March 23, 2012

Kudui ku Sayang

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani...

Kesibukan sila ketepi semua. Nak lalu! Nak Lalu!
Nak cerita dulu tentang apa itu Kudui.
Sebelum tu....
Sayang Kudui.
Rindu Kudui sangat-sangat T_T

Banyak sangat kenangan bersama si Kudui. Ya Allah, terima kasih pertemukan kami. Pada mulanya tidak menghargai pertemuan ini. Sungguh zalim diri ini. Cepat menilai luaran merugikan diri sendiri. Mujurlah Allah buka kan mata, buka kan hati yang keras ini. Syukur Alhamdulillah. Allah pertemukan kami, agar kami saling berkasih sayang kerana Allah s.w.t. InsyaAllah semua ini berkekalan till jannah.

Dalam perjalanan balik dari kerja....tet.tet.tet. message masuk. Tengok kejap dari siapa. *wink* dari si Kudui. Agak panjang...ok balik rumah nanti baca sebab tengah memandu...bahaya...Sesampainya dirumah,keletihan,berkemas apa yang patut, siap-siap untuk turun balik ke office. Penat tapi demi tugas!. Tertidur sampai tak ingat dunia! Jam 8 malam baru turun ke office..ok pening la wei...Datang office tiba-tiba Kak Lin bersuara. "Kamek kol Yati tadik tik"... "Eh! Yaka? bestnya...cer citer...blablabla...Alamak!!!! Kamek belum baca message yati send petang tadik Kak Lin"...tengok! busy tak? 1st time tak ingat message. ok minum cepat-cepat kat pantry dan sambung balik kerja. Duduk bersila di lantai dan buka message si Kudui...



Untukmu n untukku...
"Saidatina aisyah r.a pnh b'pesan..
Sebaik2 wanita adalah yg tak memandang dan tak dipandang,
jgn kau berasa bangga dgn kecntknmu sehngga kau dikejar jutaan lelaki..
e2 bkn kemuliaan bgmu..
jika kau brasa bngga, kau menyamakn dirimu dgn pepasir dipantai,
yg boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sja..
muliakanlah dirimu dgn taqwa, setanding mutiara zabarjad,
yg hnya mampu dimiliki penghurni syurga."
..sma2 kta pbaiki dri sygku...syg kak Atik lbh untk slamanya.. :-)



Tik.Tik.Tik.Tik.Tik. (bukan orang panggil saya)
Tapi cecair putih keluar dari air mata dengan derasnya. hah!
Dulu betapa egonya saya ditegur begini! Amarah! Buruk sangka! Melenting! Panas Baran!
Tetapi pendekatan tanpa putus asa si Kudui dengan sabar dan tenangnya serta senyuman manisnya, 
Alhamdulillah saya semakin faham dan berubah. Syukur.
Perubahan itu satu Perjuangan!!!
Tidak mampu ditahan. Tidak peduli dengan rakan sekerja yang lain.
Balas punya balas message.
Tak jugak berhenti mengalir air mata ini..
Akhirnya...
Lari ke pantry dan buat panggilan!!!
"Assalamualaikum"..kedengaran suara si Kudui...
Lepas rindu dan sebak di dada mendengar suara manja...............................................
Sungguh kak Atik sangat rindu!
Rindu dengan panggilan "Kak Atikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!"
Rindu saat bersama.
Rindu nak dengar nasihat.
Rindu kena tegur.
Terasa diri ini belum ikhlas melepaskan pemergianmu berkhidmat di tempat sendiri. Astaghfirullahalazim.

Walaupun keadaan sekeliling cuba menceriakan keadaan...ya ketawa memang ketawa. tapi Allah sahaja yang tahu apa di dalam hati. Walaupun keadaan sekeliling mengatakan "Biasalah baru berpisah, dah lamak2 pasti ok"...anda tak faham apa yang saya rasa. Hidup ini selalu terjadi perpisahan tetapi tidak seperti ini... kerana ini semua kami bersahabat kerana Allah. Kami tanamkan ayat itu,rasa itu. Kami saling mengingati dan menasihati antara satu sama lain. InsyaAllah diberkati. Hanya yang mengalami 
dapat merasakan apa yang dimaksudkan.













Rindu Nak Jalan Sama-Sama Macam Dulu.
Dengan Kak Ada pun dah jarang jumpa.......










Rindu nak sarapan sama.
Hanya kita yang tahu kisah di sebalik gambar ini.
Kenangan di Nono Cafe. ^_^
Canai oh Canai!!!
dan rindu nak beli cucur sama. Jom Beli Cucur kat kampung tu...

.....



Rindu nak beli Philadelphia bersama. Cari kedai paling murah.
Rindu nak buat cake cheese bersama.
Rindu nak makan cake cheese bersama.
2 hati buat cake cheese untuk dimakan bersama keluarga di office.












Rindu nak g kelas ilmu bersama-sama macam dulu.
Rindu nak g dengar tazkirah bersama.
Rindu nak g kelas ngaji bersama.
T_T




Setiap sudut di office banyak kenangan.
Rindu dengan kerjasama yang amat baik diberikan.
Rindu nak tengok youtube lucu-lucu sama-sama, lepas tu ketawa dengan girangnya.
Rindu nak dengar ilmu secara spontan.
Rindu nak puasa sama-sama.
Rindu nak hafal surah sama-sama.
Rindu nak nyanyi lagu nasyid seiring sejalan.
Rindu takda orang nak merajuk lagi.
Rindu takda orang nak kacau dan dikacau lagi.
Rindu takda orang nak paksa2 temankan dia.
Rindu bila balik..orang tu cakap kirim salam kat orang di rumah ya!
Rindu bila sakit...takda orang pegang bahu dan minta sikit sakit tu. T_T
Rindu takda orang tegur bila terlepas cakap dan mengumpat.
Rindu takda yang bagi tau SABAR tika geram ...dengan nada Ikhlas.
Rindu takda orang bagi handphone dan suruh ambik gambar.
Rindu tiada panggilan kak Atik!!!






Tahniah adik kerana sudah berjaya membuatkan syaitan menangis!!!
Moga cepat-cepat dapat cahaya mata ^_^
InsyaAllah


Rasulullah bersabda : " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. " 

- HR . Ibnu 'Addi -


Terima kasih sayang kerana membuatkan kak atik
berfikir panjang mengenainya.
Berfikir mengenai hubungan Halal dan Haram.
Persoalan mu dulu masih segar diingatan.
Persoalan itu merubah segalanya.
Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar,Lailahaillallah...
Keputusan itu membuatkan Kak Atik semakin kuat!
Membuatkan Bapa Kak Atik menangis!
Membuatkan Bapa Kak Atik peluk dan cium Kak Atik
di khalayak ramai tika keluar dari kereta.
Masa itu teringin sangat untuk memeluk mu...
InsyaAllah semua ini kerana Allah
dan
Allah hantar mu pada kak Atik untuk ini semua.
Terima Kasih jua atas doanya yang selalu mengiringi apa yang
kak Atik hajati.
Sentiasa menyokong apa yang kak Atik buat.
Pertemuan dan persahabatan ini penuh hikmah...
Moga ukhwah ini terus terjalin...InsyaAllah.




Kisah Persahabatan Kami...
Saat-saat untuk meninggalkan tanah Sarawak dan kembali ke Negeri Di Bawah Bayu nya.
Rindu Semuanya...

Detik-detik...
Tidak sanggup.....
Tetapi bila memikirkan hakmu, tanggungjawabmu sebagai Isteri pada Suamimu...
InsyaAllah melatih hati agar ikhlas dan rela melepaskan.
Semoga berjaya Kudui ku Sayang.






 
Balik dari airport...
Semua diam...
Sedih... T_T
Sayang semuanya.....

Pergi makan tempat kegemaran adik Kudui.
Rumah Hijau >>> ayam pOnyet!!!
Kami makan makanan kegemaranmu. ^_^
Kak Syuhada belanja...
Adik Kudui jangan jeles k.




 

Alangkah bertuah & bahagianya... jika seseorang itu mempunyai sahabat yang menyayanginya 'Lillaahi Taala'. Umar bin Khattab pernah berkata yang maksudnya, "Apabila seorang mendapat kasih sayang dari seorang rakan, maka jagalah rakan itu dengan baik, kerana rakan seperti itu susah diperolehi". Diriwayatkan juga dalam sebuah atsar "Tidak ada sesuatu yang paling berharga yang dianugerahkan kepada seseorang selain rakan yang baik, memberikan peringatan di kala lupa dan memberikan pertolongan dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah."



KUDUI ITU KACANG PANJANG (SABAH), DI DALAM HATI KAMI KUDUI ITU 
ADIK KAMI..HARYATI JUNING...
SAYANG DIA...






Ada satu hal lagi Kudui ku Sayang






Ingat Lagi Tak????




TAHUN 2010...JULAI..




BUDAK NI!!!!!!!!!


Ingat Tak???


Kita buat apa???


Kita kalahkan Parents dia....

Kita Cari Nama Untuk Dia...

Bertungkus lumus cari nama yang terbaik....

Akhirnya pencarian kita diterima pakai....



IMAN AQILAH...


kenangan terindah 
Terima Kasih Ya Allah...



Maafkan Kak Atik Atas Semua Kesilapan Yang Pernah Dilakukan Sepanjang Kita Bersama di tanah Sarawak. Sayang adik Haryati Juning lebih untuk selamanya ^_^
InsyaAllah dah hafal surah tu...

2 comments:

  1. Assalam....
    sedihnya...penah kenal si kudui ni. sgt2 frendly. xsempat jumpa dia.. 1st time jmpa n last jmpa kat balai bomba c aman..

    ReplyDelete
  2. wasalm...
    memang sangat friendly dan baik hati .....T_T

    ReplyDelete