang hidung(sebab ia c.lens)
Walaupun mungkin orang fikir ianya murah, tapi duit juga tau!
Kalau takda,cakap la takda. 
Pulangkan balik $$$ orang!



Pada adik2, kakak2, abang yang nak buat biznez...
Janganlah main-main dengan pelanggan.
Pelanggan hormatkan anda.
Jadi sila hormatkan pelanggan jugak.
Jangan hanya berdiam diri sampai orang tak puas hati!
Nanti lain jadi nya...cam mana?
tak jadi manusia lagi kot!!!






Tiba-tiba


..........................

................

.........

.....


...




tengok folder picture.
Gambar ni.
Lens tu.
Beli dengan orang yang sama.(sblm ni tak bermasalah)
dek kerana selalu guna lens macam ni, sorang member nak jugak.
tapi nasib dia tak berapa baik.
sabar ya sahabatku.


*wink*
taknak dah guna lens macam tu lagi.
sejak.....
timbulnya dialog...
"kirum salam kat mata....cantik!"
dalam hati menjawab "apa punya bengong la orang ni kirum salam kat mata"
dushhhhhhhhhh....
boleh tak marah diri sendiri???
cakap kat diri sendiri "sapa suruh pakai yang berwarna-warni begitu? mata tu Allah dah bagi  cantik nak jugak tambah  diameternya sampai 17.5 mm bagai. Nak jugak guna warna hazel, grey & blablablabla!!!" (ciptaan Allah itu cantik, tu maksud saya)


Kalau jumpa orang tu nak ucap terima kasih la.
Sebab dah tegur walaupun caranya pelik @ perli!!! (sangka buruk)
Tapi...
Malangnya aku tak ingat lagi rupanya seperti apa...hahaha..of course la manusia..
Ape2 je la.
Yang penting! Janji Tak Pakai lagi dah!
Sebab nanti menimbulkan dosa @ fitnah pada diri sendiri dan orang yang melihat kita.
Orang puji pun dapat dosa tau!
Orang hina pun dapat dosa!
(contohnya : Eh dia tu,elok2 mata sendiri..nak jugak pakai lens...ha kan???)
Sebab dia tak perlu pandang apa dia tak boleh pandang.
Orang memakai lagilah berdosa. saya la tu.






Ok! Ini pendapat saya sahaja.
Mungkin bagi pihak anda lain.
Selagi tidak mendatangkan fitnah...boleh je...
Sekarang guna c.lens transparent je la. (sebab x selesa pakai specs)
Selamat. Selesa. Boleh jugak tengok. Murah. dan paling penting orang tak pandang dengan PELIK!.





Laaaaa....dah melalut pulak cerita. hahaha

Berbalik pada kisah tadi.
Pengajaran ni!!!
Buat sesuatu kerja tu kena JUJUR!
Jangan main-main dengan HAK ORANG.
Allah tuntut nanti.
Akan berusaha menghubungi orang tu.
Sebab itu HAK PELANGGAN..
Ustaz saya cakap..."selagi orang yang berhutang dengan dia tu hidup...selagi tu dia tak halalkan orang ambik hak dia melainkan dia mati..." nasib baik! kalau dah mati  pun orang tak halalkan? cam mana? dua2 tanggung dosa la jawabnya...haha.



Renung-renungkan...


March 17, 2012

Khilaf DIRI

"Saya nak bersukan ni sebab berat dah naik berkilo-kilo" 


"Saya nak makan ni sebab lapar sangat"


"Saya nak minum ni sebab haus sangat"


"Saya mesti siapkan kerja ni, ini arahan bos"


"Saya nak mandi dulu, nanti bau busuk pulak lepak dengan kawan-kawan"




Tiba-tiba sahaja semua kata-kata ni terkeluar dari minda. Itulah antara kata-kata yang sering diungkapkan oleh bibir2 manis kita kan. 




Tertanya-tanya... Ini kah rutin harian saya? Ini kah tujuan saya dilahirkan dan dihidupkan di dunia fana ini? Adakah saya hidup untuk diri sendiri sahaja? Tidak ingatkah siapa pencipta saya? Tidak tahukah apa tujuan sebenar saya hidup di dunia ini? Tidak berniatkah apa yang saya lakukan setiap hari, setiap jam, setiap saat? Astaghfirullahalazim... sungguh saya lupa diri! Sungguh saya bangga dengan apa yang tidak patut saya banggakan! Sungguh saya terlalu jauh....






A162
Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupu dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"



Semua perbuatan yang bersifat ibadah dan juga bersifat adat kebiasaan harus ikhlas dalam amal ibadah kerana Allah s.w.t. Manusia yang bersifat ikhlas tidak mampu digoda oleh iblis. Semakin keikhlasan menebal, iblis semakin menyingkir dan jera. 


Keikhlasan. Keikhlasan. Keikhlasan.


Sesuatu pekerjaan yang kita lakukan dengan niat ingin dilihat baik oleh manusia lain, tidak ada sesuatu baginya. Contoh berhijab semata-mata ingin kelihatan cantik, dipuji, ikut fesyen tetapi bukan dengan niat kerana taat kepada Allah s.w.t, tidak akan beroleh pahala dariNya. Solat di masjid tetapi dalam masa yang sama tidak memiliki niat ikhlas kerana Allah s.w.t, maka juga tidak memperoleh pahala. Jadi jawapannya semua sia-sia belaka... Rugi tak kita?

Pasti ramaikan antara kita akan melakukan kebaikan jika ganjaran dari Allah itu berbentuk wang atau barang bernilai. Semua orang nak buat baik. Setiap solat pergi masjid, mengaji, bersedekah. Inilah hikmahnya Allah 'hide'kan ganjarannya berbentuk pahala. Manusia tak nampak. Jika nampak pasti sifat iklas tu langsung tak wujud walau sebutir pasir dalam diri. Hanya Allah yang tahu pahala itu. Hanya Allah yang tahu kadar keikhlasan kita.



Nabi s.a.w bersabda :

"Allah berfirman, Jika hamba-Ku berniat melakukan suatu amal keburukan, maka janganlah kamu (para malaikat) mencatat kesalahannya sehingga dia mengerjakannya. Jika dia telah melakukannya, tulislah semisal perbuatannya. Dan jika dia meninggalkannya kerana (takut kepada)-Ku, maka tulislah baginya kebaikan. Dan jika hamba-Ku berniat melakukan sesuatu amal kebaikan namun belum dikerjakannya, maka tulislah baginya kebaikan. Adapun jika dia telah melakukannya, maka tulislah baginya 10 kali kebaikan misalnya, hingga 700 kali ganda" 
(HR. Al-Bukhari)

Betapa zalimnya kita,tetapi Allah tetap sayang.



Jika dulu kita merasakan bertudung itu begitu mengganggu setiap pergerakan, sehinggakan kita ingin melepaskannya. Tetapi sekarang kita berasa begitu bangga dan bahagia serta selamat dengan memakainya, maka inilah tanda-tanda keikhlasan! InsyaAllah.

Jika hati mula berdegup kencang, terasa ingin menangis sepuas-puasnya di saat ingin melakukan ketaatan, itulah detik-detik munculnya keikhlasan. Subhanallah... rasa apakah itu? Hanya empunya diri yang mengetahuinya dan merasainya. Ikhlas adalah rahsia antara pemiliknya dan penciptaNYA. 


Alangkah beruntung orang yang mampu ikhlas selangkah kerana Allah s.w.t. Meskipun dalam satu sujud. Meskipun dalam satu jam.  Kerana keikhlasan dalam satu jam terdapat keselamatan bagi kita selama hidup. InsyaAllah. Keutamaan dalam ikhlas adalah NIAT. Niat baik, InsyaAllah apa yang kita kerjakan itu IKHLAS.



Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya semua amal itu dengan niat. 
Dan sesungguhnya juga bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan"



Niat di dalam perkara ibadah.

Perhatikan niat kita, jangan sampai apa yang kita lakukan tanpa niat! Usahakan setiap kali keluar rumah sudah mempunyai niat. Fikirkan mengapa aku harus keluar? Mengapa aku harus pergi? Apa niat ku? Pelajari niat seperti kita belajar ilmu! Perbaharui niat kita setiap hari agar semangat dan keikhlasan dalam diri menjadi baru kembali. Iman tidak mengalami kelemahan kelunturan.



Niat dalam adat kebiasaan.

Persoalan : "Mengapa kita belajar?"
Jawapan : "Sebab bila berjaya nanti nak jawatan tinggi, dapat gaji besar"
Katakanlah :: "Aku akan belajar kerana tiba giliran salah seorang dari orang soleh memimpin dunia..."


Persoalan : "Mengapa nak berpakaian cantik-cantik?"
Jawapan : "Supaya orang suka tengok saya"
Katakanlah :: "Supaya wanita lain yang melihatku akan menjadikan ia berhijab jua..."


Persoalan : "Kenapa sanggup beli barang mahal macam gitar ni? Satu je cukupla"
Jawapan : "Aku nak buat lagu rock gempak beb! Dapat duit...LUMAYAN!"
Katakanlah : "Aku nak hasilkan lagu-lagu berunsurkan islam menggunakan instrument macam ni. InsyaAllah orang akan tertarik untuk mendekatkan diri pada Allah melalui muzik nanti..."


Persoalan : "Kenapa nak pergi bercuti di sana...?"
Jawapan : "Hanya bersuka-suka"
Katakanlah : "Untuk merapatkan silaturrahim dengan keluargaku, keluar bersama rakan-rakan, berekreasi, tanpa melakukan maksiat"

Persoalan : "Kenapa tiba-tiba nak bersukan?"
Jawapan : "Saya nak bersukan ni sebab berat dah naik berkilo-kilo" 
Katakanlah : "Supaya saya sentiasa sihat, cergas dan senang beribadah"




Jadi? 
Dapat menilai sendiri tak? Dengan mengubah niat kita tu...InsyaAllah kita akan jadi ikhlas, berbuat kebaikan dan secara tak langsung kita berdakwah. Ilmu, harta, dan pakaian yang kita gunakan akan memberatkan timbangan pahala kita. InsyaAllah hasil yang kita dapat pun diberkati. HALAL! Niat kita akan mengubah semuanya menjadi ibadah dan ketaatan kepada Allah s.w.t. InsyaAllah semua ini mudah, demi Allah. Untuk  sempurna dalam berikhlas memang susah, tetapi berniat dalam melakukan ibadah dan adat kebiasaan kita sangat mungkin dilakukan.




nasib baik jumpa kunci tolong buka kecetekan ini!
Diam seketika...
Pencarian berjaya dan harus diteruskan.
Kata-kata ni betul-betul pengajaran buat diri.
Terima Kasih ^_^




Wa kafaa billahi shahida
"dan cukuplah Allah sebagai saksi" (Al Fath : 28)







Jom dengar lagu ni. 
Kasih ibu dalam cerita Hafalan Sholat Delisa 
Sayang Emak!!!




Sumber : Penyucian Hati (Al-Hidayah)

March 8, 2012

Mengenal Cinta

Assalamualaikum...
Nak ajak tengok video bawah ni...
Amat bermakna untuk melembutkan hati kita yang mudah keras...
Moga bermanfaat...



                           
Jika dihayati InsyaAllah kita pasti merasa maksudnya.




Teman yang menegur kesilapan kita, kerana dia ingin melihat kebaikan dalam hidup kita. Alhamdulillah Allah menganugerahkan saya teman2 begitu. Mereka sayang saya. Ini juga bukti Allah sayang saya. 


March 5, 2012

tiba-tiba

Perghhhhh
Pagi-pagi buta jumpa benda macam ni...
Terus sedih tiba-tiba...
Terus terlayan perasaan...
Walaupun tak da kena mengena.
Terus nak masukkan kat blog jugak...
Padahal di draft blog tajuk jauh dari landasan...(ok yang tu postpone)
Lain pulak yang masuk entry...


Layan.....yezaaaaaaaaaaaaa




                               

Ini bukan kisah saya
Tapi sengaja nak layan perasaan
Gambar tiada kaitan.
Sedih kan kisah ni?
Kesian...


Pengajaran? 
ada ka?
semestinya ada.

  • Hargai orang yang menyayangi kita...contoh terdekat, mak ayah.. ^_^
  • Jangan mudah dan cepat meluah perasaan walaupun dah lama terbuku seperti kamus dewan yang tebal...ahaks!
  • Bila sayang orang berpada-pada takut nanti merana jiwa...sebab HATI kau 1.
  • Sekali pun orang tolak (pasti boleh bangun semula,selagi boleh berdiri)...kita mesti senyum untuk hati kita yang SATU!
  • Better say good bye cepat kot sebelum hati makin parah. (tak bertauliah langsung!..sebab khuatir...........................istighfar!)
  • Bagi tau diri, Percintaan mungkin akan terjadi selepas Persahabatan TAPI Persahabatan BELUM tentu terjadi selepas PERCINTAAN (belajar untuk IKHLAS-tajuk entry selepas ni)
  • Yang lain-lain cari sendiri...dah besar!!!

Word from NBL:
bila orang tu datang..kamu tak hargai malah tak memberi ruang untuk dia merasa berharga berada disisi kamu....then jangan dipersoalkan bile tibe2 orang tu pergi terlebih awal daripada hidup kamu bcoz u deserved it!



Apa-apa pun yang kita lakukan, haruslah ikhlas. kan kan kan. Jika atas dasar paksaan juga tiada guna. Parah di kemudian hari. Entry ini bagai mengikut perasaan dari mula hingga tamat...perasan tak? perasan tak? bahahahaha...
Atik! Tak boleh jadi la macam ni. Banyak lagi benda yang aku perlu buat! Perlu fikir! Malah yang memerlukan juga banyak!
Kalau la hati ni boleh simpan kat tempat lain untuk seketika macam dalam peti besi ka...bukan kah bagus. :(


Yang Penting : Jangan sampai kita hilang cinta Allah s.w.t. 
                        Jangan lebihkan cinta manusia dalam diri daripada cinta Allah. Istiqomah!!!



Mohon DOAnya YA
(orang solat sunat bangun di tengah malam begini tapi aku...sedih dengan diri sendiri)






March 2, 2012

AKU CINTA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara.



Perasaan itu datang lagi.
Ya Allah, apa yang saya dah buat ni?
Cecair putih jernih itu tidak dapat ku tahan lagi.
Sering tumpah dan tumpah.
Cukuplah jangan tumpah lagi!
Sekali pun mahu tumpah, 
Tumpah la ketika sujud menyembahi Ilahi



  

Ampunkanla dosa hambaMU ini Ya Allah yang sering lalai mengingatiMU.




Quote from my best Girlfriend (Judith Kalven)
Don’t worry if you’re single. God is looking at you right now saying, “I’m saving this girl for someone special.”.. ~SoDamnTrue~


Terima Kasih sayang kerana sentiasa bersama Nur Atikah yang cengeng...love U...mmuuahhh xoxo.