March 28, 2012

Kemungkinan akan menyebabkan kita tersenyum dan bahagia

Bismillahirrahmanirrahim...

Yang mana satu kita? @ tak tersenarai di sini ^_^

  1. Dia yang kita suka pada awalnya, tetapi apabila diperhalusi rupanya kesukaan tersebut lebih diserabuti duniawi semata-mata, lalu kita kembali memperkasa cinta hakiki sebelum akhirnya menemui sejenis ketenangan padanya. Lalu kita tersenyum dan bahagia.
  2. Dia yang kita suka, rupanya juga menyukai kita, dan jalan ke arah pernikahan begitu mudah pula. Akhirnya bersatu di alam rumahtangga. Lalu kita tersenyum dan bahagia.
  3. Dia yang kita suka atau terpikat, rupanya sudah mempunyai seseorang di hatinya. Lalu kita bersabar dan merujuk kembali kepada perkara lebih besar iaitu soal takdir. Akhirnya kita temui ketenangan sebelum mampu tersenyum dan bahagia.
  4. Dia yang kita suka rupanya tidak ditakdirkan untuk kita, tetapi dalam waktu yang sama Allah bukakan jalan baru untuk kita dan dengan mudahnya keperluan kita terlaksana dengan seseorang yang kita sendiri tidak jangka. Akhirnya kita tersenyum dan bahagia.


Hairan? Ya yang tersenarai di atas sepatutnya berada di tangga terbawah...
sekali sekala jawapan mendahului soalan. adakah soalan? takpa kan? haha.



Wahai muslimah/sahabat...usah terlalu bimbang tentang soal jodohmu. Usah terlalu bimbang siapa yang mengimam setiap solatmu kelak. Usah terlalu bimbang siapa yang selalu membimbing setiap bacaan al-quran mu kelak. Usah terlalu bimbang dari tulang rusuk siapa kau tercipta. Allah punya perancangan yang lebih menarik untukmu muslimah. Terserah untuk diri sama ada mahu mencari hikmah yang tersembunyi atau membiarkan diri sendiri tertanya-tanya mengapa kesudahannya begitu dan begini.


Manusia hanya mampu berusaha dan berikhtiar serta berdoa, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Fitrah manusia...tidak seorang pun dari kita mampu membohongi hakikat, bahawa di dalam tubuhnya itu ada hati. Hati tersebut telah diciptakan oleh Allah dengan satu keistimewaan iaitu punya rasa cinta, kasih dan sayang. Menidakkan hakikat fitrah ibarat menukar manusia menjadi satu makhluk yang lain. Kerja yang sia-sia dan hanya mengundang derita tiada sudah. Jadi usah fikirkan ayat "Perigi Mencari Timba" kerana ia hanya satu ayat...haha.


Jika telah menyuarakan hasrat hati...dan ditolak. Pasti kita kecewa bukan. Sedih. Malu. Kesal. Pasti kita berkata "Baik aku pendam sahaja, tak payah luahkan...." Sahabat bagi nasihat... Itulah bentuk perjuangan menuju penikahan. Tet!!!!! Jika diterima,Alhamdulillah. Berpada-pada. Menahan rasa rindu itu jua satu perjuangan. TET!!! TET!!! TET!!!


Jika tidak diterima dan tidak berlaku seperti apa yang kita nak...bersabarlah dan berfikir positif. Soal Hati hak masing-masing. Layak dan berhak untuk mencintai serta juga layak untuk menolak itu semua. Tiada sebab untuk bersedih ok! Allah maha mengetahui. Semua ada hikmahnya. InsyaAllah. Kemungkinan kita belum tentu bahagia di kemudian hari bersama orang yang kita damba. Maka, pasti Allah mempertemukan kita dengan orang yang lebih baik dari apa yang kita harapkan.




POSITIFLAH! POSITIFLAH! POSITIFLAH!
                                          SENYUMLAH! SENYUMLAH! SENYUMLAH!




Senangkan hati hanya dengan bersahabat baik dengannya. Mungkin itu yang terbaik kerana dengan konsep sahabat, kita boleh terima baik buruk sahabat. Nak kurus! Gemuk! Hitam! Putih! Tinggi! Rendah! ...Semua diterima. Sebab berkonsepkan sahabat! Sahabat selalu ada ketika kita senang mahupun susah. Tidak menjauh. (hidup ini perlu pandai pilih sahabat yang benar-benar sahabat!)

Bercouple. Konsep ini kebanyakannya hanya melihat yang positif belaka. Sering ingin menguasai dan dikuasai. Nak yang cantik sahaja. Nak yang kacak sahaja. Nak yang kaya sahaja. Nak yang hebat sahaja. Nak lagi dan lagi. Hanya nak pada pinjaman Allah semata-mata. Bila Allah tarik balik semua keindahan itu, maka kasih sayang pun berkurang, mengundurkan diri dan tiba saat untuk mencari yang lain. Bezakan dari bersahabat? Persahabatan di bina atas perasaan saling menghargai.



Seriously...you dont need to changed your look/appearance/yourself because of a guy named boyfriend...unless he is your husband!!! < >



Kasihanilah hati kita. Jangan terlalu membebankannya dengan kesedihan. Sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah agar dapat melupakan semua apa yang telah kita mulakan. Beriadah sebanyak yang mungkin. Dekatkan diri pada Allah. Jadikan Al-Quran sebagai teman. InsyaAllah lebih tenang. Yakinlah pada janji Allah dan ketentuanNya. Persiapkan diri untuk jadi lebih baik jika kita mahu jodoh yang terbaik. Raih cinta Allah dahulu ...InsyaAllah DIA akan pertemukan kita dengan cinta dia.


"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa 
dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."   (Yusuf : 87)




Dialog petang :
Si A : Si fulan bin fulan dah kahwin minggu lepas.
Si B : Oh ya??? Wah bestnya... Cemburu saya asyik dengar orang kahwin.
Si A +  Si C : Hahaha....kahwinlah. Nak tunggu apa lagi. Sejak akhir-akhir ni selalu persoalkan hal ni. Maklumlah umur semakin meningkat.
Si D : haaa...kahwinlah...gatal jugak!
Si B : Belum ada jodoh. Bukan masalah umur dan bukan gatal! Tetapi tahap kematangan fikiran dah  wujud. Berkahwin bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama.
Si A + Si C + Si D :...........................



Rasulullah s.a.w bersabda : Jika seorang hamba menikah. maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.



Duduk bersembang dengan rakan sebaya tidak jemu dengan topik ini. Kahwin muda atau kahwin awal. Muda ke? Awal ke? Topik yang entah bila kesudahannya berakhir. Yakin pada janji Allah itu PASTI!  Tiba-tiba rasa nak tukar ayat pertanyaan tu...


KAHWIN MUDA??? >>> MATI MUDA??? BAGAIMANA? BERSEDIAKAH?



Pada sahabat yang inginkan entry ini...maaf, ini sahaja yang mampu dicoretkan. Maaf jika ada tersilap. Perbetulkan ya. Diri ini sendiri sedang muhasabahkan hati dan berjuang!!! Moga bermanfaat. ^_^




No comments:

Post a Comment