December 16, 2012

Selalu Ada

Bismillahirrahmanirrahim...
Selamat Menjalani Hidup di bulan Safar uollsss... ^_^

Ini kisah beberapa bulan lepas...
Ya...terasa sangat lama walaupun baru sahaja beberapa bulan berlalu...

terasa sangat lama kerana ditinggalkan dia dan dia dengan kata lain "mereka"
~gambar disaat menemani kak Ada sehari sebelum~ T_T

Sungguh tidak menyangka secepat itu permohonan kak Ada diluluskan... Ya kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Kak Ada kembali ke pangkuan keluarga dan menamatkan kehidupan jadi anak perantau. Sama seperti adik Haryati @ Kudui.

Beberapa minggu sebelum... sungguh Kak Ada ingin menjaga hati ini. Dirahsiakan permohonannya lulus dan berjaya. Takut hati ini bersedih, Kak Ada langsung tidak memberi reaksi sebahagian daripada berita baiknya... Sehinggalah diri ini dapat merasakan sesuatu... Suatu hari membeli belah di bazaar, seorang pakcik berkata..."Eh, Tikah kelak kitak sorang-sorang la ke pasar mun Ada dah pindah".... (Terus terdiam, hanya mampu tersenyum sambil berfikir...mungkin dia mengatakan yang akan datang...cakap kat diri...kan kak Ada dah mohon pertukaran)... "ABAIKAN"...desus hati kecil.


Di hari Jumaat, dalam tergesa-gesa ingin pulang, terlupa pula barang-barang di pejabat... Jadi terpaksa patah balik. Tiba-tiba melihat Kak Ada di pejabat sambil membawa kotak-kotak. Dalam keadaan yang tergesa, terus berlari keluar.... tertanya-tanya... Kenapa Kak Ada ni?...Kenapa Kak Ada agak pelik sejak kebelakangan ni?. Kenapa Kak Ada di pejabat Atik masa rehat ni dan bawa kotak pulak tu? Atik ada buat salah kah? Tanya orang sekeliling pun seperti menyembunyikan sesuatu. Terus ingat kata-kata pakcik kat bazaar...dan kotak yang kak Ada bawa.  Berkata pada diri sendiri "Kak Ada dapat pindah la tu"..... T__T Ya Allah...Hanya Allah yang tahu rasa hati.


~Habiskan saat akhir bersama~
Beberapa jam sebelum keesokan hari perpindahan...


Kak Syuhada...walaupun dirimu menyepi tika itu, Atik dah dapat banyak petanda bahawa Kak Ada akan pergi...Mungkin Allah tak nak bagi terkejut sangat kot...hehe



Kak Ada | Atik | Adik Kudui
Mereka selalu di hati ini.
Maaf menggedik di tengah ^_^

RINDU KALIAN SEMUA
InsyaAllah berjumpa kelak~


November 14, 2012

1434H

Dulu...
di facebook...
saya sering kali post begini... ♥ ♥ ♥ 2012/1433H ♥ ♥ ♥
sering menunggu dengan hati gembira...
tapi tidak mengerti apa yang saya tunggu...
Cuma di tanamkan di dalam hati dengan niat....
Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya...
Untuk lebih dekat padaNya...
Bahagia terasa...syukur.
dan
Rupa-rupanya Allah bagi lebih dari itu...
Subhanallah... 

Kini tiba 1434Hijrah...
Dalam hati setiap orang pasti ada niat ingin berubah kan...
Kerna semua kita lahir ke dunia tanpa sebarang dosa...
Dosa lahir dari perbuatan sendiri...
Tanamkan rasa ingin berubah di dalam hati dan niat kerna Allah...bukan MANUSIA!!!
InsyaAllah...istiqomah ^_^
Allah Maha Mendengar...

A002
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),


A003

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

JANGAN LUPA BACA DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN YA... ^_^







Apa impian azam tahun baru ni???
Share sikit ...hehe..

Saya....
Apa yang saya nak sangat-sangat sekarang dan mudahan Allah izinkan untuk memperolehnya...
Pertama...Berharap sangat dapat ke tanah suci bersama keluarga...rindunya nak ke sana...jadi tetamu Allah...
Kedua...Dapat kerja yang lebih baik dan terjamin
dan ketiga...
Diijabkabulkan...nak Nikah..nak jadi Isteri buat Suami yang halal... ^_^ 
InsyaAllah...aamiin ya rabbal'alamin...


Mohon doa kalian untuk saya ya...Moga kita semua lebih dekat denganNya...Salam Maal Hijrah

November 13, 2012

Hadapi dan bukan dikenang...

Sepanjang bernafas dibumi Allah ini...
Pernah tak bertanya pada diri...
Kenapa Allah pilih kita untuk berada di mana tempat kita sekarang?
Kenapa Allah pilih kita untuk berhadapan dengan perkara yang sedang kita hadapi sekarang?
Kenapa Allah pilih kita untuk berdiri dalam kumpulan masyarakat ini?

Jawapannya satu! Itulah dinamakan PELUANG!!!
Allah pilih KITA agar kita berpeluang menghadapinya, belajar, mengalaminya, dan menghayainya.

Niat kerana Allah...
Berkat usaha,
Berkat kesabaran dalam tangis dan tawa,
Berkat berprasangka baik,
Berkat percaya pada naluri hati,
Berkat yakin pada janji Allah,
Berkat doa padaNya sebagai senjata ampuh,
Berkat tawakal padaNya,

InsyaAllah…
Allah pasti hadiahkan jawapan terbaik pada setiap persoalan kita,
Allah pasti hadiahkan apa yang kita perlukan,
Allah pasti hadiahkan senyuman terindah dibibir kita,
Allah pasti hadiahkan kita hati yang amat tenang…

Subhanallah…
Alhamdulillah…
Lailahaillallah...
Allahuakbar…
Tika itu kita akan dapat rasa sendiri ianya mencengkam jiwa,
Kedamaian hati yang Allah hadirkan,
Indah…dan sukar digambarkan dengan kata-kata,
Maka,
Bersyukurlah…

Tatkala dalam keadaan terkejut,pilu dan mengalir air mata…
Seseorang pernah berkata pada saya…

“perkara yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merana diri...
  Tapi kena hadapi...
  Kita di uji…
  Atik kena ingat…
  Bukan Atik seorang tapi ramai lagi…
  Atik kena bersyukur…
  Atik tau ada orang tak pernah rasa semua ini…
  Tapi Atik hadapi dengan cukup tabahkan…
  Air mata yang mengalir tu…
  Menunjukkan Atik cukup sabar…
  Atik selamat dari uji Allah…
  Cinta Hakiki pada yang Satu iaitu Allah…
  Cintai Rasulullah yang utama”

Ya dia benar kerana hanya orang yang mengalaminya mampu berkata sebegitu dan buat orang lain tenang…Syukur Alhamdulillah…Terima Kasih dia

Guna peluang yang masih ada sementara masih berpeluang…moga peluang yang Allah hadiahkan dapat digunakan secara baik untuk menuju syurgaNya. InsyaAllah

















maaf sebab banyak jenayah bahasa... *peace* ^_^

October 28, 2012

Sukar kerna Keindahannya

Bismillahirrahmanirrahim...

"Adakah dia milikku?" Siapa? Persoalan demi persoalan yang sentiasa hadir dalam setiap hati hamba Allah dimuka bumi ini yang mendambakan cinta sesama manusia. Kadang-kadang pelbagai usaha, ditambahkan dengan doa dan tawakal tetapi andai tiada izin Allah, ianya tetap bukan milik kita.

Nasihat yang paling bermakna ~ "Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerna apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta padanya. Dan khabarkanlah perkara tersebut kepada Allah" ~ Ya, tepat sekali!!! Allah lebih mengetahui segalanya daripada kita kan ^__^ Biar sulit sekarang mempertahankannya kerna kelak hadir kebahagiaan dari Allah. InsyaAllah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dalam diam terus mendoakan...
Moga Allah sampaikan isi hati ini melalui DOA yang dititipkan khas untuknya...
Moga Allah bukakan hati dan lembutkan hatinya...
Dengan cara Allah nan indah...
Disamping hati bertemankan Sabar dalam penantian ini...
Kerna Yakin...
SABAR itu akan berakhir dengan indah...InsyaAllah...aamiin Ya Allah.


Siapkan diri agar menjadi soleh/solehah. Jika kita soleh, Dia temukan kita dengan yang solehah. Jika kita solehah, Dia akan temukan kita dengan yang soleh.


"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya"

[Surah An-Nur ayat 26]



Maka Yakinlah!  Janji Allah itu pasti benar.



tak kan berhenti berdoa untuk menjadi yang halal...


Salam Aidiladha  

October 20, 2012

Kebetulan

Pernah merasa apa itu kebetulan?
Sila angkat kaki jika tak pernah merasa...kesian kan... (Saja nak bergurau manja) ^__^

OK UPDATE LAJU-LAJU-LAJU~uuuuuu


Tahun ni tahun di mana dalam hidup ini sangat banyak ayat "Kebetulan"...
Ada kebetulan secara baik dan menggembirakan. Ada juga kebetulan secara tidak baik dan amat menyedihkan... hurmmm...faham tak? ok pendek cerita! Ni haaaa sangat2 kebetulan...

Melihat keadaan blog yang bersawang ni menyemakkan mata sungguh latar belakangnya, maka...ingin menukar wajah baru untuk blog walaupun sesimple yang mungkin...JADI memilih warna kegemaran iaitu UNGU untuk L.I.F.E blog!!! Pilih apa yang ada sahaja punnn... Saja nak kecoh kannn. Tak hebat tapi saya suka.... ^_^

ungu warna kegemaranku seperti kanak-kanak ribenaaa ^__^



dalam masa yang sama teringin sangat nak buat header sendiri...tapi perlu belajar banyak benda. Keputusannya tak siap-siaplah jawabnya!

Tapi kannnnn....

Di hari yang sama menukar background blog...pagi-pagi saya terima sesuatu yang amat mengembirakan....

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............


Saya ada header baru untuk L.I.F.E blog...............sangat menyejukkan mata! 

ni apahal pulak ni kan?
header ada package tudung sekali???
Merujuk kembali kepada tajuk ni entry...."kebetulan".
Di hari menerima benda free ni....terpakai pulak shawl ni haaaa....untuk pergi ke office di hari sabtu yang indah. Cuba perhatikan...shawl yang saya pakai corak dia sama dengan header tu kan kan kan....Sila buka mata besar-besar seperti mata Heliza Helmi yang cantik menawan...auwww ^_^

Terima Kasih tak terhingga kerana sudi buat header semanis ini ...wahai "Biarlah Rahsia"... Designer header saya ni kreatif sungguh! Suka hasil tangan dia ^_^ Ini pujian untuk lebih semangat bekerja okey! Bukan untuk kembang kempis hidung... dan dia ni tidak mahu identitinya didedahkan. kenapa la kan? "Biarlah Rahsia" kata Dato' Siti... Kalau didedahkan,tiada sebarang bantuan dihulurkan lagi... naaaa lepas ni boleh suruh lagi... hehe. "Terima Kasih Daun Keladi"

October 11, 2012

Bicara Hati...

Moga ini bukan lagi salah faham seperti sebelumnya.
Moga ini semua tidak ditemani bisikan syaitan durjana.
Moga ini sebahagian dari doa yang Allah telah makbulkan.
Moga jarak ini dapat memperbaiki diri agar lebih baik.
Moga jarak ini untuk memperbaiki Cinta kepada Ilahi.
Moga jarak ini untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi.
dan...
Moga ini adalah yang sebenar-benarnya...aamiin ya rabbal'alamin

September 13, 2012

Kenyataan atau hanya MIMPI...

Assalamualaikum dan selamat pagi (sekarang dah pagi buta walaupun pagi tak buta ^_^)


Banyak draft yang belum dapat diteruskan...
Sebab sangat pemalas kannnn...haaa semua tau tu!

Di pejabat tadi, tadi ka? Ah, tak faham buat faham la... Rehat sebentar dari kemaskini kabinet2, on laptop login facebook ^_^


Tiba-tiba...



Paaaaaaaaangggggg!!!!!
Apa? Kenapa ni? Siapa yang buat tamparan wanita ni?


.....


Facebook buat tamparan hebat terus ke hati! Tersentap! Melihat gambar yang punya message berguna sekali. Faham tak? Ini hanya orang yang mengalami teramat faham. Saya pun tak pandai nak jelaskan bagaimana buat orang yang tak faham jadi faham. Jadi sila fahamkan sendiri yeee... Tapi!!! Jangan dek kerna ingin memahami mahu mencuba. Kelak kau menyesal pun tak berguna kerna ianya amat SAKIT!

Photo: kehidupan...
kerna sayang dan suka itu dua keadaan yang amat berbeza...


Mana ada dalam dunia ni lelaki tak suka perempuan dan perempuan tak suka lelaki kan?
Cinta tu fitrah. Kita dijadikan untuk berpasangan... Ada yang tidak menyangka hidupnya akan bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain manakala menikah pula dengan orang lain. Ada juga yang tidak menyangka hidupnya tidak pernah bercinta....tapi...nikah baru bercinta... sweet kan? Ada yang punya perasaan cinta tapi takut hendak meluah, takut tidak diterima...jadi pendam sahaja. Bagi yang berani meluah pulak, tidak menyangka diterima...Alhamdulillah kan... dan agak parah bila lama memendam lepas tu luahkan dan tidak diterima... Allahu Allah... Itulah namanya kehidupankan... Kita tak menyangka tidak dapat apa yang kita inginkan dan kita tidak menduga dapat apa yang kita tidak pernah fikirkan. Semuanya ketentuan Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan kita tidak mengetahuinya. Semuanya penuh hikmah dan kejutan. Cuma perlu kesabaran...


Solat Hajat : Apa yang kita mahu tetapi belum tentu ia baik untuk kita. | Solat Istikharah : Memberi jawapan. Jadi, biarlah segala hajat itu berpandu panduan Allah | Elak hati luka : jangan memuja keterlaluan, jangan bermanja pada yang tak sudi, jangan menaruh harapan tinggi | Berpijak di bumi yang nyata (@fedtriyahya-tweet)


Banyak berdoa dan bertawakal pada Allah kerna kita tidak tahu sama ada kita menuju ke 'Syurga Cinta' atau hanya 'Mimpi Tiada Hujungnya'...


Jadi???
Pilihan ada ditangan sendiri. Jadilah seorang yang bahagia.



ANDAI JODOH TAUTKANLAH HATI | ANDAI BUKAN JARAKKANLAH KAMI DAN RASA INI




August 31, 2012

Ilmiah ^_^

Siapa tak kenal Oki Setiana Dewi?
Siapa tak kenal Irma Hasmie?
Mustahil tiada yang tak kenal kan. 
Muslimah yang banyak menyumbangkan ilmu Islamiah.
Anak seni beginilah yang perlu kita contohi.
Yang sering mengingatkan kita tentang Allah dan cara hidup Islam.

Kenapa pulak tiba-tiba cerita tentang merekakan?
Sebab saya minat mereka...tu sahaja?
Mestila tidak.

Siapa dah dapat hasil penulisan mereka???
Walaupun saya tanya, tapi tak perlu jawab nanti saya cemburu amat! wuwuwuwuwu
Lama dah mencari buku mereka tapi sukar didapati.
Sedih sungguh.

Tapi sekarang dah temui jalannya...mari beli secara online sahaja. Pasti lebih murah dan ORIGINAL. hikhikhik. Saya kongsikan linknya disini ya bagi yang teringin nak beli tapi senasib macam saya ^__^ 



Click sini untuk beli buku Smile-Irma Hasmie
Click sini untuk beli buku OSD


dan...



Al Quran Comel???
Al-Quran gambar pertama tu Al-Quran Edisi Khas Untuk Wanita...
Untuk Wanita???
Ditulis khas untuk wanita sebab isi dalamnya, selain macam al-quran biasa, dia ada berkaitan fikh2 wanita, kisah2 wanita pada zaman dahulu macam aisyah, fatimah dan lain-lain, banyak lagi mengenai wanita seperti haid, wanita yang haram dikahwini dan sebagainya. Lelaki pun boleh baca kerna Al-Quran untuk semua ^__^





September ni mesti dapatkan  semua ni, InsyaAllah...hadiahkan untuk diri sendiri~ngeeee

TAK RUGI BELI | INI ILMU | AKHIRAT

August 28, 2012

UNprejudiced

Hatiku seperti buku. 
Di halaman pertama aku tulis nama 
ALLAH dan orang tuaku, kerana tanpa mereka
aku tak ada di dunia ini...

♥ Dihalaman selanjutnya aku tulis nama teman temanku,
kerana mereka sangat bererti buatku

♥ Lalu kubuka sampai bahagian tengah,
kutulis nama orang yg pernah menyakitiku
kerana bahagian tengah mudah diROSAK dan dibuang..

♥ Dan halaman terakhir ku tulis nama mu,
kerana kamu akan menjadi seseorang yang sangat
berERTI selamanya dan sampai akhir cerita buku kehidupanku .




by : Page | Facebook


InsyaAllah aamiin ya rabbal'alamin | saya cuma ada al-fatihah di setiap penghujung solat | doa yang sama tanpa putus asa | dan dengan Ya Rahim ku seru | Hanya Allah yang tahu dan menentukan segala-galanya | Yakinlah |



ni shj size paling kecil...
tak boleh nak tengok gambar ni besar dan lama sebenarnya...
tapi dia agak comel...
kepala bagai nak patah...
hye!!!
ergghhhh...naik bulu roma tengok matanya.
motif letak gambar kucing lagi???
suka dengan benda yang buat saya gelak tiba-tiba walau agak scary...ok bai!

August 13, 2012

Suatu hari nanti...





Salam Ramadhan ^__^


Dulukan...saya tak pandang pun awak!
Kalau orang sibuk cerita pasal awak, saya hanya mampu diam
dan mendengar.
Kadang-kadang terfikir, kenapa la mereka asyik cerita pasal awak.
Istimewa sangatkah awak ni?
Bagai tiada benda lain dah untuk dibicarakan... Memang pelik.
Paling pelik, bila berjumpa saya... selalu nama awak diutarakan.
Ye la...saya cuma kenal nama awak. Selebihnya saya tak tahu langsung.




Tiba-tibakan...pada satu hari tu,
Sedang asyik mereka bercerita, kebetulan saya nampak awak.
Tiba-tiba degupan jantung saya menjadi kencang. Entah kenapa.
Oh!!! Sekarang saya faham kenapa mereka suka bercerita tentang awak.
Dan awak sentiasa menjadi topik perbualan.
Awak memang istimewa. Anugerah dari Allah s.w.t.
Kenapa saya tidak menyedari kehadiran awak selama ni?



Sebenarnyakan...
Saya tak pandang awak bukan sebab tak suka tapi saya TAKUT.
Saya takut kalau saya cakap nak jaga awak tapi sebenarnya saya tak mampu nak jaga awak.
Saya takut kalau saya cakap sayang awak tapi saya tak boleh nak lahirkan rasa kasih sayang tu.
Saya takut awak tak bahagia hidup bersama saya nanti.



Sebab ...
Awak baik sangat. Saya seperti tidak layak untuk mendampingi awak apatah untuk hidup bersama awak. Saya banyak kekurangan dan mungkin tak layak untuk menjaga awak.



Dan kini,
Saya hanya mampu melihat awak dari jauh.
Saya hanya mampu menyayangi awak dari jauh.
Saya hanya mampu memuji awak dari jauh.
Saya hanya mampu tersenyum sorang-sorang melihat perilaku jenaka awak.
Saya hanya mampu tengok gambar-gambar awak kat laptop dan buat koleksi untuk kenangan.



Dalam hati ini,

Saya sayang sebenarnya tapi hati menafikan.
Saya bagi tahu semua orang saya tak suka awak.
Tapi hanya Allah yang tahu apa saya rasa.
Betapa saya ingin mendampingi awak tapi saya tak mampu berbuat sedemikian.









Awak....








Saya juga TAKUT awak akan sakiti saya.
Jadi baik saya pendam sahaja perasaan ini.
dan melihat dari kejauhan.
*comelkan*




Awak...





Kadang-kala saya cemburu bila melihat mereka bersama awak!
sedangkan saya tidak dapat bersama awak.
Tapi siapalah saya untuk merasa begitu kan?
Awak berhak bersama sesiapa sahaja.

Mungkin ada yang lebih baik untuk menjaga awak...
Berbanding saya yang serba kekurangan ini.








Awak...







Mungkin kita hanya berjumpa di dunia tapi tak dapat bersama kan!
Saya harap kita akan bersama di akhirat kelak...
Di Syurga Allah nan indah. ^__^
InsyaAllah...


Awak...suatu hari nanti awak akan tahu jugak betapa sayangnya saya kat awak. Tulus ingin menjaga awak tapi saya tak mampu. 
Sebab saya tak layak untuk berbuat demikian. 
Allah akan tunjukkannya. 



P/S : Jika tidak mampu menjaga haiwan jangan berangan hendak memelihara. Tanggunjawab kita sebagai manusia untuk memelihara mereka akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kerna mereka jua ciptaan Allah dan punya hak masing-masing untuk hidup. 




TAKUT KUCING | TENGOK GAMBAR PUN TAK BOLEH | NASIB BAIK ADA GAMBAR COMEL 


August 4, 2012

ALLAH kah dihatimu???


Bismillahirrahmanirrahim...

Kasih manusia bermusim, 
sayang manusia tiada abadi
Kasih Allah tiada bertepi
Sayang Allah janjiNya pasti...(bait-bait lagu Raihan) ^__^


Pernah kamu merasa mencintai?
Pernah kamu merasa hebatnya Cinta?
dan tika itu...
'Cinta Tak Harus Memiliki'
~Pasti sedihkan?~


‏Photo: بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sebelum Engkau Halal Bagiku

Ahlan Wa Sahlan,Marhaban fii zaumina hadza

Buat Akhina Wa Ukhtina yang ingin TAG or SHARE PICT'a,di persilahkan "BEBAS"

Silahkan Bantu sahabat'' lain ngETaG ya

Syukron jiddan aidan,

ANA UHIBUKA LADZI AHBABTANI LAHUU

Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim.. Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღ..Aamiin ya Rabbal'alamin.

“Muslimah cantik, menjadikan malu sebagai mahkota kemuliaannya…” (SMS dari seorang sahabat)

Membaca SMS di atas, mungkin pada sebagian orang menganggap biasa saja, sekedar sebait kalimat puitis. Namun ketika kita mau untuk merenunginya, sungguh terdapat makna yang begitu dalam. Ketika kita menyadari fitrah kita tercipta sebagai wanita, mahkluk terindah di dunia ini, kemudian Allah mengkaruniakan hidayah pada kita, maka inilah hal yang paling indah dalam hidup wanita. Namun sayang, banyak sebagian dari kita—kaum wanita—yang tidak menyadari betapa berharganya dirinya. Sehingga banyak dari kaum wanita merendahkan dirinya dengan menanggalkan rasa malu, sementara Allah telah menjadikan rasa malu sebagai mahkota kemuliaannya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا ، وَإنَّ خُلُقَ الإسْلاَمِ الحَيَاء

“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.” (HR. Ibnu Majah no. 4181. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Sabda Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lain,

الحَيَاءُ وَالإيمَانُ قُرِنَا جَمِيعًا ، فَإنْ رُفِعَ أحَدُهُمَا رُفِعَ الآخَر

“Malu dan iman itu bergandengan bersama, bila salah satunya di angkat maka yang lainpun akan terangkat.”(HR. Al Hakim dalam Mustadroknya 1/73. Al Hakim mengatakan sesuai syarat Bukhari Muslim, begitu pula Adz Dzahabi)

Begitu jelas Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam memberikan teladan pada kita, bahwasanya rasa malu adalah identitas akhlaq Islam. Bahkan rasa malu tak terlepas dari iman dan sebaliknya. Terkhusus bagi seorang muslimah, rasa malu adalah mahkota kemuliaan bagi dirinya. Rasa malu yang ada pada dirinya adalah hal yang membuat dirinya terhormat dan dimuliakan.

Namun sayang, di zaman ini rasa malu pada wanita telah pudar, sehingga hakikat penciptaan wanita—yang seharusnya—menjadi perhiasan dunia dengan keshalihahannya, menjadi tak lagi bermakna. Di zaman ini wanita hanya dijadikan objek kesenangan nafsu. Hal seperti ini karena perilaku wanita itu sendiri yang seringkali berbangga diri dengan mengatasnamakan emansipasi, mereka meninggalkan rasa malu untuk bersaing dengan kaum pria.

Allah telah menetapkan fitrah wanita dan pria dengan perbedaan yang sangat signifikan. Tidak hanya secara fisik, tetapi juga dalam akal dan tingkah laku. Bahkan dalam Al Qur’an surat Al Baqarah ayat 228 yang artinya; ‘Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang sepatutnya’, Allah telah menetapkan hak bagi wanita sebagaimana mestinya. Tidak sekedar kewajiban yang dibebankan, namun hak wanita pun Allah sangat memperhatikan dengan menyesuaikan fitrah wanita itu sendiri. Sehingga ketika para wanita menyadari fitrahnya, maka dia akan paham bahwasanya rasa malu pun itu menjadi hak baginya. Setiap wanita, terlebih seorang muslimah, berhak menyandang rasa malu sebagai mahkota kemuliaannya.

Sayangnya, hanya sedikit wanita yang menyadari hal ini…

Di zaman ini justeru banyak wanita yang memilih mendapatkan mahkota ‘kehormatan’ dari ajang kontes-kontes yang mengekspos kecantikan para wanita. Tidak hanya sebatas kecantikan wajah, tapi juga kecantikan tubuh diobral demi sebuah mahkota ‘kehormatan’ yang terbuat dari emas permata. Para wanita berlomba-lomba mengikuti audisi putri-putri kecantikan, dari tingkat lokal sampai tingkat internasional. Hanya demi sebuah mahkota dari emas permata dan gelar ‘Miss Universe’ atau sejenisnya, mereka rela menelanjangi dirinya sekaligus menanggalkan rasa malu sebagai sebaik-baik mahkota di dirinya. Naudzubillah min dzaliik…

Apakah mereka tidak menyadari, kelak di hari tuanya ketika kecantikan fisik sudah memudar, atau bahkan ketika jasad telah menyatu dengan tanah, apakah yang bisa dibanggakan dari kecantikan itu? Ketika telah berada di alam kubur dan bertemu dengan malaikat yang akan bertanya tentang amal ibadah kita selama di dunia dengan penuh rasa malu karena telah menanggalkan mahkota kemuliaan yang hakiki semasa di dunia.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128) Di antara makna wanita yang berpakaian tetapi telanjang adalah wanita yang memakai pakaian tipis sehingga nampak bagian dalam tubuhnya. Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang. (Lihat Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, 17/191)

Dalam sebuah kisah, ‘Aisyah radhiyyallahu ‘anha pernah didatangi wanita-wanita dari Bani Tamim dengan pakaian tipis, kemudian beliau berkata,

إن كنتن مؤمنات فليس هذا بلباس المؤمنات وإن كنتن غير مؤمنات فتمتعينه

“Jika kalian wanita-wanita beriman, maka (ketahuilah) bahwa ini bukanlah pakaian wanita-wanita beriman, dan jika kalian bukan wanita beriman, maka silahkan nikmati pakaian itu.” (disebutkan dalam Ghoyatul Marom (198). Syaikh Al Albani mengatakan, “Aku belum meneliti ulang sanadnya”)

Betapa pun Allah ketika menetapkan hijab yang sempurna bagi kaum wanita, itu adalah sebuah penjagaan tersendiri dari Allah kepada kita—kaum wanita—terhadap mahkota yang ada pada diri kita. Namun kenapa ketika Allah sendiri telah memberikan perlindungan kepada kita, justeru kita sendiri yang berlepas diri dari penjagaan itu sehingga mahkota kemuliaan kita pun hilang di telan zaman?

فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS. Ar Rahman: 13)

Wahai, muslimah…

Peliharalah rasa malu itu pada diri kita, sebagai sebaik-baik perhiasan kita sebagai wanita yang mulia dan dimuliakan. Sungguh, rasa malu itu lebih berharga jika kau bandingkan dengan mahkota yang terbuat dari emas permata, namun untuk mendapatkan (mahkota emas permata itu), kau harus menelanjangi dirimu di depan public.

Wahai saudariku muslimah…

Kembalilah ke jalan Rabb-mu dengan sepenuh kemuliaan, dengan rasa malu dikarenakan keimananmu pada Rabb-mu…

Selengkapnya Kunjungi Blog Kami SEHB
http://andikaalbanjariiiyahoocom.blogspot.com/2012/02/muslimah-cantikmenjadikan-malu-sebagai.html

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Sebuah renungan untukku, untukmu,untuk kita semua. Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci...

Bergeraklah masuk,Buka tiap lembaran kalimat hati,maknai,lalu tunaikanlah

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata.Ilmu adalah amanat Allah yg harus disampaikan kepada Ummah...kami hanya menyampaikan apa yg kami miliki...

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

(Sebelum Engkau Halal BagiKu) https://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354

♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥

Semoga apa yang telah disampaikan ini ada manfaatnya,

Afwan Minkum Kebenaran datangnya dari Allah kekurangan dari pribadi ana dan ana hanya menyampaikan apa yang diamanahkan Allah

Wallahù'alam bíshawab Wabíllahí taùfík walhídayah,

Wassalamù'alaíkùm warahmatùllahí wabarakatùh‏
~gambar page FB~
Gadis yang menawarkan diri sendiri untuk menikah itu,
bukannya tidak tahu malu...
tapi
mereka tahu apa yang mereka MAHU...


Yang pasti cinta yang lahir adalah kurnia Ilahi...Mencintai Kerana Allah tidak semudah kata-kata. Ianya memerlukan pengorbanan, bersabar dalam penantian demi menjaga kesucian ^__^


Jika kamu mencintai orang yang mampu Mengubah Kamu ke arah Kebaikan... Cintailah dia.
Jika dia menolak cintamu... Lepaskanlah dia.
tapi Kekalkanlah Kebaikan...InsyaAllah dipertemukan orang yang lebih baik buatmu ^_^


Kadang-kadang kan Allah sengaja mencipta Pertemuan,
Supaya kamu lebih mengenal erti Persahabatan/Perhubungan.
DAN
Kadang-Kadang Allah sengaja memisahkan dengan orang yang kamu sayang,
Supaya kamu lebih menghargai nikmat sebuah Perkenalan.

Semua ni berlaku ada sebabnya,
Bukan saja-saja Allah nak memberikan UJIAN sebegitu,
Melainkan Allah  nak menguatkanmu.
Bukan saja-saja Allah nak memberikanmu mengemudi dalam keadaan begitu,
Melainkan Allah mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu.
Semua ni sebab Allah rindukan kamu, maka dia kirim hadiah istimewa ini yang isinya adalah Ujian. Allah rindu nak dengar rintihan kamu.


Maka, tetaplah tersenyum ^__^ sekalipun kamu sering menyapu air mata tatkala sendirian.
Tetaplah kelihatan kuat walaupun sentiasa mengadu lemah di hadapan Pencipta.
Katakanlah "Aku Turut Bahagia..." tatkala dia mencintai orang lain...
Disinilah ketulusan hati sedang diuji sebenarnya.


Kesedihan itu mengajarkan tentang indahnya kebahagiaan kerna Allah Azza Wa Jalla telah memberi janji bahawa dibalik kesulitan ada kemudahan. Semua ini memerlukan sedikit kesabaran.

Q:Feeling alone?
A:Innallaha ma'ana(sesungguhnya Allah bersama kita)


Q:Wishing something?
A:Man jadda wa jadda(siapa yang berusaha,dia akan berjaya)

Q:Missing somebody?
A:Ma fi qalbi ghairullah(tiada dalam hatiku melainkan Allah)

Q:Saw evil or do evil?
A:Inni akhafullah(sesungguhnya aku takutkan Allah)


Yakinlah pada janji Allah!
Selagi hidup bergantung pada Allah pasti tiada ayat 'KECEWA' dalam kamus hidupmu.
Jodoh tu semua Rahsia Allah.
Allah tak bagi orang yang kamu impikan, barangkali Dia akan hadirkan orang yang mengimpikan kamu selama ni.
Sujudkan hati dan jiwamu pada Ilahi,
InsyaAllah akan dapat yang terbaik,
Dengan package keindahan hati dan ketakwaannya,
Yang akan sentiasa menjadi Imam terbaik disetiap solatmu,
Yang akan sentiasa menjadi guru mengaji Al-Quran,
Yang akan membawamu melangkah bersama menuju cintaNYA.



Jodoh itu akan dapat di rasa dengan kehadiran seseorang 
yang membuatkan kita merasa lebih tenang, 
lebih bertambah aman, 
dan lebih mendekatkan diri pada Allah.



Selama dalam Penantian, persiapkanlah diri agar menjadi seorang soleh/solehah, bersabarlah dan tersenyumlah.
Kerana Allah dah mempersiapkan yang terbaik buatmu.
Kebahagiaan itu pasti akan datang untukmu,
Di saat yang indah dan di waktu yang tepat...Aamiin


Mulai saat ini jangan kamu salahkan...pertemuan itu, cinta itu, masa itu,
kerana 
itu semua proses hidup yang harus ditempuhi 
dan kerana
"CINTA" itu datang dari Allah dan milik Allah,
"CINTA" itu pergi juga dengan izin Allah,
"CINTA" itu hilang juga kehendak Allah,
"DICINTAI & MENCINTAI" itu adalah ANUGERAH Allah ^__^
Maka,
Labuhkanlah "CINTAmu" kepada Allah kerana Dia kekal abadi.



Ya Allah,
Jagalah hati ini sehingga semuanya halal...
Jika memang dia jodohku maka satukanlah hatinya dengan hatiku...
Ku serahkan semuanya hanya pada Mu Ya Allah...
Jika memang dia yang terbaik untukku maka pertemukanlah kami 
dalam Cinta & RedhaMU..
dan 
Seandainya telah Engkau takdirkan, dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Peliharalah aku dari kekecewaan.



Kredit : Gabungan Coretan dari Page Islamic Facebook/olahan.


MENCINTAI DENGAN SEDERHANA|JOM SAHUR|SALAM RAMADHAN