April 9, 2012

Kenapa Mesti Kamu?

Coretan April yang entah apa-apa.
Peduli la nak cakap entry saya like rubbish @ what. Rubbish2 pun ko baca jugak kan. 
Buktinya..kalau tak baca macam mana entry aku macam rubbish..haha. FINE!

Tengah-tengah malam tiba-tiba seorang sahabat sepermainan / seperjuangan / sekaki / setangan / sejalan ni share benda yang buat orang melihat nya sadis pulak. Yang takda feel tu no comment la. Nak share yang dia tengah sadis la tu. ok2..faham2. sila lah bersedih. menangis lah.. sahabat apa aku ni???
Bagi saya la, kalau sedih tu baik la menangis, sebab lepas tu perasaan akan cool sikit. Seriously.


Nah...tengok video bawah ni sampai habis.



                           

tapi yang peliknya...
kenapa saya pulak yang lebih2 sadis ni...
ok, kita kan sehati sejiwa, jadi tak hairanlah kan kalau aku melebih-lebih...
dan...kita lebih lagi dari orang buat video kat atas ni my dear friend.
dan tak mustahil suatu hari nanti aku akan betul2 dapat rasa apa yang kau rasa...
hidup ni tak semudah yang kita fikir dan nak kan...


Ini semua boleh dikatakan dilema!
Pernah dengar tak dilema soal hati/perasaan?

Peringatan : Budak bawah umur tak payah la baca ni (eh ada ka pembaca blog ni bawah umur? whtever la..)

Pasti pernah ada yang merasa suka gila2 kat seseorang...dah suka sampai gila pulak tu...ish..kesian. Janganlah..tu gurauan ayat Bahasa Melayu. ok...kamu dan kamu. Pendek kata, panjang tak kata apa-apa...kamulah orang yang paling aku sayang setengah mati even aku tak rasa lagi pon macam mana rasa setengah mati. Kamulah orang yang paling aku berkenan. Kamulah paling melekat kat hati. Walaupun kawan aku pernah cakap, ala...kawan dia lagi handsome...tapi kamu jugalah yang "top" di hati!


Orang yang suka kat aku, aku buat dia macam tak wujud.  Padahal orang yang mengejar ku itu jauh lebih baik dari kamu. Punyalah jahat aku ni sebab nya aku terkejar-kejar kan kamu. Sekalipun kamu depan biji mata pun tapi hati kamu beribu-ribu jauhnya... Lihat! Betapa jauhnya hati kamu dari hati aku. 


Bila aku rasa aku terhegeh-hegeh kat kamu, aku rasa nak lari jauh. Biar kamu pujuk dan datang dekat...tapi masalahnya...makin la kamu jauh. Cuba untuk mendiamkan diri via apa2 sahaja... dalam masa yang sama berharap kamu akan cari aku. Tapi fine...memang kamu tak cari punya... Kenapa kamu yang buat aku macam ni jugak yang aku sayang? Kenapa?


Kenapa lah kamu yang tak menghargai aku jugak yang aku nak? Kenapalah kamu yang salu kecikkan hati aku jugak yang aku nak sangat-sangat? Kenapalah kamu yang buat aku tak wujud ni jugak yang aku fikir setengah mati? Kenapa mesti kamu?


ok ni bukan salah kamu? aku yang tergiler-giler kan? Siapa suruh kan? Dah terang lagi bersuluh, masih jugak nak padam lampu. buat-buat buta. Jangan sampai hati buta dah. Hah!


*******************************************************************************************


So,ini sahaja yang saya faham tentang kamu wahai sahabat. Baik fikir secara rasional. Jangan sampai orang buat kau macam hampeh! 


Mari tanamkan rasa ingin mencintai dan dicintai sedalam-dalamnya di hati hanya selepas "AKAD NIKAH"...Itu cita-cita baru kita ok? Lahirkan rasa takut pada kaum adam yang menyatakan dia suka kamu padahal dia tidak bersedia untuk menjadi "Yang HALAL buatmu". Sebab nikah itu nampak mudah... "Aku terima nikahnya...." maksudnya ~Aku tanggung dosa-dosa  si dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.~


Nampak tak berat nya tugas seorang suami? Tapi, manusia akhir zaman...anggap semua ni remeh! Suka-suka! Kahwin sesuka hati. Cerai sesuka hati. Paling teruk, buat anak sesuka hati then suka hati dia jak letak sembarangan! Nauzubillah...


Sahabatku sayang...tanamkan dalam hati mu jua...jika nama itu tertulis di Lauhul Mahfudz untukmu, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kamu dan dia. Tugas mu sekarang bukan mencarinya tetapi mensolehahkan dirimu.
<< Peringatan buat diri sendiri jua >>
Ingat! Mungkin hati kita belum ikhlas mencintai Allah...sebab tu Allah tak temukan kita dengannya. InsyaAllah jika kamu tidak ditakdirkan dengan orang yang kau damba, Allah akan menemukan kamu dengan orang yang mendambakanmu malah mungkin lebih baik dan tanpa engkau sangka dan duga.


Tolong jangan fikir kau tak layak seperti dalam video kat atas tu. 
Mungkin orang tu tak layak untuk engkau.
Solat sunat Istikharah..InsyaAllah diberi petunjuk.


Dengan berkahwin...dapat menjaga pandangan mata dan menjaga hormatan.
Sahabat cakap...kahwin muda itu *SWEET*. 
Jawab je InsyaAllah.

p/s : saja nak mencoret.

Kredit to : Nurulbadiah Lai ^_^

No comments:

Post a Comment