June 25, 2012

SukaDuka

Bismillahirrahmanirrahim...
Bulan Syaaban pun telah tiba. Alhamdulillah bertemu kembali kan. Moga ibadah tahun ni bertambah dan ikhlas semata-mata kerana Allah... Sesiapa yang tak bayar lagi puasa tu, cepat-cepat bayar hutang tu...barulah sweet...yang dah bayar mari kita sama-sama laksanakan puasa sunat pulak...InsyaAllah kan. ^_^

Blog ni tempat berkongsi cerita suka,duka,pendapat dan apa sahaja kan. Itulah yang saya rasa. 
Jadi jengjengjeng...

Kami di arah untuk ke tempat ini menghadiri kursus pengurusan aset dan stor serta pentadbiran Am.
Office yang cukup lengkap dengan segala keperluan + cantik.
Sistem yang teramat2 ketat sehingga menyebabkan para peserta berkursus tidak berpeluang untuk kemana-mana seksyen...
Masuk lif pun bagai nak pecah pintu...haha..amekaw.


Kursus kali ni tidak bersemangat seperti sebelumnya. Semua bagai terpaksa. Entah kenapa...jerebu kot..apakah kaitan? haha. Semangat makin hilang apabila pelbagai perkara berlaku sejak hari pertama pergi lagi...Memang ujian betul la...Mujurlah semuanya selamat..itu yang penting! Alhamdulillah.



Sebelum masuk lif, kak abot dengan seluas biji matanya sempat jugak melihat kekurangan pada binatang ni..
Buat lawak...ketawa.
Buat lawak...ketawa.
Tu je la kerja....walaupun kesihatan tak berapa nak mengizinkan~
LastLastLast....
Keluar lif,masuk bilik....
Sampai tak sedar CARDIGAN KESAYANGAN hilang...
Puas mencari tapi tak jugak jumpa...malang sungguh!
Berlaku dengan sekelip MATA!!!
Pasti tercicir dan ada yang mengambil.
Baik...redha je la...halalkan je la..
Maybe orang yang jumpa tu takda cardigan kot.
Kesian dia kan.
Nasihat untuk diri sendiri : Lain kali cuailah lagi...
Nasihat untuk orang begitu : Lain kali pulangkan kat kaunter tak pun report polis...bahahahahaha.



Malamnya kami tunaikan janji untuk makan bersama :

dinner sekali dengan Faizal dan keluarga...^_^
abaikan tulisan cina pada gambar...sebab saya pun hairan kenapa tulisan tu ada d sana.
Terlebih pandai mengedit barangkali....tet!!!


Kenyang-kenyang pun nak jugak makan ni....

sedap tapi terlampau manis!!!
Thanks Zal sebab jadi penaja makan malam ku dan kak abot ^_^



Hati masih tak tenteram...disebabkan cardigan...huhu...sedihnya. Lagi sedih bila belek-belek handphone...no signal line untuk online. On laptop...takda wifi pulak...terus buat panggilan ke kaunter. "Maaf pihak kami tidak menyediakan kemudahan WiFI"... Alamak! Tetiba menyesal pulak tinggalkan broadband...tak ikhlas betul la kan!... Plug di bilik pulak tak berfungsi dengan jayanya...Best2222 sangat22222!!!

Rasa ingin bertepuk tangan gembira, guling-guling kat katil macam Sin Chan...Terputus dengan semua tu rasa bagai apa entah. Hairan. Nasib baiklah ada Kak Abot..."Sabar tik, sabar tik...pergi solat dolok...jangan difikir gilak benda ya...InsyaAllah pas solat akan lebih tenang"....Alhamdulillah..mujurlah ada teman kan.


Sebab itu selalulah duduk dalam keadaan berjemaah...jangan sorang-sorang...kelak diterkam musang! Faham tak??? Buat faham je la...

Alhamdulillah dalam keadaan gusar terpandang si comel ni...
Nasib baik yang ni saya ingat bawa...
Terus hati berkata...Allah datangkan sakit ni agar ingat pada Dia.
Allah sengaja membiarkan saya terputus dari segala kemudahan internet agar untuk mengingatiNYA.
Allah nak saya bersendirian buat seketika.
Allah nak saya lapangkan fikiran dan tenangkan hati untuk beberapa hari.
Allah nak saya jauhkan diri dari on9 untuk rawat hati...
Subhanallah...Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Allah tahu saat saya sangat genting dan perlukan ruang...
Indahnya rencana Allah.
Betapa diri ini malu kerana tidak menghargaiNya dan tidak bersyukur..
Astaghfirullahalazim...

.....Baiklah....


Hari Pertama Berkursus: Datang Awal, orang takda terus kami gila tangkap gambar!


with Nazrol...
enjoy dari sekolah sehinggalah bekerja.
jangan salah faham. kami gila camera. haha.


Kak Abot yang selalu kena paksa melakukan *peace*
Thanks kak abot sebab sporting habis...hehe ^_^



Bila penceramah dah mula berceramah dengan dirinya sendiri:

orang sibuk tengok slide,saya sibuk tengok tingkap besar ni.
tak boleh tumpukan perhatian wei... perut sakit giler, macam kena cili..
bila tengok tingkap ni rasa nak terbang  bebas je..
Allah je tau apa saya rasa tika ini.
Nak bergerak pun payah...
tapi kak abot cakap : "sakit2 kitak masih juak gila tetak"...
hehe...sakit ni tak payah d turuti nanti makin menjadi2.



Ada juga yang sempat jaga kebersihan

tep.tep.tep.
member sebelah potong kuku rupanya.
amboi...sempatlah sangat.
memang la nampak SANGAT kebosanannya.



Ada yang belayar jauh....

schoolmate seberang sana pulak...
lenanya...
hah...aku pulak? sibuk ambik gambar orang sebab nak hilangkan rasa sakit kan? ALASAN!

Malam-malam kena paksa makan pulak...

kena paksa makan sushi malam-malam.
Sebab duduk d bilik di anggap kelaparan oleh kak abot.
kesian...dahla jalan saya tak temankan...
beli pulak makanan ni...
sebenarnya memang takda selera nak makan akibat kesakitan itu.
terima kasih kak abot ^_^
...lagi best bila kakak,mak,bapa kol...
serius semua orang risau bila anak bongsu tak menjadi ni jalan jauh...hahaha

Lepas bedal ubat-ubatan,Alhamdulillah dan berharap akan pulih pada keesokan harinya. Hari kedua mesti lebih bersemangat!



.....

Ini Kami yang sentiasa terawal datang ke dewan APM

kami yang tak pernah peduli apa orang kata ^_^


Serius dewan ni memang best!

tempat kami bersidang untuk 3 hari ^_^





akibat semua peserta didapati mengantuk,
MARI LAKUKAN SENAMAN DALAM KEADAAN DUDUK
BEST JUGAK! sorry tak dapat demo ^_^



Mic sudah on...
Keluarkan hujah bernas!!!


Malamnya....YEAYYY...beransur sihat sedikit!



Jom Makan di Kubah Ria.
Tom Yam je yang sedap + ABC special.
Jalan2 kali ni memang malas betul nak ambik gmbr makanan.
Akibat tak sihat makanan tu jadi tak sedap semuanya...
Tapi kena makan jugak untuk lebih cepat sihat!

Tengah makan-makan ni...sambil bercerita dan mendengar cerita...
Tiba-tiba dapat something...
Tak sangka. Tak sangka. Tak sangka.
Betul ke ni? Macam tak percaya.
Apa tu? ...Biarlah Rahsia kata Dato' Siti..haha
Gembira tidak terkata!!!
Bagai nak saya pusing je kubah ria tu agar bertambah ceria orang2 di sana.
Terus berhenti makan. tak selera dah...amekaw...haha

Kak Abot hanya mampu geleng kepala sambil berdoa...
Kena tahan la dengan perangai saya ya...hahaha.
Sekarang saya rasa saya patut hargai sepenuhnya detik2 gembira tersebut...
kerana ianya macam chipsmore...kejap ada. kejap takda.
walaupun sedikit amat bermakna...
HAPPY NYA ^_^



tapi sedih jugak sebab sepatutnya tika ini perlu ada di rumah untuk meraikan hari lahir ALONGKU....
1st time tak celebrate di hari lahir...
Selamat Hari Lahir Along untuk keesokan harinya... *wink*


Along selalu jadi pelengkap hidup!
Angah pun sama!
Sayang mereka.
Terima kasih kerana selalu ada bersama.
Beruntung dilahirkan ke dunia dan dapat jadi adik kepada kakak-kakak yang baik ni.
Semua sporting dalam apa jua keadaan...
Atik LOVE Along!!! mmuaaahhhhh...
(yang ni gambar bbrp tahun yg lepas masa kat genting... ^_^)

.....



sign habis walaupun baru bermula...semangat nak balik walaupun belum balik.
Akhir kata semangat nak habis kursus!!!
bahaahahahaha...pekerja apakah serupa ini.







Hari terakhir berkursus...
hari2 mau ambik gambar...ishishish
tak kira tempat dan dengan sesiapa sahaja.




Lunch terakhir

with Azizan, Firdaus, Me ^_^, Kak Abot ...



Senakal-nakal kami...kami pulang dapat hadiah...
Sebab...
Dapat jawab soalan on paper dengan tepat dan jayanya...lalalalala

Puan Maria mengumumkan bahawa ada hadiah...
Then dia cakap suruh staff dia ambik kat drawer dia..
Terus saya berfikir...pasti tak best hadiah ni dan mesti bahan koleksi...
Saya cakap begitu sebab tak pernah bernasib baik untuk terima benda free2 macam ni..
Jadi tak berapa nak kisah...
Dalam buat2 bodoh tiba2 nama Puan Saibah diumumkan pulak...
amekaw kak abot...hahaha
beberapa minit kemudian...
Cik Nur Atikah from Sri Aman...
eh aku ke? tengok sekelililng...kot2 ada orang nama sama kot ....
takda..
ok jalan dengan sopan nya dan ambil...
Terima Kasih...hahahaha
mesti banyak orang kutuk kami...lalalalala
hehe

Pekerja contoh....

Isteri dan Ibu orang ni sentiasa dipaksa untuk melakukan apa2 je aksi..
saya tukang snap.snap.snap je...
thanks kak abot...
penat dia sebab jadi mangsa...aku..
camera handphone je pun.




Birthday Girl...eh Birthday Woman untuk keesokan harinya jua ^_^

Malamnya makan di kampung Gersik...
Sementara menunggu si Faizal untuk turut serta...
ambik gambar lagi..
sorry makanan nya tak sempat nak d ambik gambar...
takut kamu2 yang baca ni terliur...
Seafood time!!!



Kini tibalah hari terakhir...boring kan cerita saya...saya pun dah boring sebenarnya nak habiskan entry ni...sambil lap2 mata...hahaha...bukan nangis tapi contact lens kabur...kuangkuangkuang

hari perjalanan...mari lepak bersama geng2 sekepala..
selera terbantut awal2 pagi sebab Laksa Sarawak tak sedap langsung.
Kalau orang luar rasa memang taknak dah makan...
padahal bukan begitu pun rasanya...
hahaha...ini budak penggemar laksa dr kecik...
so kuat je mengomen!!! macam la pandai masak kan....haishhh.



Dalam Perjalanan Pulang.....
Tetiba ternampak.....aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Jelesnya saya.............................




........





Lihatlah.....
Sakitnya hati....
Driver nya lelaki ok!
Nasib baik color kereta ni tak pink seperti hello kitty sebenar...
kalau tak!
Saya paksa kak abot follow kereta tu....
haishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
comelnessssssssss!





tapi takpa.....







sebelum pergi kursus dah dapat rantai jam kitty from Vivi's Shop.
Walaupun bukan jam tangan T_T
Thanks Vivi walaupun yang datang tak sama dengan pilihan hati.

Bila tengok jam ni teringat kat msg seorang sahabat...
"Cari barang lain je la...lupakan jam tangan tu"
"Apa kata atik ambik jam dinding kitty?...nanti nampak jelas jam tu"
"kalau jam loceng?"
"earphone kitty?"
.......Pandaikan bagi cadangan tu semua.......
Takpa sekarang saya dah ada rantai jam kitty...ok tak?
Saje nak share apa yang kami bualkan sebab confirm dia tak baca entry ni sebab panjang berjela...
Nak baca pun mesti nangis...hahaha...




Trip kali ni bagai menghargai masa sangat-sangat.
Rasa rehat semacam je
Walaupun macam-macam masalah kami tempuhi.
Sampai nak buat entry ni pun ambil masa yang panjang...
Orang baca pun naik bengang...hahaha
Takda idea...tempek je gambar banyak-banyak kan.

Entry diatas sekadar perkongsian antara hidup. Mungkin ada yang perlu dijadikan iktibar sila ambik...kalau yang tak berapa nak elok tu...tinggalkan lah ya...dan tegur. Maaf jika ada salah dan silap....saje nak mintak maaf...tak kan tunggu Aidilfitri je kan... Semoga ada yang bermanfaat ^_^




Entry seterusnya nak share yang saya dapat HADIAH ^__^

No comments:

Post a Comment