February 18, 2012

Good News ~2012~ Alhamdulillah.

2012~macam ngeri bila dengar kan...ya la...kan kecoh cerita tentang kiamat 2012.
ish.ish.ish...itu kerja Allah adik2, abang2, kakak2, makcik2, pakcik2...
Ya tak salah kita mengingati hari kiamat tapi dalam masa yang sama jangan lupa persiapkan diri!
Jangan cakap TAKUT sahaja tapi duduk diam, goyang kaki.
(eh saya cakap apa ni...baru mula cerita dah NGEREPAK)  sila jangan pengsan! x habis lagi!



Sebenarnya sangat gembira sebab seorang rakan tergerak hati untuk berubah. Syukur Alhamdulillah.
Melahirkan rasa hasrat hatinya pada saya melalui sms untuk mendekati Allah s.w.t membuatkan saya tersentuh sangat-sangat. Moga rakan saya tu terus diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. InsyaAllah. 
Kami sentiasa menyokong anda dan akan bersama anda wahai sahabatku sayang. 




Bila ada orang msg cam gitu, hati ini rasa tersentuh sangat. Terus nak menangis. Rapuhnya. Mudah sangat nak menangis. Sebab...diri ini juga dalam proses belajar. Bila hati ingin mendekati Allah, ingin merindui Rasulullah...semuanya terasa indah. Hanya empunya diri yang dapat merasa kenikmatannya. Alhamdulillah sekarang saya dah kembali bertudung agak labuh, pakai pakaian muslimah... (eh..nak menunjuk ada dress dan tudung baru ke ni..bahahaha). sekarang dalam sebulan mesti beli sekurang2nya satu tudung labuh dan dress sesuai! wajib! (sikap boros datang la tu)





InsyaAllah perubahan sekarang akan diri ini kekalkan untuk Allah. Moga hati ini tidak goyah lagi. Semua ini juga atas bantuan dan doa2 dari sahabat2 yang sangat baik... adik kudui dan kak ada. Ya hidayah itu dari Allah...maka Allah hantarkan kalian untuk mendekati diri ini. Bila hati ini sudah terpaut...sekarang jasad kita pula nak terpisah. Terasa tidak sanggup melepas adik kudui pindah. Tapi saya harus relakan hati...demi tanggungjawab nya sebagai seorang isteri. Itu lebih penting. Terima kasih ya banyak bantu kak atik, terima kasih ya kak ada banyak bg semangat kat atik. Inilah persahabatan kerana Ilahi. Alhamdulillah. Moga persahabatan ini kukuh till jannah. To adik kudui : tahniah dah hafal surah an-naba'...ya adik buktikan pada kak atik yang adik sayang kak atik lebih. walaupun kak atik x hafal lagi...tp INGAT! kak atik sayang sangat kat adik kudui ya...mmuaahhh



Sedih pulak....sambil cerita ni sebenarnya dah keluar tajuk dan x reti nak bagi tajuk APA! 
(tu la pasal takde tajuk!)




2012 ni banyak mengajar saya erti hidup walaupun baru je february.
Terasa hidup kini lebih bermakna.
yang dinamakan PERUBAHAN itu amat sukar walaupun hanya sekecil zarah.
Kadang-kadang kita mesti paksa diri kita untuk berubah pada lebih baik. SEBAB. nanti tak boleh je tunggu KEIKHLASAN tu datang. Hidayah dari Allah itu harus dicari dan tak datang sendiri. InsyaAllah kita mulakan paksa diri...keikhlasan tu datang kemudian...mohon pada Allah agar dibukakan hati...pasti Allah bantu!






Tak FAHAM?







ok contoh...kita makan.
Kita paksa tangan kita ambil makanan dan suapkan ke mulut kan...
tak sopan la mulut yang ambil makanan tu sendiri.
sebab tu kerja tangan.
kalau tak, tak boleh makan, perut pulak lapar.

Inilah yang saya maksudkan...
Kita mesti paksa diri untuk berubah pada lebih baik.
Cari Ilmu sebanyak mungkin.
Untuk mengisi jiwa dan minda agar tidak kosong dan hidup sia-sia.
InsyaAllah hidup akan lebih bermakna.
Moga kita sama-sama ke arah itu ya...InsyaAllah.



eh...entry kali ni takde video dan lama tak letak gambar...sekarang sangat malas mau shoot2 muke sendiri sebab sangat GUMUK sudah...hahaha. semakin cute ke arah kemontelan...ha itulah saya. Jadi tunggu diri ini menguruskan diri la...entah bila. makan lagi dan LAGI!...Astaghfirullahalazim...bukan tidak bersyukur tapi perlu ada rasa rendah diri. 
Ciptaan Allah itu indah...
contoh : NUR ATIKAH BINTI AHMAD @ SUHAILI. (sila muntah cepat-cepat)





ENTRY PALING JUJUR PERNAH SAYA BUAT..SEKIAN




No comments:

Post a Comment