Assalamualaikum ^_^
Ingat lagi tak entry saya sebelum ni tentang tripod..
Kalau tak ingat sila terjah sini!!!
Saya buat entry tu sebab nak mintak pendapat orang ramai. Tak reti benda ni semua kan...
Terima kasih ya semua sebab banyak bagi pendapat...sampai ada yang bagi idea beli "rig"..
Saya baru kenal nama-nama ni semua...hehe. Masa ni tripod je la dulu. Dah survey harganya tapi belum nak beli lagi...
Lepas seminggu entry tersebut, tiba-tiba seorang sahabat saya yang sangatttt dan sangattttt prihatin ni murah hati nak meminjamkan tripodnya...wah baik nya anda!!!.... ^_^ tapi malangnya saya ni tak berani nak pakai barang orang...huhu. Lagi bertambah baik apabila nak tolong carikan tripod terbaik buat saya dari segi kualiti dan harga...
Baiklah...ada baiknya jugak suruh sahabat ni belikan kan...sebab dia lebih tahu benda ni semua dan membelinya kat tempat yang banyak pilihan... Tak sabar jugak menunggunya ^_^ hehe
Isnin tiba...kenapa mesti isnin? ^_^
Taddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....................
Lepas tu terus teringat kan satu nasihat untuk saya pada masa dahulu...
"Atikah...rezeki tu dari Allah dalam pelbagai bentuk, rupa dan keadaan. Manusia hanya/antara asbabnya. Orang bagi sesuatu kita harus terima dengan syarat kita tidak meminta-minta. Rezeki jangan ditolak. Lagi-lagi orang bagi sebagai hadiah, kita mesti terima dengan ikhlas. Jika kita tolak barangkali akan menyebabkan orang yang memberi rasa tersinggung. Kita pun barangkali akan dianggap sombong walaupun kita bukan seperti itu"
~ tiba-tiba rindukan cikgu yang bagi nasihat ni...terasa suaranya berbisik. Dapat nasihat free tersebut sebab perangai allergic bila dapat hadiah ~ *wink*
Sekarang.....
Sekarang.....
Akhirnya apa yang saya nak dan cari ni jadi milik saya...seronoknya!!! Lagi2 pemberian dari seorang sahabat. Amat menghargainya. Terima kasih bagi sokongan sampai siap beli keperluan ni semua. Harap-harap dapat buat video dengan baik tapi mungkin tak sehebat anda kan...sebab saya tak sekreatif anda... Mari nyanyi "kalau rasa gembira tepuk tangan" sambil menari gedik seperti gol & gincu!!!...pengsan orang tengok saya...hahaha.
P/S untuk sahabat baik saya ni : Maaf ye buat entry ni, saya tau anda taknak kecoh tapi nak buat jugak!!! Kegembiraan harus di share bersama
Syukrannnnn.....

No comments:
Post a Comment