August 13, 2012

Suatu hari nanti...





Salam Ramadhan ^__^


Dulukan...saya tak pandang pun awak!
Kalau orang sibuk cerita pasal awak, saya hanya mampu diam
dan mendengar.
Kadang-kadang terfikir, kenapa la mereka asyik cerita pasal awak.
Istimewa sangatkah awak ni?
Bagai tiada benda lain dah untuk dibicarakan... Memang pelik.
Paling pelik, bila berjumpa saya... selalu nama awak diutarakan.
Ye la...saya cuma kenal nama awak. Selebihnya saya tak tahu langsung.




Tiba-tibakan...pada satu hari tu,
Sedang asyik mereka bercerita, kebetulan saya nampak awak.
Tiba-tiba degupan jantung saya menjadi kencang. Entah kenapa.
Oh!!! Sekarang saya faham kenapa mereka suka bercerita tentang awak.
Dan awak sentiasa menjadi topik perbualan.
Awak memang istimewa. Anugerah dari Allah s.w.t.
Kenapa saya tidak menyedari kehadiran awak selama ni?



Sebenarnyakan...
Saya tak pandang awak bukan sebab tak suka tapi saya TAKUT.
Saya takut kalau saya cakap nak jaga awak tapi sebenarnya saya tak mampu nak jaga awak.
Saya takut kalau saya cakap sayang awak tapi saya tak boleh nak lahirkan rasa kasih sayang tu.
Saya takut awak tak bahagia hidup bersama saya nanti.



Sebab ...
Awak baik sangat. Saya seperti tidak layak untuk mendampingi awak apatah untuk hidup bersama awak. Saya banyak kekurangan dan mungkin tak layak untuk menjaga awak.



Dan kini,
Saya hanya mampu melihat awak dari jauh.
Saya hanya mampu menyayangi awak dari jauh.
Saya hanya mampu memuji awak dari jauh.
Saya hanya mampu tersenyum sorang-sorang melihat perilaku jenaka awak.
Saya hanya mampu tengok gambar-gambar awak kat laptop dan buat koleksi untuk kenangan.



Dalam hati ini,

Saya sayang sebenarnya tapi hati menafikan.
Saya bagi tahu semua orang saya tak suka awak.
Tapi hanya Allah yang tahu apa saya rasa.
Betapa saya ingin mendampingi awak tapi saya tak mampu berbuat sedemikian.









Awak....








Saya juga TAKUT awak akan sakiti saya.
Jadi baik saya pendam sahaja perasaan ini.
dan melihat dari kejauhan.
*comelkan*




Awak...





Kadang-kala saya cemburu bila melihat mereka bersama awak!
sedangkan saya tidak dapat bersama awak.
Tapi siapalah saya untuk merasa begitu kan?
Awak berhak bersama sesiapa sahaja.

Mungkin ada yang lebih baik untuk menjaga awak...
Berbanding saya yang serba kekurangan ini.








Awak...







Mungkin kita hanya berjumpa di dunia tapi tak dapat bersama kan!
Saya harap kita akan bersama di akhirat kelak...
Di Syurga Allah nan indah. ^__^
InsyaAllah...


Awak...suatu hari nanti awak akan tahu jugak betapa sayangnya saya kat awak. Tulus ingin menjaga awak tapi saya tak mampu. 
Sebab saya tak layak untuk berbuat demikian. 
Allah akan tunjukkannya. 



P/S : Jika tidak mampu menjaga haiwan jangan berangan hendak memelihara. Tanggunjawab kita sebagai manusia untuk memelihara mereka akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kerna mereka jua ciptaan Allah dan punya hak masing-masing untuk hidup. 




TAKUT KUCING | TENGOK GAMBAR PUN TAK BOLEH | NASIB BAIK ADA GAMBAR COMEL 


No comments:

Post a Comment