February 26, 2012

Alhamdulillah. Masih diberi peluang.

Sebenarnya telah lama ingin menulis cerita ini, tetapi masih malas dan malas, tangguh dan tangguh lagi. Permulaan kursus, fikiran agak melayang. Tiba-tiba memikirkan tentang bapa sendiri dan terbayang wajahnya. Padahal bapa jua turut serta dalam bilik kursus. Fikir dan fikir,membayang wajahnya tetapi tidak mampu untuk terus melihat raut wajahnya nun duduk di bahagian lelaki.


Kemudian rasa sedih, pilu, menyesal, dan eh...menitis pula air mata. Awal-awal ceramah dah tak boleh nak tumpukan perhatian sepenuhnya. Semua ini kerana memikirkan keJAHILan diri selama ini. Sungguh...saya menyesal. Tapi tak patut rasa seperti itu malah patut rasa bersyukur padaNYA kerana masih memilih saya. Selama ini diri ini membiarkan bapa menanggung dosa saya secara percuma begitu sahaja. Sungguh! saya ini amat mementingkan diri!!! Tidak memikirkan seorang bapa yang amat risau tentang diri ini sejak dari kecil sehingga la sekarang.


Lagi sedih apabila teringat pula terjumpa sesuatu di timeline Puan Husna Adnan (saya tag ya cik puan ^_^)
"SEORANG ANAK GADIS YANG SAYANGKAN AYAHNYA PASTI AKAN MENUTUP AURAT KERANA DIA TIDAK MAHU AYAHNYA DISERET KE DALAM NERAKA."




Ya inilah saya maksudkan. AURAT!!! Saya amat lalai dalam penjagaan aurat! Tudung pakai tetapi tidak mengikuti yang sepatutnya. Tangan? Kaki? Ya! Semua itu tidak terjaga. Sungguh saya LALAI dan tidak ambil kisah selama ini. Mungkin saya boleh kata "Bapa bukan bermaksud semua ini saya tidak sayangkan bapa tapi..." ahhh! Perbuatan ini sudah jelas menunjukkan yang saya tidak sayang bapa sebab tidak menjaga aurat saya dan membiarkan dosa itu bapa yang tanggung. Astaghfirullah hal azim.



“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”
 [An-Nur :31].






Pejam mata sambil tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Hanya Allah menjadi saksi niat di hati akan nekad menutup aurat sepenuhnya dan sesempurna yang mungkin serta akan mendalami ilmu Islam dengan lebih mendalam. InsyaAllah. Mujurlah masih ada warna putih di hati dalam diri berkata "Atik, urusan dunia usah terlalu dikejar. Dah dapat, akan nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi entah sampai bila. Sampai ajal menjemput? Nak mati dalam keadaan yang sangat-sangat kosong? Nauzubillah Min Zalik ATIK!".


Tengok tangan...Alhamdulillah saya dah mula memakai sarung tangan semula...tengok kaki...hurmmm hanya di tutupi kasut. Ya saya belum menyarungkan stokin kaki... InsyaAllah agar terus Istiqomah dalam memperbaiki diri. Sangat takut jika kembali pada kehidupan lama. Ya berusaha dan berusaha mencari Hidayah dan keredhaan Allah... Disamping itu amat memerlukan sokongan dan dorongan keluarga dan sahabat-sahabat sekeliling. Alhamdulillah, mereka sangat membantu...



Terima Kasih Ya Allah. Engkau Maha Berkuasa.


Mari berusaha berubah ke arah kebaikan! Hanya kerana ALLAH!









No comments:

Post a Comment