March 17, 2012

Khilaf DIRI

"Saya nak bersukan ni sebab berat dah naik berkilo-kilo" 


"Saya nak makan ni sebab lapar sangat"


"Saya nak minum ni sebab haus sangat"


"Saya mesti siapkan kerja ni, ini arahan bos"


"Saya nak mandi dulu, nanti bau busuk pulak lepak dengan kawan-kawan"




Tiba-tiba sahaja semua kata-kata ni terkeluar dari minda. Itulah antara kata-kata yang sering diungkapkan oleh bibir2 manis kita kan. 




Tertanya-tanya... Ini kah rutin harian saya? Ini kah tujuan saya dilahirkan dan dihidupkan di dunia fana ini? Adakah saya hidup untuk diri sendiri sahaja? Tidak ingatkah siapa pencipta saya? Tidak tahukah apa tujuan sebenar saya hidup di dunia ini? Tidak berniatkah apa yang saya lakukan setiap hari, setiap jam, setiap saat? Astaghfirullahalazim... sungguh saya lupa diri! Sungguh saya bangga dengan apa yang tidak patut saya banggakan! Sungguh saya terlalu jauh....






A162
Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupu dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"



Semua perbuatan yang bersifat ibadah dan juga bersifat adat kebiasaan harus ikhlas dalam amal ibadah kerana Allah s.w.t. Manusia yang bersifat ikhlas tidak mampu digoda oleh iblis. Semakin keikhlasan menebal, iblis semakin menyingkir dan jera. 


Keikhlasan. Keikhlasan. Keikhlasan.


Sesuatu pekerjaan yang kita lakukan dengan niat ingin dilihat baik oleh manusia lain, tidak ada sesuatu baginya. Contoh berhijab semata-mata ingin kelihatan cantik, dipuji, ikut fesyen tetapi bukan dengan niat kerana taat kepada Allah s.w.t, tidak akan beroleh pahala dariNya. Solat di masjid tetapi dalam masa yang sama tidak memiliki niat ikhlas kerana Allah s.w.t, maka juga tidak memperoleh pahala. Jadi jawapannya semua sia-sia belaka... Rugi tak kita?

Pasti ramaikan antara kita akan melakukan kebaikan jika ganjaran dari Allah itu berbentuk wang atau barang bernilai. Semua orang nak buat baik. Setiap solat pergi masjid, mengaji, bersedekah. Inilah hikmahnya Allah 'hide'kan ganjarannya berbentuk pahala. Manusia tak nampak. Jika nampak pasti sifat iklas tu langsung tak wujud walau sebutir pasir dalam diri. Hanya Allah yang tahu pahala itu. Hanya Allah yang tahu kadar keikhlasan kita.



Nabi s.a.w bersabda :

"Allah berfirman, Jika hamba-Ku berniat melakukan suatu amal keburukan, maka janganlah kamu (para malaikat) mencatat kesalahannya sehingga dia mengerjakannya. Jika dia telah melakukannya, tulislah semisal perbuatannya. Dan jika dia meninggalkannya kerana (takut kepada)-Ku, maka tulislah baginya kebaikan. Dan jika hamba-Ku berniat melakukan sesuatu amal kebaikan namun belum dikerjakannya, maka tulislah baginya kebaikan. Adapun jika dia telah melakukannya, maka tulislah baginya 10 kali kebaikan misalnya, hingga 700 kali ganda" 
(HR. Al-Bukhari)

Betapa zalimnya kita,tetapi Allah tetap sayang.



Jika dulu kita merasakan bertudung itu begitu mengganggu setiap pergerakan, sehinggakan kita ingin melepaskannya. Tetapi sekarang kita berasa begitu bangga dan bahagia serta selamat dengan memakainya, maka inilah tanda-tanda keikhlasan! InsyaAllah.

Jika hati mula berdegup kencang, terasa ingin menangis sepuas-puasnya di saat ingin melakukan ketaatan, itulah detik-detik munculnya keikhlasan. Subhanallah... rasa apakah itu? Hanya empunya diri yang mengetahuinya dan merasainya. Ikhlas adalah rahsia antara pemiliknya dan penciptaNYA. 


Alangkah beruntung orang yang mampu ikhlas selangkah kerana Allah s.w.t. Meskipun dalam satu sujud. Meskipun dalam satu jam.  Kerana keikhlasan dalam satu jam terdapat keselamatan bagi kita selama hidup. InsyaAllah. Keutamaan dalam ikhlas adalah NIAT. Niat baik, InsyaAllah apa yang kita kerjakan itu IKHLAS.



Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya semua amal itu dengan niat. 
Dan sesungguhnya juga bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan"



Niat di dalam perkara ibadah.

Perhatikan niat kita, jangan sampai apa yang kita lakukan tanpa niat! Usahakan setiap kali keluar rumah sudah mempunyai niat. Fikirkan mengapa aku harus keluar? Mengapa aku harus pergi? Apa niat ku? Pelajari niat seperti kita belajar ilmu! Perbaharui niat kita setiap hari agar semangat dan keikhlasan dalam diri menjadi baru kembali. Iman tidak mengalami kelemahan kelunturan.



Niat dalam adat kebiasaan.

Persoalan : "Mengapa kita belajar?"
Jawapan : "Sebab bila berjaya nanti nak jawatan tinggi, dapat gaji besar"
Katakanlah :: "Aku akan belajar kerana tiba giliran salah seorang dari orang soleh memimpin dunia..."


Persoalan : "Mengapa nak berpakaian cantik-cantik?"
Jawapan : "Supaya orang suka tengok saya"
Katakanlah :: "Supaya wanita lain yang melihatku akan menjadikan ia berhijab jua..."


Persoalan : "Kenapa sanggup beli barang mahal macam gitar ni? Satu je cukupla"
Jawapan : "Aku nak buat lagu rock gempak beb! Dapat duit...LUMAYAN!"
Katakanlah : "Aku nak hasilkan lagu-lagu berunsurkan islam menggunakan instrument macam ni. InsyaAllah orang akan tertarik untuk mendekatkan diri pada Allah melalui muzik nanti..."


Persoalan : "Kenapa nak pergi bercuti di sana...?"
Jawapan : "Hanya bersuka-suka"
Katakanlah : "Untuk merapatkan silaturrahim dengan keluargaku, keluar bersama rakan-rakan, berekreasi, tanpa melakukan maksiat"

Persoalan : "Kenapa tiba-tiba nak bersukan?"
Jawapan : "Saya nak bersukan ni sebab berat dah naik berkilo-kilo" 
Katakanlah : "Supaya saya sentiasa sihat, cergas dan senang beribadah"




Jadi? 
Dapat menilai sendiri tak? Dengan mengubah niat kita tu...InsyaAllah kita akan jadi ikhlas, berbuat kebaikan dan secara tak langsung kita berdakwah. Ilmu, harta, dan pakaian yang kita gunakan akan memberatkan timbangan pahala kita. InsyaAllah hasil yang kita dapat pun diberkati. HALAL! Niat kita akan mengubah semuanya menjadi ibadah dan ketaatan kepada Allah s.w.t. InsyaAllah semua ini mudah, demi Allah. Untuk  sempurna dalam berikhlas memang susah, tetapi berniat dalam melakukan ibadah dan adat kebiasaan kita sangat mungkin dilakukan.




nasib baik jumpa kunci tolong buka kecetekan ini!
Diam seketika...
Pencarian berjaya dan harus diteruskan.
Kata-kata ni betul-betul pengajaran buat diri.
Terima Kasih ^_^




Wa kafaa billahi shahida
"dan cukuplah Allah sebagai saksi" (Al Fath : 28)







Jom dengar lagu ni. 
Kasih ibu dalam cerita Hafalan Sholat Delisa 
Sayang Emak!!!




Sumber : Penyucian Hati (Al-Hidayah)

2 comments:

  1. mula mula mungkin rasa penat nak habiskan empat rakaat solat & nak habiskan cepat,,,tapi bila keikhlasan dah ada bersama,kita dah tak rasa penat dah,tapi rasa senang hati menyempurnakan solat

    ReplyDelete
  2. Yup! ya pentingnya keihklasan.
    Tegur jika ada kesilapan dlm penerangan k

    ReplyDelete