July 22, 2012

11 bulan tambah 1 bulan

Assalamualaikum.
Tak sangka bukan kita dah berada di 2 Ramadhan. Alhamdulillah Allah masih menghidupkan kita hingga hari ini untuk beribadah. Setelah 11 bulan syaitan membakar hati dan kini tiba masa 1 bulan untuk syaitan berehat tapi masih terasa jugak panas syaitan tu kan?

Bulan yang penuh dengan pakej istimewa. Diawal bulan Allah menjanjikan rahmat, pertengahan Allah menjanjikan keampunan dan penghujungnya kebebasan daripada api neraka. Subhanallah..

Amat rugilah kita jika kita membiarkan Ramadhan itu berlalu tanpa pengisian yang mantap dan beribadah dengan khusyuk. Banyakkan membaca Al-quran dan fahami terjemahannya. Perbaiki solat kita dari masa ke masa. Banyakkan berzikir. Tingkatkan amalan sunat seperti solat Tarawih.

Mudah-mudahan di setiap puasa kita bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja tapi juga berpuasa anggota dan berpuasa keinginan. Elak apa yang Allah larang dan ketepikan segala keinginan kita.

Tibanya Ramadhan ni sebenarnya nak melatih jiwa kita agar bersih. Selama 11 bulan yang lain kita sentiasa dalam latihan dan ujian dan kini tiba masa kita di kemuncak latihan. Latihan di Kem Ramadhan.

Ramadhan ni satu pakej menarik untuk wanita juga!!! Wahhhh..best kan? Muslimah berpeluang lebih banyak untuk berbuat kebajikan terutamanya para ibu. Si ibu/isteri menyediakan makanan untuk keluarga itu lebih barakah. ^__^ sweetkan? senang sahaja kalau nak dapat pahala...Yang tak nikah lagi tu (macam diri sendiri ni)...marilah masak untuk mak, ayah, adik, abang, kakak. Dapat pahala juga ^__^ InsyaAllah.

Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya kan. Kita mesti set kan minda bahawa kita mampu berpuasa dengan lebih baik dari sebelum ini...Jangan lupa tambah aksesori-aksesori puasa iaitu amalan-amalan sunat serta banyakkan menghadiri majlis ilmu ya...


Untuk gadis-gadis comel dan ayu di mana sahaja anda berada.
Mari pakat ramai-ramai belajar tutup aurat dengan sempurna di bulan mulia ni.
Moga kita di bulan seterusnya dapat terus istiqomah melakukannya.
Pergi bazaar atau mana-mana sahaja...tutup aurat ya!!!
Kesian nanti kaum Adam puasa mereka terbatal pulak bila melihat keayuan kita terdedah
secara free free ^_^
Kita kaum Hawa pun sama dapat dosa free free...Jadi sia-sia lah puasa kan???
Jadi tak nak lah jadi begitu...

INGAT!!!

Dugaan terbesar bagi lelaki menjaga syahwatnya
dan
perempuan dalam menjaga auratnya.


"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya),
kecuali yang bisa terlihat....."
[24:31]


Muslimah!
Allah cinta pada kita
Rasulullah kasih pada kita
Selamat Beribadah ^_^ Sayang semua...

Salam Ramadhan

July 18, 2012

Sekadar lirik lagu...

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikan ukhwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri ini
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMU

Mencari hidayah daripadaMU
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hambaMU
Di atas perpisahan ini


Senyuman yang tersirat dibibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu

Semoga...
Tuhan Berkatimu...

~Suatu saat~