February 22, 2012

Minum Kopi Makan Pasta

Awal-awal dah tajuk makan.
Minum Kopi Makan Pasta = Copy Paste
Hahhh...kan dah salah anggap.


~Tak Lawak kan? Saya tak buat lawak pun~


Hari tu jalan-jalan kat page Jom Berdakwah MukaBuku...
Terjumpa la satu artikel ni.
(Banyak sebenarnya tapi ni paling best...yang lain tengok sendiri la)
Tentang Hati.
Tentang Cinta.

Banyak mengajar tentang "Bercinta Selepas Kahwin"...
Mesti hebat kan kalau orang dapat hidup seperti itu. contoh terdekat
(adik kudui yang tersayang)
Tahniah adik Haryati atas perkahwinan anda...kak atik bangga dengan adik...sayang adik kerana Allah.


OK mari saya tunjukkan apa yg saya jumpa di MukaBuku tu...
(lepas tu baru sambung cerita saya balik)...kuangkuangkuang.



Anggap sahaja gambar di atas adalah saya...


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...




(from Jom Berdakwah di FB)
__________________________________________________________________________________



Amat bermakna kan setiap kata-kata di atas.
Sesiapa yang menghayatinya pasti menusuk kalbu. chewah.




Terpinga-pinga sejenak apabila ada soalan-soalan dan kata-kata yang dikemukakan agak 
menggelegakkan hati seperti air mendidih!!!





Soalan :
Eh...kenapa sejak akhir-akhir ni saya tengok facebook awak lain macam je???
Asyik tentang agama.
Nak jadi ustazah dah ke?
Awak sakit ke? Serius ke?
Post-post tentang "cinta sebelum kahwin"...
Macam la awak tu bagus sangat. 
Macam la tak pernah bercinta. 
Macam la takda boyfriend!





~Weiiiii...aku rasa nak lempang jak orang ni dengan selipar JIPUN. 
Silap haribulan (tak termasuk tahun)...merasa jugak orang ni dengan pelempang aku ha!!! 
Sebelum terkena baik kau sembunyi @ mematikan diri. ha kan!~






Mari aku jawab satu-satu soalan tak berapa sihat dari "ORANG" k.


  • Sebab saya takut hukum Allah dan tengah mendakwahkan diri sendiri
  • Semua orang layak jadi ustazah @ ustaz @ apa2 je ko nak
  • Selalu sakit, InsyaAllah dengan cara tu Allah ampunkan dosa saya. tapi takda sakit serius lagi @ kata lain belum ada punca untuk mati cepat melainkan mati mengejut. Ajal Maut kerja Allah
  • Ya saya pernah bercinta...kenapa tak cakap satu dunia aku ada boyfriend! (barulah power ayat ko  bengong!)
  • Sekarang aku tengah cuba nak baguskan diri ini sebab sekarang aku rasa aku sangat hina bila nanti nak berdepan dengan Allah s.w.t.





TO "ORANG": 
Nak sangat aku buat pengumuman kan. Mari aku bagi tau...kau baca la sampai pengsan!!! 

Itu yang kau tahu kisah silamku. aku ulang KISAH SILAMKU!!!
Sekarang aku ingin berubah. aku ulang INGIN BERUBAH!!! 
Sekarang ingin meraih CINTA SELEPAS KAHWIN. aku ulang CINTA SELEPAS KAHWIN!!! 
Aku dah mengenal dan takut HUKUM ALLAH...aku ulang HUKUM ALLAH!!!







Dan untuk lebih lanjut tanpa perlu kau tanya sebab aku tau kau nak tau ini cerita : 

  • Allah buka mata aku, pintu hatiku untuk tinggalkan percintaan yang SALAH dan bersama orang yang TAK HALAL untuk ku. 
  • Allah nak bila aku bercinta kelak, aku bercinta dengan orang yang benar-benar ingin menjadikan ku isterinya yang solehah. (tak sedia, jangan bercinta!)
  • DAN yang lebih PENTING...ALLAH NAK AKU CINTAKAN DIA DULU BARU LAH CINTA dia.




Baca baik-baik ya "ORANG":





Sekalipun diri ini jatuh cinta lagi!          








InsyaAllah saya sendiri akan memberitahunya. kerana AGAMANYA. kerana ALLAH.






dan 






Jika Pada Masa Yang Sama :




Jika dia menjawab TIDAK kerana belum bersedia. 
Kalau bercinta mestilah nak cepat kahwin! (Betul).
Kalau tidak bersedia kan kasihan nanti sebab menunggu!







Mungkin....agak kecewa dijawab begitu...








Tetapi...







Bila difikir balik...Ucaplah Alhamdulillah, bersyukur kerana masih menerima jawapan begitu. 
InsyaAllah dengan jawapan itu kedua-dua pihak terpelihara dari dosa dan fitnah duniawi.







Tetapi Jika Sebaliknya...








Jawapan itu adalah memang untuk tidak sampai BILA-BILA...







MAKA








Redha serta Damaikanlah hati...
Allah Sentiasa Ada Bersama dan lebih berhak untuk kita cintai.




(utk diri sendiri : Usah terlalu mengharap sesuatu yang belum PASTI)




BAIK!!!
SAYA DAH JAWAB SOALAN PEMINAT SETIA SAYA...
JIKA ADA YANG MASIH TAK TERJAWAB
KEMUKAKAN SAHAJA YA "ORANG" KU SAYANG.
JAGA AIB SENDIRI DAN ORANG LAIN.
JANGAN JADIKAN HIDUP ITU PENUH SISA-SISA BASI...



mode sangat geram yang dah lama tersimpan akhirnya terlepas jua. SABAR ada batas!



bila Nur Atikah tak boleh berfikir lagi...

No comments:

Post a Comment