June 10, 2012

Panorama

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum uolllsss...

Kadang-kala terlupa yang diri ini ada blog. Lamanya tak share something kat sini kan. OK setiap entry pasti ada ayat 'lama'. Fine. Nampak sangat kan. Entry kali ni nak share gambar yang tak seberapa la. Cuma suka-suka sebagai penenang hati ^_^. Sekarang dah gila panorama. Melihat kejadian ciptaan Allah s.w.t salah satu cara kita didik hati untuk lembut. Mari gunakan kemudahan yang kita ada untuk mendekatkan diri pada Allah. Ianya Indah.





Lokasi : Institut Jantung Samarahan (IJS)
1st time pergi sini. Serius tempat ni cantik gila.
Alhamdulillah hero dari kecik selamat buat check-up...excited dan terus berpanorama.




 yang ni area utama IJS...besar tempat ni.
nak kerja sini boleh? haha




area cafeteria...makanan sedap.
fine...sesuai untuk sesiapa yang nak menambah berat badan.
Sila-sila.~




ini bukan IJS lagi dah...
Seawal jam 5.30 pagi...lepas Subuh terus menyerbu kompleks sukan.
Indahnya suasana time ni,sangat tenang...mood joging pun semakin teransang uolllss...
Mari sihat bersama.



Tazkirah pagi,rutin mingguan kami yang lepas...penceramah berkongsi satu lagu...berkisahkan hati yang keras. Ya Allah, mudah-mudahan hati kita tidak seperti itu kan. Payah tau hati kita bila keras, apa2 sahaja nasihat orang bagi kat kita semua tak masuk, baik orang bagi secara lembut sekalipun. Jadi kita sendirilah yang mesti berusaha agar sentiasa menjaga hati kita ni. Ingat! Hati kita cuma SATU ye sayang semua. Jangan sampai azan dilaungkan pun kita tutup telinga. Nauzubillah. ok pasti semua tahu dah lagu ni sebenarnya...saya je baru tau...hah ketinggalan betul. Mari hayati liriknya bersama ^_^...tiap kali dengar lagu ni, hati jadi sangat sayup...entah kenapa.






Penangan Zikrullah~Suara Firdaus

Batu yang keras
Air yang lembut
Dua kejadian
Amat berbeza
Tiada siapa dapat menyangka
Air yang mengalir dingin di kali
Berupaya melembutkan batu
Kesannya menjadi ilhamku
Umpama kejadian hati dan zikir
Hati bisa jadi sekeras batu
Zikir sesejuk air mengalir
Ia bisa melembutkan hati
Usah disangka selembut zikir seremeh perkara
kalimah LailahaillAllah berupaya menggegar hati
Menyadung manusia ke kaki kebenaran
Menggegar dunia...



Sekarang dah 20 rejab, macam mana hutang puasa kita pada Allah? dah  bayar belum? Jangan tangguh2 ya, kelak menyesal. Bagi yang full je tiap tahun puasa (especially kaum Adam)...puasa sunat ya, kelak bertambah Kacak...saje word untuk bagi galakan. Selamat Beramal ^_^


No comments:

Post a Comment