September 13, 2012

Kenyataan atau hanya MIMPI...

Assalamualaikum dan selamat pagi (sekarang dah pagi buta walaupun pagi tak buta ^_^)


Banyak draft yang belum dapat diteruskan...
Sebab sangat pemalas kannnn...haaa semua tau tu!

Di pejabat tadi, tadi ka? Ah, tak faham buat faham la... Rehat sebentar dari kemaskini kabinet2, on laptop login facebook ^_^


Tiba-tiba...



Paaaaaaaaangggggg!!!!!
Apa? Kenapa ni? Siapa yang buat tamparan wanita ni?


.....


Facebook buat tamparan hebat terus ke hati! Tersentap! Melihat gambar yang punya message berguna sekali. Faham tak? Ini hanya orang yang mengalami teramat faham. Saya pun tak pandai nak jelaskan bagaimana buat orang yang tak faham jadi faham. Jadi sila fahamkan sendiri yeee... Tapi!!! Jangan dek kerna ingin memahami mahu mencuba. Kelak kau menyesal pun tak berguna kerna ianya amat SAKIT!

Photo: kehidupan...
kerna sayang dan suka itu dua keadaan yang amat berbeza...


Mana ada dalam dunia ni lelaki tak suka perempuan dan perempuan tak suka lelaki kan?
Cinta tu fitrah. Kita dijadikan untuk berpasangan... Ada yang tidak menyangka hidupnya akan bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain manakala menikah pula dengan orang lain. Ada juga yang tidak menyangka hidupnya tidak pernah bercinta....tapi...nikah baru bercinta... sweet kan? Ada yang punya perasaan cinta tapi takut hendak meluah, takut tidak diterima...jadi pendam sahaja. Bagi yang berani meluah pulak, tidak menyangka diterima...Alhamdulillah kan... dan agak parah bila lama memendam lepas tu luahkan dan tidak diterima... Allahu Allah... Itulah namanya kehidupankan... Kita tak menyangka tidak dapat apa yang kita inginkan dan kita tidak menduga dapat apa yang kita tidak pernah fikirkan. Semuanya ketentuan Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan kita tidak mengetahuinya. Semuanya penuh hikmah dan kejutan. Cuma perlu kesabaran...


Solat Hajat : Apa yang kita mahu tetapi belum tentu ia baik untuk kita. | Solat Istikharah : Memberi jawapan. Jadi, biarlah segala hajat itu berpandu panduan Allah | Elak hati luka : jangan memuja keterlaluan, jangan bermanja pada yang tak sudi, jangan menaruh harapan tinggi | Berpijak di bumi yang nyata (@fedtriyahya-tweet)


Banyak berdoa dan bertawakal pada Allah kerna kita tidak tahu sama ada kita menuju ke 'Syurga Cinta' atau hanya 'Mimpi Tiada Hujungnya'...


Jadi???
Pilihan ada ditangan sendiri. Jadilah seorang yang bahagia.



ANDAI JODOH TAUTKANLAH HATI | ANDAI BUKAN JARAKKANLAH KAMI DAN RASA INI