May 15, 2012

Berkongsi kebaikan

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama dah tak update blog kan... update atau tak sama ja kan.
Mana da orang baca. haha. takpala baca sendiri2 sahaja.

Haaa....nak tanya ni...full tak solat hari ni?
Mesti ramai yang full kan...sebab semua budak baik...patuh pada perintah Allah...
tapi kan...kita yakin ka solat kita diterima Allah?
kita yakin ka solat kita selama ni sempurna?

Baiklah...Allah terima atau tidak, tu kerja Allah kan.
Yang pasti kita MESTI SOLAT! Kewajipan!
dan dan dan dan dan
kita harus perbaiki solat dari masa ke masa.
Salah satu caranya ....
Baca buku seperti di bawah untuk tambah ilmu pengetahuan.

Bukan sengaja nak bagi tahu memilikinya tapi nak ajak tambah ilmu bersama ^_^
Buku ni best sangat! Lama sudah mencari akhirnya jumpa jodoh jugak di MPH...haha
Isi kandungannya merangkumi ilmu Fiqah, Falsafah, Sejarah Solat, dan Ilmu Sains tentang Solat.
Berbaloi la beli....


Buku ni ada 470 page
RM100
kertas yang digunakan sangat2 cantik.
secantik dan seindah ilmu di dalam. 
lagi2 fakta hukum digandingkan dengan sains. superbbb!


Moga-moga dengan ada nya buku ni...dapat perbaiki solat...banyak benda tak tahu ni... T_T
Takpa-takpa, selagi Allah masih beri peluang untuk hidup, selagi tu lah kena tuntut ilmu kan?


ok...ada lagi buku best ni...
nak tau tak?
time beli buku ni semua orang pandang saya.
lagi2 si abang cashier tu...
mesti la dia pandang kan...dah saya beli..haha..dan dia jual.
sebenarnya malu hendak membeli buku ni tapi bagi tahu kat diri sendiri...mesti beli jugak!


tadaaaaaaaaaaa............



sepanjang bawa buku ni dari rak ke kaunter, dari kaunter ke luar MPH...semua orang pandang semacam.
Entah apa dia orang fikir. Biarla...
Saya beli guna duit sendiri, saya beli sebab nak perbaiki diri.
Kalau tak beli kesian pulak dia orang nak kemas buku banyak tu hari2 kan?
lagi kesian penulisnya yang profesional...~ngeee...
Bila tengok balik buku ni kan...hurmmm..
lucu jugak...
ye ke aku beli buku ni?
Ilmu OKAY!!!
buku ni ada 29 tajuk utama.
best jugak!
Jangan lupa beli ya! haha...promote.


haaa...adik2, kakak, abang2 yang status nya masih single...elok la baca buku ni. Moga apa yang kita buat tak tersilap langkah PLUS terhindar kata-kata manis syaitan. Syaitan seronok tu bagi nasihat kat kita untuk dapat tempat yang terbaik dalam NERAKA. hah! amek kau. Nauzubillah...
Tipu la kan kalau ada orang yang kata dia tak nak bercinta, tak nak kahwin...sedangkan manusia tu dicipta berpasangan. Nak nafikan apa kan? tapi sebelum tu... baik persiapkan diri, tak kira la pernah bercinta ataupun tidak. Manusia tak lari dari kesilapan tapi lepas tu mesti cari jalan keluar...

Tahun ni banyak la pulak kawan2 yang kahwin...bestnya dia orang kan...(apa kena mengena???)


**********


Hari tu berjanji dengan orang sekeliling yang terlibat akan buat entry tentang aktiviti2 yang dilakukan pada hujung minggu baru2 ni...tapi mohon maaf, dek kerana gambar tak berapa nak sesuai untuk ditayangkan atas sebab2 tertentu, jadi mengambil keputusan agar membatalkan niat tersebut...



layan gambar hello kitty je la..
comel tak?
gadget pun ada anting2 tau. sebelah je lagi tu.
mat gangster.
(disebalik gambar ni...terima kasih ALONG!!!)


p/s : kadang-kadang saya sendiri tak faham baca entry sendiri. ok! jangan lupa kongsi ilmu!




Rejab tak lama lagi...jangan lupa ganti puasa!!!



No comments:

Post a Comment