November 13, 2012

Hadapi dan bukan dikenang...

Sepanjang bernafas dibumi Allah ini...
Pernah tak bertanya pada diri...
Kenapa Allah pilih kita untuk berada di mana tempat kita sekarang?
Kenapa Allah pilih kita untuk berhadapan dengan perkara yang sedang kita hadapi sekarang?
Kenapa Allah pilih kita untuk berdiri dalam kumpulan masyarakat ini?

Jawapannya satu! Itulah dinamakan PELUANG!!!
Allah pilih KITA agar kita berpeluang menghadapinya, belajar, mengalaminya, dan menghayainya.

Niat kerana Allah...
Berkat usaha,
Berkat kesabaran dalam tangis dan tawa,
Berkat berprasangka baik,
Berkat percaya pada naluri hati,
Berkat yakin pada janji Allah,
Berkat doa padaNya sebagai senjata ampuh,
Berkat tawakal padaNya,

InsyaAllah…
Allah pasti hadiahkan jawapan terbaik pada setiap persoalan kita,
Allah pasti hadiahkan apa yang kita perlukan,
Allah pasti hadiahkan senyuman terindah dibibir kita,
Allah pasti hadiahkan kita hati yang amat tenang…

Subhanallah…
Alhamdulillah…
Lailahaillallah...
Allahuakbar…
Tika itu kita akan dapat rasa sendiri ianya mencengkam jiwa,
Kedamaian hati yang Allah hadirkan,
Indah…dan sukar digambarkan dengan kata-kata,
Maka,
Bersyukurlah…

Tatkala dalam keadaan terkejut,pilu dan mengalir air mata…
Seseorang pernah berkata pada saya…

“perkara yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merana diri...
  Tapi kena hadapi...
  Kita di uji…
  Atik kena ingat…
  Bukan Atik seorang tapi ramai lagi…
  Atik kena bersyukur…
  Atik tau ada orang tak pernah rasa semua ini…
  Tapi Atik hadapi dengan cukup tabahkan…
  Air mata yang mengalir tu…
  Menunjukkan Atik cukup sabar…
  Atik selamat dari uji Allah…
  Cinta Hakiki pada yang Satu iaitu Allah…
  Cintai Rasulullah yang utama”

Ya dia benar kerana hanya orang yang mengalaminya mampu berkata sebegitu dan buat orang lain tenang…Syukur Alhamdulillah…Terima Kasih dia

Guna peluang yang masih ada sementara masih berpeluang…moga peluang yang Allah hadiahkan dapat digunakan secara baik untuk menuju syurgaNya. InsyaAllah

















maaf sebab banyak jenayah bahasa... *peace* ^_^

No comments:

Post a Comment